BENTONG: Kemalangan jalan raya yang melibatkan empat kereta dan sebuah treler turut meragut nyawa pemandu sebuah kereta dalam kejadian itu di Kilometer (KM) 3, Jalan Bentong-Raub, kira-kira jam 1.30 tengahari, hari ini.
Treler yang dipandu oleh seorang pemandu warga tempatan berusia 40 tahun dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Proton Wira di hadapannya, treler tersebut terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Puganeswari A/P Suppiah, 42 yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anaknya berusia 11 tahun terselamat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati pemandu treler itu yang datang dari arah Raub ke Bentong didapati positif dadah jenis Methamphetamine melalui ujian awal air kencing.
“Mangsa yang tersepit itu berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Bentong, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) APJ 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952.
“Diharap semua pengguna jalan raya perlu berhemah , selain itu sering hormat-menghormati sesama pengguna jalan raya serta mengamalkan pemanduan yang cermat dan mematuhi arahan lalulintas,”katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DEDAH PIHAK TERBABIT ISU DAGING HARAM: PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mendedahkan individu yang terlibat dengan sindiket kartel daging haram yang diragui status halalnya ke negara ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat berhak mendapatkan maklumat tepat dan jelas mengenai isu kartel daging haram yang didakwa beroperasi sejak 40 tahun lalu.
Pendedahan kegiatan ini telah menimbulkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam kerana melibatkan status bekalan daging import halal yang meluas di pasaran dan didakwa sudah berlaku sejak 40 tahun lalu.
ASYRAF WAJDI (3 DARI KIRI) BERSAMA PEMUDA UMNO TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS BERKAITAN ISU KARTEL DAGING HARAM/FACEBOOK
Memandangkan banyak agensi dan institusi yang terlibat dalam urusan kawal-selia, pensijilan, pemeriksaan dan penguatkuasan industri halal di negara ini, maka kami mendesak agar ditubuhkan segera pasukan khas bagi menjalankan siasatan,” katanya dipetik dari KOSMO! ONLINE.
Beliau berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.
Katanya, pemuda UMNO juga telah memperolehi beberapa maklumat penting yang melibatkan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam aspek pemeriksaan, pemantauan dan penguatkuasaan melibatkan pemprosesan daging, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan di luar negara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISU SELUDUP DAGING DI LUAR BIDANG KUASA JAKIM: BUKAN SENGAJA DIAM DIRI
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu penipuan penyeludupan daging kerana ia berada di luar bidang kuasa jabatan tersebut.
Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikannya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya bukan sengaja ‘berdiam diri’ seperti didakwa, sebaliknya tindakan itu diambil kerana persoalan dikemukakan masyarakat adalah di luar tanggungjawab Jakim.
ISU DAGING IMPORT BERSTATUS MERAGUKAN AMAT MENGEJUTKAN PENGGUNA DI MALAYSIA/GAMBAR HIASAN
“Walaupun masyarakat menganggapnya adalah tanggungjawab Jakim tetapi hakikatnya ia tidak.
“Tambah lagi, siasatan berkenaan perkara itu sedang dijalankan pihak berkuasa yang berkaitan, jadi kita tidak mahu mengganggu kerja mereka dengan kenyataan-kenyataan tidak sepatutnya yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik,” katanya pada sesi Facebook Live bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya? yang disiarkan secara langsung menerusi FACEBOOK Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada Isnin.
Katanya, dalam isu berkaitan pengimport dan penyeludupan daging tak halal serta pemalsuan logo halal ini juga ia melibatkan banyak agensi kerajaan dan bukan Jakim semata.
“Jika Jakim keluarkan kenyataan ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi A atau agensi B. Setiap agensi terlibat mempunyai bidang kuasa masing-masing, ada yang mengawal berkaitan permit, ada yang mengawal di pintu masuk dan sebagainya,” katanya seperti dilaporkan SINAR HARIAN.
Sementara itu, mengulas berhubung proses mengimport daging ke Malaysia serta peranan yang dimainkan Jakim, Sirajuddin berkata, dalam proses pengimportan daging ia melibatkan beberapa agensi dan proses awalnya, permohonan untuk mengimport itu akan bermula dengan permohonan daripada pihak industri.
Beliau berkata, selepas permohonan diterima, semakan akan dibuat sebelum satu sesi dinamakan pengauditan di lapangan akan diaturkan.
Katanya, dalam sesi pengauditan di lapangan ini, Bahagian Halal Jakim bersama pasukan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan ke luar negara dan jika perlu akan membawa juga pasukan dari Bahagian Kawalan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat pemeriksaan di rumah sembelihan yang terlibat.
“Pihak DVS akan memeriksa dan melihat dari segi prosedur operasi standard (SOP), keselamatan daging dan sebagainya, sementara Jakim akan melihat dari sudut penyembelihan yang dilakukan di lokasi sama ada ia dilakukan oleh orang Islam, sembelihan dibuat sempurna bersesuaian dengan Malaysia Protocol for the Halal Meat serta MS1540:2009 termasuk perlu mengikut hukum syarak bagi memastikan haiwan itu sah kehalalannya.
“Jakim juga akan melihat sehingga proses daging itu dibungkus ke dalam kotak bagi memastikan tiada keadaan yang mencemari daging halal itu daripada dijual kepada masyarakat atau diimport kerajaan Malaysia,” katanya.
Menurutnya, setelah hasil audit dilaksanakan pihaknya bersama DVS di luar negara, barulah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Makanan akan mengeluarkan senarai nama rumah sembelih yang diberi kelulusan untuk mengeksport daging ke Malaysia dan semakan senarai boleh dibuat di laman web rasmi DVS.
GAMBAR HIASAN
“Jadi peranan Jakim hanya sampai di peringkat itu sahaja kerana selepas senarai rumah sembelih dikeluarkan, maka pengimport-pengimport daging di Malaysia akan mendapatkan permit daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk membawa masuk daging ke negara.
“Selepas permit diperoleh daging tersebut akan dibawa dari rumah sembelihan sehingga ke pelabuhan Malaysia. Apabila sampai di pintu masuk pelabuhan negara ia sudah berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Maqis untuk melepaskan produk itu masuk ke dalam negara.
“Setelah itu, ia akan dipindahkan ke gudang sehingga dibawa masuk ke pasar raya. Kini produk tersebut akan berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TIDAK TOLAK BERLAKU KEGIATAN SELUDUP DAGING TIDAK HALAL: GUNA LOGO HALAL PALSU
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menolak kemungkinan berlaku penyeludupan bekalan daging sejuk beku tidak halal yang kemudian diletakkan logo halal palsu di pasaran negara ini.
Pengarah Bahagian Penyelidikannya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata ia tidak mustahil berlaku disebabkan kelemahan dan ketirisan beberapa aspek yang perlu ditambah baik.
“Situasi ini turut berlaku di negara lain contohnya di Singapura jadi tidak mustahil ia turut berlaku di negara ini,” katanya melalui segmen tanya JAKIM bertajuk SOP Halal: Di mana silapnya yang disiarkan di laman Facebook JAKIM, di sini seperti dilaporkan Berita Harian.
Pada masa sama, Sirajuddin berkata, proses membawa bekalan daging import ke negara ini adalah panjang termasuk prosedur kunjungan ke loji penyembelihan di luar negara yang turut disertai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Kementerian Kesihatan.
Kerajaan hanya luluskan daging import daripada 28 rumah sembelih.
Katanya, laporan audit kemudiannya perlu dikemukakan kepada pelbagai agensi berkaitan sebelum melalui proses perbincangan.
“Namun ketirisan boleh berlaku dalam beberapa aspek yang perlu kita tambah baik pada masa depan untuk mengelakkan situasi sama berlaku, ” katanya.
Sirajuddin berkata, mana-mana pihak industri yang berkeyakinan bahawa produk mereka disahkan halal perlu tampil ke depan untuk mengembalikan keyakinan pengguna membabitkan bekalan daging import ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIASAT IKAN MATI DI SUNGAI TUMBOH: JAS AMBIL TINDAKAN TEGAS
KAMPUNG GAJAH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian ikan di Sungai Tumboh, di sini.
Pengarah JAS Perak, Rozli Zul, berkata siasatan awal mendapati lokasi berkenaan terletak jauh dari kawasan perindustrian yang memungkinkan berlakunya pencemaran air.
BH ONLINE melaporkan, Bagaimanapun katanya, terdapat sebuah kilang memproses sawit dan kawasan pertanian berhampiran lokasi itu.
“JAS sudah mengambil sampel air di kawasan itu untuk dianalisis dan kita sedang melihat segala kemungkinan yang menjadi punca kejadian,” katanya.
Perkara itu turut dikongsi Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook rasmi beliau, hari ini.
“Menerima beberapa keping gambar dan video menunjukkan banyak ikan mati di Sungai Tumboh, Kampung Gajah.
“Saya telah minta pihak JAS menyiasat dengan segera,” katanya ringkas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAS KINI SOP SIJIL HALAL: KENAL PASTI SEGERA KELEMAHAN
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengakui wujud kelemahan prosedur operasi standard (SOP) dalam pembanguan pensijilan halal hingga menyebabkan daging import diragui status halal.
Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM, Datuk Dr Sirajudin Suhaimee, berkata dalam membangunkan SOP itu, JAKIM tidak bekerjasama dengan beberapa agensi lain.
BH ONLINE melaporkan , JAKIM bersedia mengemas kini dan mengenal pasti SOP yang menyebabkan ketirisan bagi memastikan daging import yang diragui status halalnya, tidak berlaku lagi pada masa depan.
“Kalau nak kata tidak (ada kelemahan), ia adalah mustahil sebab kita sebagai manusia mesti ada kesilapan berlaku.
GAMBAR HIASAN
“SOP itu sudah ada sejak sekian lama. Berlaku ketirisan di beberapa aspek yang perlu dikemas kini dan diperkuat supaya ia tak berlaku lagi,” katanya melalui segmen tanya JAKIM bertajuk ‘SOP Halal: Di mana Silapnya’ yang disiarkan di laman FACEBOOK JAKIM, di sini hari ini.
Beliau berkata, JAKIM bukan satu-satunya agensi yang menguruskan proses pensijilan halal dan pengimportan daging halal ke negara ini hingga sampai ke tangan pengguna.
Katanya, terdapat 344 agensi yang terbabit dalam keseluruhan proses pensijilan halal dan JAKIM tidak terbabit dalam keseluruhan proses pengimportan daging sejuk beku ke negara ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PANTAU AKTIVITI BERBASIKAL: AKTIVITI RIADAH BERBASIKAL DI PUTRAJAYA ADA RISIKO
PUTRAJAYA: Polis meningkatkan pemantauan terhadap penunggang basikal yang memilih beriadah di pusat pentadbiran kerajaan itu.
Langkah itu bagi mengelak kemalangan maut seperti yang berlaku ke atas seorang penunggang basikal baru-baru, sekali gus memastikan pematuhan peraturan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, berkata pihaknya akan menggandakan operasi pemantauan ketika pasukan trafik mengadakan rondaan.
GAMBAR HIASAN
Katanya, polis tidak akan mengeluarkan sebarang saman berikutan masih di peringkat memberi kesedaran dan pendidikan.
“Operasi pemantauan susulan kemalangan maut membabitkan seorang penunggang basikal wanita di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya sebelum ini.
“Pemantauan akan diteruskan secara berkala bagi memastikan semua penunggang basikal mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan, individu yang menjalankan aktiviti berbasikal memilih lokasi dan masa sesuai seperti di kawasan kurang kenderaan serta bukan waktu puncak.
BH ONLINE melaporkan, berkata penunggang juga perlu memastikan peralatan dan basikal digunakan mempunyai ciri keselamatan terutama ketika mengadakan aktiviti pada waktu malam.
Putrajaya menjadi pilihan peminat sukan berbasikal termasuk pada waktu malam.
Pada 19 Disember lalu, seorang penunggang basikal wanita maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori di Jambatan Putrajaya yang juga laluan ke Presint 8, Presint 9 dan Presint 10.
Mangsa yang berusia 34 tahun dan dari Subang Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 137 kes kemalangan membabitkan aktiviti berbasikal di jalan raya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 56 kes membabitkan kematian, 18 cedera parah dan 63 cedera ringan.
Penunggang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu, Seksyen 79(2) akta sama kerana gagal mematuhi papan tanda lalu lintas dan Seksyen 112(3) akta sama kerana melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEJADIAN KEMALANGAN MAUT ITU BERLAKU DI KM 4, JALAN BENTONG-GOMBAK.
BENTONG: Seorang maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan lama, Jalan Bentong-Gombak, Kilometer (KM) 4 yang melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dengan lori treler, kira-kira 1.50 pagi, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta itu dipandu oleh seorang lelaki kaum India yang berusia 24 tahun yang datang dari arah bandar Bentong menuju ke Gombak dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke seberang jalan.
Anantha Raj a/l Kanapathi yang memandu kereta ini meninggal di tempat kejadian.
“Kereta itu melanggar belakang lori treler yang berada di tepi jalan, kereta itu hampir remuk keseluruhuannya, manakala treler itu mengalami kerosakan kecil.
“Pemandu kereta itu, Anantha Raj a/l Kanapathi yang berasal dari Bentong disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya.
Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.
Katanya, pihaknya menasihati orang ramai yang memandu dan menunggang kenderaan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalulintas, pastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik terutama ketika di musim tengkujuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MAYAT BAKAL PENGANTIN LEMAS DITEMUI: DILAPORKAN DITARIK OMBAK KETIKA MANDI PANTAI
MARANG: Mayat bakal pengantin lelaki yang dijadual melangsungkan perkahwinan semalam ditemukan di tepi pantai Kampung Alur Tuman, di sini, pagi ini.
Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada jam 8.55 pagi kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan lemas.
Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Cheras ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai
Memetik laporan BH ONLINE, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata pasukan penyelamat yang diketuainya sendiri sebelum itu melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menemui mayat seorang lelaki di atas pasir di pantai berkenaan.
“Berdasarkan keadaan mayat itu, tiada sebarang kecederaan dan mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Marang sebaik pihak forensik melakukan siasatan.
“Dengan penemuan mayat ini, operasi mencari dan menyelamat membabitkan lelaki yang dilaporkan lemas di Pantai Kelulut ditamatkan jam 11 pagi dan fokus kita kini pada pencarian kes lemas di Pantai Jambu Bongkok,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di Kampung Kelulut, di sini, hari ini.
Naim Hariri dilaporkan hilang selepas ditarik ombak ketika mandi di Pantai Kelulut pada jam 6.40 petang kelmarin.
Mangsa datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasangannya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, yang dijadualkan semalam.
Bapa pengantin perempuan, Ismail Awang, menunjukkan pelamin dan barang hantaran untuk majlis perkahwinan anaknya Fatin Nabilah Huda.
Media sebelum ini turut melaporkan seorang lelaki berusia 48 tahun dari Hulu Terengganu dikhuatiri lemas selepas mandi bersama enam rakannya sebelum ditarik ombak ke tengah laut di Pantai Jambu Bongkok, Dungun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
10 ARTIS INDONESIA WANITA TERCANTIK DUNIA – TC CANDLER MEMILIH 10 ARTIS INDONESIA DALAM SENARAI 100 ARTIS DUNIA
JAKARTA: Merdeka.com melaporkan TC Candler menyenarai calon 100 Wajah Tercantik Di Dunia Tahun 2020 melalui pemilihan yang diumumkan melalui Instagram rasmi TC Candler, @tccandler. Pemilihan diadakan oleh TC Candler setiap tahun berdasarkan undian daripada komen terbanyak yang diterima melalui saluran youtube rasmi TC Candler.
Di antara 100 pencalonan yang disenaraikan, sepuluh di antaranya tersenarai nama beberapa artis Indonesia. Artis yang tersenarai akan bersaing dengan selebriti lain dari seluruh dunia. Siapa agaknya 10 artis Indonesia wanita tercantik dunia tersebut yang tersenarai.
Agnes Monica
Agnes Monica
Ini adalah kali kedua Agnes Mo tersenarai dalam pencalonan 100 wanita tercantik di dunia. Tahun lepas Agnes turut tersenarai bersama Cinta Laura dan Maudy Ayunda termasuk penyanyi Indonesia Raissa Andriana.
Raisa Andriana
Raisa Andriana
Selain Agnez Mo, penyanyi Indonesia Raissa Andriana turut berada dalam senarai 100 pertama pencalonan wanita tercantik di dunia.
Manakala, Maudy Ayunda, artis cantik dan berbakat, namanya turut terselit sebagai calon dalam pemilihan itu. Maudy Ayunda juga sangat aktif dalam dunia hiburan di samping melanjutkan pelajaran.
Citra Kirana
Citra Kirana
Artis cantik Citra Kirana, merupakan pendatang baru dalam pencalonan wanita tercantik dunia itu. Dengan wajah yang ayu disertai senyuman yang menawan membawa dia turut tersenarai.
Cinta Laura
Cinta Laura
Artis yang memiliki wajah cantik ini turut dicalonkan buat kali kedua. Tahun lalu, artis yang sudah melebarkan sayapnya ke Hollywood ini turut dipilih sebagai wanita tercantik.
Velove Vexia
Velove Vexia
Velove Vexia yang berusia 30 tahun yang dikatakan memiliki wajah mirip artis Korea turut tersenarai dalam pencalonan 100 wanita tercantik di dunia..
Syifa Hadju, kecantikan wajah artis muda ini memang tidak disangkal lagi turut tersenarai sebagai pencalonan.
Chelsea Islan
Chelsea Islan
Paras cantik dan ayu Chelsea Islan memang selalu menarik perhatian siapa saja yang melihatnya. Wanita kacukan Indonesia-Amerika ini juga turut tersenarai.
Natasha Wilona
Natasha Wilona
Natasha Wilona turut menambah deretan nama-nama calon dari Indonesia, malah TC Candler awal-awal lagi telah mengumumkan namanya sejak bulan Mei 2020 lalu.
Pevita Pearce
Pevita Pearce
Pada 8 November lalu, TC Candler turut mengumumkan artis cantik Pevita Pearce sebagai calon wanita tercantik tahun 2020.
Hebat sungguh artis-artis dari negara seberang kan kerana mampu tersenarai sebagai calon 100 Wajah Tercantik Di Dunia Tahun 2020, dan ada 10 artis Indonesia wanita tercantik dunia dalam senarai tersebut.
Apa pendapat anda tentang 10 artis Indonesia wanita tercantik dunia yang tersenarai?
Agaknya ada tak artis dari negara kita yang mampu bersaing dengan 10 artis Indonesia wanita tercantik dunia yang disenaraikan ini?
Jangan lupa komen dalam ruangan komen yang disediakan ye…
Jika anda mempunyai sebarang GAMBAR YANG MENARIK UNTUK DIKONGSIKAN, berita terkini, komen, cadangan dan pertanyaan, sila emailkan kepada kami menggunakan borang yang disediakan DISINI. Terima kasih.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!