TEMERLOH – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meluluskan peruntukan sebanyak RM80,000 bagi membaiki kerosakan Sekolah Agama KAFA di Felda Teratai Jengka 21, di sini.
Menerusi hantaran di laman sosial Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, atap dan syiling sekolah berkenaan telah rosak akibat ribut.
Beliau berkata, pendawaian elektrik juga perlu diganti.
” Syukur kerana dapat membaiki kerosakan sekolah ini sekaligus dapat memberi keselesaan kepada pelajar selain keadaan yang membahayakan mereka.
“Alhamdulillah kerja baik pulih telah dilaksana oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) hasil daripada laporan dibuat, lebih RM80,000 diperlukan untuk menampung kos terbabit dan dijangka dapat dilaksana selama 8 minggu, ” katanya.
Jelasnya, perkara tersebut telah mendapat perhatian Datuk Seri Wan Rosdy ketika kertas permohonan peruntukan khas dibentangkan kepadanya.
Beliau berharap ia dapat membantu pelajar untuk belajar dalam suasana yang selesa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Dr Maszlee Malik menarik diri daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, yang dulunya Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Bekas Menteri Pendidikan itu dalam kenyataan hari ini berkata, beliau keluar daripada jawatankuasa penaja parti yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Jelasnya , beliau mahu menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19 atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Katanya beliau akan meneruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi kerja kemanusiaan.
“Saya percaya perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan, ” katanya dalam satu kenyataan di akaun Twitter miliknya, sebentar tadi.
Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan PEJUANG yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.
Selain Maszlee, PEJUANG turut diasaskan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya; Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian BERSATU Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad.
Dalam kenyataan enam perenggan itu, Maszlee menjelaskan, keputusannya meninggalkan PEJUANG berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak majoriti rakyat.
“Saya yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitist.
“Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah dihadapi mereka kini, ” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kelicikan warga asing menukar modus operandi perniagaan ternyata memberi tamparan hebat kepada peniaga tempatan yang bergelut dengan kesan penularan wabak COVID-19.
Memetik laporan HarianMetro, Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan Sesi Pasar Borong Harian Selayang, Mohammad Pandu Insani Yahya berkata, kegiatan itu perlu dibendung kerana akan meranapkan perniagaan rakyat tempatan yang sudah bertapak sejak puluhan tahun lalu di pasar borong dan harian Selayang.
Menurutnya, penguatkuasaan tetap dijalankan namun kelicikan mereka memerlukan pihak berkuasa khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selangkah ke depan untuk mengesan aktiviti haram itu.
Beliau berkata, warga asing yang terdesak mencari pendapatan muncul dengan kaedah lain selepas tidak dibenarkan berniaga dan bekerja di pasar borong dan harian sejak Mac lalu.
“Tidak adil kepada peniaga tempatan yang menyewa tapak untuk bersaing dengan cara sedemikian kerana warga asing tidak perlu keluarkan wang untuk lesen dan sewa tapak.
“Kegiatan warga asing itu pasti membunuh perniagaan dijalankan peniaga tempatan yang baru kembali bernafas walaupun masih terkesan dengan COVID-19,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini persatuan mendapat maklum balas positif peniaga apabila perniagaan mereka bertambah baik selepas ketiadaan peniaga warga asing di pasar borong dan harian Selayang.
Namun kini, katanya, peniaga kembali mengeluh apabila warga asing kembali memulakan gerakan menakluki semula lokasi perniagaan borong bahan mentah terbesar di Malaysia itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIBU: Ibu bapa pelajar Malaysia yang mati dibunuh, berlepas ke Taiwan hari ini untuk urusan pengebumian mendiang, kata peguam keluarga mangsa, Yap Hoi Liong.
Mengikut laporan Bernama, Hoi Liong berkata, ibu bapa Irene Chung berlepas ke sana dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2.15 petang.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, mengesahkan ibu mendiang, Ting Ching Ching, 45, membuat laporan di Balai Polis Pusat Sibu pada Khamis menyatakan beliau menerima panggilan daripada Universiti Evergreen Taiwan.
Pihak universiti katanya memaklumkan Chung yang belajar di universiti itu ditemui mati dibunuh di daerah Alian di Kaosjiung.
Chung, 24, dilaporkan hilang pada Khamis pagi dan rakaman visual kamera litar tertutup menunjukkan mangsa berjalan seorang diri di jejantas sepanjang landasan kereta api yang terletak berhampiran universiti itu pada jam 8 malam Rabu.
Berbekalkan maklumat menerusi rakaman visual itu, polis Taiwan berjaya mengesan dan menangkap seorang suspek pada Khamis yang kemudian mengaku menjerut leher mangsa sebelum membuang mayatnya.
Mayat Chung ditemui dalam keadaan hanya berpakaian dalam dengan seutas wayar terlilit di sekeliling lehernya dan suspek yang mempunyai nama keluarga Liang itu telah ditahan kerana kesalahan membunuh serta melakukan serangan seksual.
Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dan Perdana Menteri Su Tseng-chang dilaporkan memohon maaf kepada keluarga mangsa serta rakyat Malaysia atas kejadian itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 yang akan bermula hari ini amat ditunggu-tunggu selepas pelbagai kerenah berlaku dalam arena politik tanah air kebelakangan ini.
Selain pembentangan Belanjawan 2021, pasti ramai yang menunggu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin termasuk usul menyatakan kepercayaan kepada Perdana Menteri.
Apa pun, semuanya masih berkisar kepada pandemik COVID-19 termasuklah isu politik, ekonomi dan hal ehwal sosial dan kebajikan rakyat.
Bagi penganalisis politik dan perundangan, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, mesyuarat ketiga Persidangan Dewan Rakyat kali ini memang menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana fokus belanjawan tetapi isu politik yang berkisar mengenainya.
Bagi ahli politik, katanya sudah pasti tumpuan kepada usul undi tidak percaya yang ‘dicanang’ pembangkang dan parti bebas untuk dibangkitkan pada persidangan kali ini.
“Ini pasti dibangkitkan walaupun ia seakan bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu supaya semua pihak tidak bermain politik berlebihan.
“Saya pasti belanjawan ini akan menjadi ‘Bajet COVID-19’ kerana semuanya akan terkait dengan pandemik itu
“Tidak mustahil ini akan menjadi belanjawan paling hangat kerana ia turut terkait juga dengan isu politik berkaitan sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya.
Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November nanti, menyaksikan buat pertama kalinya Menteri Kewangan, Datuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkannya selepas beliau dilantik ke jawatan itu di bawah kepemimpinan Perikatan Nasional (PN).
Pembentangan Belanjawan 2021 itu juga adalah bajet pertama PN selepas mengambil alih pentadbiran negara yang mana dijangka fokusnya tertumpu kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 seperti yang digambarkan Perdana Menteri kelmarin.
Turut mencuri tumpuan dalam pembentangan belanjawan kali ini mengenai input dan cadangan yang dikemukakan Ahli Parlimen pembangkang dan bebas kepada Menteri Kewangan seperti moratorium dan bantuan khas pendidikan.
Semalam, beberapa wakil parti politik menemui dan berbincang dengan Menteri Kewangan mengenai input mereka bagi Belanjawan 2021.
Langkah itu dipercayai sebagai sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mahu Ahli Parlimen mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.
Pakar geo-strategis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan percaya Belanjawan 2021 pasti diterima Dewan Rakyat tetapi beliau kurang pasti jumlah yang akan menyokong.
“Bajet kali ini dianggap kritikal kerana peruntukan akan digunakan menangani pandemik dan pasti tiada ahli Dewan Rakyat yang mahu dituduh cuba gagalkan bajet demi kelangsungan agenda parti.
“Sebab itu saya jangkakan Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini termasuk UMNO akan menyokong bajet,” katanya.
Dari sudut yang lain katanya, Ahli Parlimen pembangkang turut dilihat menyatakan komitmen untuk turut menyokong bajet berkenaan namun ia bersyarat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG KELUARKAN ARAHAN KEPADA PELESEN BALAK
BENTONG : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah mengarahkan syarikat pelesen pembalakan di kawasan Hutan Lentang, Bentong kira-kira 173 kilometer dari Kuantan, membersihkan sisa penolakan jalan yang menjejaskan Sungai Kenoi di lokasi itu.
Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata JPNP turut mengarahkan kerja pembersihan bagi pembinaan jalan keluar di kawasan lesen pembalakan itu dihentikan serta merta untuk penilaian semula.
Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin
“Pada masa ini, kami hanya membenarkan pelesen untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi di Sungai Kenoi sahaja dan mereka telah mula melaksanakan kerja-kerja pembersihan Jumaat lepas,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama bagi mengulas isu penerokaan hutan di kawasan Hutan Lentang yang tular di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata isu itu sebenarnya hanya berkaitan aktiviti pembinaan jalan untuk ke kawasan lesen pembalakan jenis Tanah Milik yang terletak dalam daerah Bentong, apabila pemilik lot yang terletak tidak jauh daripada kawasan lesen itu tidak berpuas hati kerana mendakwa pelesen telah mencemarkan kawasan Sungai Kenoi, di samping mereka meragui kelulusan lesen pembalakan itu.
Hizamri berkata lesen pembalakan itu telah mendapat kelulusan JPNP untuk memulakan kerja pada 15 Okt lepas dan pelesen memaklumkan bahawa mereka perlu melalui Sungai Kenoi dengan jentera, kerana kayu yang akan digunakan untuk membina jambatan terletak di kawasan lesen.
Gambar hiasan
“Selain kelulusan JPNP, pelesen juga mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bentong untuk membina jalan melintasi kawasan sungai itu dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Jalan ini terletak di atas tanah kerajaan, dan tanah milik, dengan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 27 Okt lalu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin meminta kerajaan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan mengenai cadangan pengeluaran Akaun 1 KWSP.
Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, sepatutnya kerajaan memberi keutamaan kepada mereka yang betul-betul terjejas akibat COVID-19, terutamanya yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan.
“Bukan semua dapat menikmati kemudahan moratorium bersasar diumumkan kerajaan baru-baru ini… mereka inilah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, permudahkan permohonan mereka (untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 KWSP).
“Saya bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak… benarkan pengeluaran secara one off… cadangan beliau adalah rasional… beri peluang kepada pencarum yang terbeban ketika ini dengan pelbagai bayaran ansuran seperti kereta atau pinjaman rumah… saya percaya, mereka bukan mahu keluarkan duit untuk berbelanja kepada benda-benda yang tak penting,” katanya dalam satu kenyataan media, lewat petang tadi.
Mohd Sharkar berkata, kerajaan boleh membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan Akaun 1 KWSP dengan mengenakan syarat tambahan supaya pengeluaran itu digunakan untuk membayar pinjaman sahaja.
“Jika angkah ini dilaksanakan, simpanan yang dibenarkan dikeluarkan itu akan kembali kepada bank, sekali gus digunakan untuk meringankan bebanan kewangan rakyat dan akan disalurkan kepada bank untuk mengurangkan jumlah pinjaman,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEJAYAAN PASUKAN COVID-19 HOSPITAL SUNGAI BULOH MEMBANGGAKAN NEGARA
KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar, Ketua Jabatan Anestesia & Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh, Dr Shaiful Azman Zakaria dan seluruh pasukan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh atas pengiktirafan di Anugerah Kesihatan Global 2020 baru-baru ini.
Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa suka cita dan bangga atas pengiktirafan tersebut yang sekali gus turut mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Baginda amat menghargai dedikasi dan pengorbanan dicurahkan kedua-dua doktor tersebut dan pasukan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh dalam usaha memerangi wabak berkenaan.
Al-Sultan Abdullah turut menyanjung tinggi kecemerlangan ditunjukkan mereka dalam usaha merawat pesakit COVID-19 dan membanteras wabak yang boleh meragut nyawa ini.
Hospital Sungai Buloh ditetapkan sebagai hospital utama COVID-19 Malaysia sejak pandemik itu melanda negara pada awal tahun ini.
Dr Suresh Kumar mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai perunding penyakit berjangkit di Hospital Sungai Buloh, manakala Dr Shaiful Azman mempunyai kepakaran dalam bidang anestesiologi dan rawatan rapi sejak 1996 dan pernah bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kelantan.
Dr Sureh Kumar baru-baru ini berada di Sabah bagi membantu membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Cadangan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan menerusi bayaran secara ‘one off’.
Pemangku Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata kerajaan perlu membenarkan rakyat mengeluarkan simpanan dan caruman KWSP mereka namun berdasarkan kriteria tertentu.
“Cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 amat munasabah dan berguna bagi peniaga dan orang awam yang berdepan krisis kewangan akibat COVID-19.
“Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini dengan hanya membenarkannya kepada mereka yang betul-betul terjejas seperti hilang pekerjaan, pendapatan dipotong dan pendapatan di bawah RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sohaimi berkata keresahan segelintir rakyat wajar dipertimbangkan ketika mereka kini dalam keadaan genting kesan daripada COVID-19.
Dalam pada itu, beliau turut menyokong pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang senada dalam perkara berkenaan.
“Kita tahu ada ramai golongan pekerja yang terjejas sehingga hari ini akibat kesan COVID-19.
“Dalam keadaan kecemasan seperti ini ia wajar untuk dibantu dengan wang mereka sendiri,” jelasnya.
MTUC dalam kenyataannya melahir kebimbangan kerana ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan, bahkan mungkin kepada ‘along’ kerana terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.
Sumber : BH online
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKPB MENGURANGKAN KADAR JANGKITAN, TERUS PATUH SOP DITETAPKAN
PUTRAJAYA: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini menunjukkan penurunan apabila kes positif baharu dilihat kurang daripada unjuran dibuat Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebelum ini unjuran ditetapkan pada 1.5 dan sepatutnya kes positif boleh mencecah 1,357 pada semalam dan hari ini.
Beliau berkata, unjuran pada kadar kebolehjangkitan 1.0 pula menjangkakan kes positif sebanyak 950 pada semalam dan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, semalam KKM merekodkan kes positif baharu pada 799 dan sebanyak 659 kes positif baharu direkodkan hari ini.
“Bererti apabila kita mengikut unjuran 1.0 kes direkodkan kurang daripada itu. Ia bermaksud tindakan kita dalam tempoh dua minggu dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat mengimbangkan kesihatan dan ekonomi, menampakkan hasil positif.
“Kita dapat menurunkan kadar kebolehjangkitan kurang daripada 1. Ini adalah hasil pengurusan dan tindakan positif KKM,” katanya pada sidang media harian COVID-19, seperti dilaporkan BHOnline, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya berharap dengan menggiatkan tindakan dan aktiviti pengurusan jangkitan COVID-19, ia dapat dikurangkan dalam tempoh dua minggu lagi.
Beliau berkata, KKM mengharapkan kerjasama rakyat Malaysia untuk kekal di rumah dalam tempoh dua minggu lagi selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!