JEMAAH MENTERI TAK AMBIL GAJI TIGA BULAN MULAI JUN
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan sebagai tanda sokongan, jemaah Menteri bersetuju untuk tidak mengambil gaji tiga bulan mulai Jun ini.
Perdana Menteri berkata, gaji yang tidak diambil akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.Selain itu, sebanyak RM2.1 bilion lagi diperuntukkan bagi menambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).“Bayaran BPR tambahan itu akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti, lapor Utusan Online.
“Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.“Golongan bujang pula akan menerima RM100,” kata beliau ketika mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) memohon pihak berwajib memantau dengan lebih ketat iklan yang membawa unsur negatif yang boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang ramai, kesatuan telah membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas, pada 6.30 petang, 29 Mei 2021.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, terdapat iklan yang memaparkan permainan judi secara atas talian dengan menggunakan pelakon seorang lelaki yang memegang watak pelajar sekolah dan perempuan sebagai guru dengan unsur dan skrip menggoda dan lucah.
Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik.
Katanya, kesatuan membantah sekeras-kerasnya iklan seperti itu dengan naratifnya berunsur lucah, menjijikkan sekali gus turut menjejaskan profesion keguruan.
‘Iklan itu mendatangkan kesan yang boleh meruntuhkan moral murid sekolah dan guru serta boleh menjadi bahan jenaka di kalangan pelajar khususnya ketika berada di dalam kelas dan meninggalkan kesan buruk jangka panjang.
“Pihak kesatuan mewakili suara guru memohon pihak kerajaan terutama kementerian dan jabatan terbabit mengambil tindakan tegas terhadap syarikat produk tersebut, penerbit dan watak dalam video tersebut,” katanya kepada SAHIH.
Katanya, sepatutnya etika pengiklanan perlu diikuti dan perlu dikuatkuasakan dengan menyekat iklan seperti itu daripada tular di media sosial yang boleh dilayari oleh lapisan masyarakat.
Salah satu klip video iklan tersebut.
“Syarikat itu perlu dikenakan denda yang tinggi kepada semua yang terlibat. Jika denda tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dikenakan, kenapa tidak dikenakan kepada pihak yang menerbitkan iklan seperti itu.
“Warga pendidik dan masyarakat bekerjasama membuat bantahan terhadap syarikat penerbitan itu kerana sanggup membuat iklan yang menyentuh sensitiviti profesion keguruan serta institusi pendidikan yang boleh mendorong pelakuan tidak senonoh kepada anak-anak untuk melakukan perkara yang tidak baik,”katanya.
Katanya, ini bukan kali pertama, menjelang sambutan hari Raya Aidil Fitri terdapat syarikat berunsurkan judi secara atas talian telah mengiklankan syarikat mereka dengan mencemarkan kesucian hari kebesaran umat Islam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Penularan isu Lembaga Getah Malaysia (LGM) termasuk desakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mengutarakan isu penjualan dan pajakan tanah perdana LGM di bawah harga pasaran mencetuskan pertanyaan orang awam, menyebabkan Datuk Ahmad Nazlan Idris sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau, Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), sanggup disiasat SPRM mengenai isu LGM Properties Corporation (LGMPC), iaitu perbadanan milik LGM yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu.
Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris.
Katanya, beliau terpanggil memberi penjelasan kerana namanya telah dikaitkan sebagai Pengerusi Lembaga Getah Malaysia dalam isu LGMPC berkenaan.
”Saya ingin tegaskan bahawa saya sudah tidak lagi menjadi Pengerusi LGM setelah ditamatkan kontrak pada 14 April 2021 yang lalu.
“Dalam isu LGMPC saya tidak terlibat dan boleh saya sahkan Ahli Lembaga Pengarah LGM turut mengambil berat atas kegagalan tadbir urus LGMPC, ” katanya.
Beliau berkata, malah satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan tindakan serta langkah penambahbaikan telah dibuat oleh LGM, namun Menteri berkaitan telah campur tangan dan membiarkan LGMPC berjalan seperti biasa.
Ahmad Nazlan berkata, dalam isu sewaan tanah RM 0.70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju kaedah kontrak 5 tahun campur 10 tahun. Namun menteri mahukan kaedah menjadi 5 + 10 + 10 menjadikan 25 tahun.
Menurutnya hasil yang boleh diperolehi oleh LGM selepas 25 tahun dijangka melebihi 1 billion jika diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding dengan hasil sewaan RM 42 juta kepada syarikat milik rakyat Turki.
“Berkait dengan isu penjualan tanah warisan, tindakan terakhir saya adalah menulis surat kepada Jabatan Warisan Negara kerana tanah itu adalah tanah warisan.
“Harus saya tekankan segala tuduhan terhadap diri saya adalah tidak benar dan saya telah cuba bersama dengan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang lain untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti.
“Saya mendapat kerjasama sepenuhnya dari ALP LGM dan mereka sangat komited dan bertanggungjawab,” katanya kepada media di Pejabat Parlimen Jerantut hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata, ALP turut menubuhkan tiga jawatankuasa khas termasuk audit dalaman bagi membetul isu dalaman LGM dan beliau serta ALP rela disiasat oleh pihak SPRM mengenai perkara ini.
Katanya, ALP sangat komited untuk menguruskan dengan baik kira-kira RM 1.5 billion aset LGM yang juga harta kepada 450,000 pekebun kecil seluruh negara.
“Saya juga ingin memaklumkan telah menerima surat lantikan daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Ketua Setiausaha (KSU) untuk mengisi jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 15 April 2021, saya ucapkan terima kasih dan saya ingin maklumkan bahawa saya menolak jawatan tersebut,” katanya. -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Polis hari ini memulakan siasatan berhubung satu hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor melalui laman Instagram (IG) milik ibu kepada usahawan dan selebriti popular, Neelofa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata pihaknya menerima satu laporan berkaitan perkara itu, kira-kira jam 5.44 petang tadi oleh pemilik akaun Instagram berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.
“Laporan dibuat berhubung paparan di Instagram peribadi milik wanita berusia 54 tahun itu yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar.
“Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik pengadu dengan membuat hantaran melalui medium ‘IG Story’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anuar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, lapor BH ONLINE.
Katanya, orang ramai dinasihat supaya tidak sewenang-wenangnya mengongsikan sebarang maklumat atau berita di media sosial hingga menjejaskan reputasi dan hak asasi mana-mana orang.
BH sebelum ini melaporkan ibu Neelofa itu membuat satu laporan polis, selain mendakwa dia kesal dengan perkara yang berlaku dan akan memastikan ia tidak berulang.
Noor Kartini berkata, perkara itu berlaku atas kecuaian seorang kakitangannya yang mempunyai akses membuka laman Instagram miliknya.
“Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.
“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Terdahulu, tular tangkap layar IG Story Noor Kartini dalam laman sosial yang kebanyakannya kesal dengan perkataan kasar digunakan.
Bagaimanapun, hantaran dalam IG Story itu dipadam selepas beberapa minit dimuat naik, petang tadi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin kepada wartawan wajar dilaksanakan dengan segera bagi memastikan mereka berupaya menjalankan tugas dengan lebih yakin.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, ketika menyuarakan gesaan itu berkata jasa wartawan dalam menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat memang tidak dapat dinafikan.
Tanpa wartawan, beliau berkata, mustahil berita dan maklumat penting berupaya dihebahkan ke seluruh negara secara pantas, termasuk segenap perkara mengenai wabak COVID-19 yang sedang melanda.
“Kita masih lagi dalam suasana menyambut Hari Wartawan Nasional kelmarin, justeru syabas Khairy Jamaluddin (Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) yang mengumumkan hampir 6,000 pengamal media akan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin dalam masa terdekat.
“Ini menunjukkan keprihatinan Khairy dan kerajaan Perikatan Nasional terhadap kebajikan pengamal media yang setiap hari memainkan peranan penting memastikan rakyat mendapat maklumat tepat.
“Ramai wartawan meredah pandemik demi mendapat berita yang betul untuk dilaporkan, maka memang amat wajarlah pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada pengamal media dengan meletakkan mereka sebagai ‘frontliners’ serta memberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH ONLINE.
Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khamis lalu dilaporkan berkata pengamal media akan diberi slot janji temu suntikan dos pertama vaksin pada minggu pertama Jun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HUJAN RENYAI MENGIRINGI SUASANA PILU JENAZAH MUFTI PERAK, TAN SRI DR HARUSSANI ZAKARIA
IPOH – Hujan renyai mengiringi suasana pilu kira-kira satu jam sebelum jenazah Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya, di sini, petang ini.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar jam 6.20 petang tadi.
Terdahulu, van jenazah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tiba pada 6.05 petang dengan diiringi anggota keselamatan yang mengawal kelancaran lalu lintas dan pergerakan orang ramai.
Proses pengebumian Allahyarham dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Allahyarham Harussani sebelum itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB pada 2.45 petang, lapor HM online.
Pada 19 Mei lalu, Harussani disahkan positif Covid-19 dan menjalani rawatan di HRPB.
Harussani, 82, dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.
Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SENARAI PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN KETIKA LOCKDOWN
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk larangan pergerakan penuh (total lockdown) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini turut tidak membenarkan sektor perkilangan beroperasi. Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata beberapa perkhidmatan dibenarkan seperti berikut:
Pembuatan
Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
Makanan dan minuman
Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
Komponen bagi peranti perubatan
Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
(Kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah 60% pekerja sahaja.)
Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi
Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)
Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)
Pembinaan
Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).
(Kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah secara optima.)
Perdagangan Pengedaran
Kompleks membeli-belah DITUTUP kecuali hanya premis, pasar raya, pasar raya besar dan departmental store yang mempunyai seksyen makanan dan minuman, keperluan asas, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan restoran untuk bawa pulang dan penghantaran ke rumah.
Pasar raya, pasar raya besar, kedai farmasi, penjagaan diri, kedai serbaneka, mini mart dan kedai runcit serta departmental store dibuka TERHAD kepada seksyen makanan, minuman dan keperluan asas sahaja,
Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan
Dobi (termasuk layan diri)
Kedai penjagaan haiwan dan makanan haiwan
Kedai cermin mata dan barang optik
Kedai hardware
Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
E-dagang (semua kategori produk)
Pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja)
(Semua sektor perniagaan ini dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam sahaja,lapor Astro Awani.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Dua lelaki berusia 25 dan 34 tahun yang nekad dengan memalsukan dokumen kebenaran perjalanan merentas sempadan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Bentong, semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kedua-dua lelaki yang menaiki sebuah kereta itu ditahan dalam pemeriksaan dan menunjukkan surat kebenaran yang meragukan oleh pihak pegawai dan anggota polis yang bertugas.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar
“Siasatan awal mendapati cop dan tandangan ketua polis balai yang telah meluluskan permit tersebut disyaki dipalsukan dan semakan di balai terbabit mendapati nombor siri rentas negeri tidak wujud,”katanya di sini, hari ini.
Katanya, peningkatan kes pemalsuan dokumen semakin menjadi-jadi serta prosedur operasi standard yang dikeluarkan seperti tidak dipatuhi oleh individu yang mementingkan diri sendiri.
“Kedua-dua lelaki itu masing-masing dikompaun sebanyak RM4,000 dan serta ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong.
“Pihak polis akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan yang lebih ketat dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memalsukan dokumen rentas negeri,” katanya.
Katanya, setakat ini seramai tujuh individu telah ditahan kerana didapati memalsukan dokumen rentas negeri dalam pemeriksaan di SJR Tol Bentong arah ke Kuantan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAWA VAKSIN KEPADA RAKYAT, BUKAN BANJIRI PPV- RAFIDAH AZIZ
PETALING JAYA: Bekas menteri persekutuan, Rafidah Aziz menggesa kerajaan membawa vaksin Covid-19 kepada rakyat, bukannya menyebabkan mereka membanjiri pusat pemberian vaksin (PPV) mega.
Veteran Umno itu berkata, PPV sepatutnya “berukuran tepat” dan turut terletak di peringkat daerah, dengan menggunakan dewan serbaguna supaya orang ramai dapat diuruskan dengan baik, lapor FMT.
Bekas menteri persekutuan, Rafidah Aziz menggesa kerajaan membawa vaksin Covid-19 kepada rakyat, bukannya menyebabkan mereka membanjiri pusat pemberian vaksin (PPV) mega.
Katanya, PPV itu sepatutnya hanya menerima penduduk daerah sama untuk memudahkan penyimpanan rekod dan pengesanan.
Rafidah berkata, langkah itu juga dapat mencegah kemungkinan wujud “kluster pusat vaksinasi Covid-19” yang berpunca daripada kesesakan orang ramai dengan ramai yang beratur berjam-jam sebelum divaksin.
“Kita tidak memerlukan (pangkalan data) IT mega RM70 juta ditubuhkan bagi pendekatan akal ini disebabkan kumpulan vaksinasi ‘disasarkan’. Janji temu menjadi lebih bermakna dan rakyat tidak perlu merentas sempadan ke pusat mega.
“Data yang dikumpul di pusat daerah ini boleh dikumpul semak Pejabat Kesihatan Daerah, kemudian ke Pejabat Kesihatan Negeri untuk dianalisis dan dihantar ke Kementerian Kesihatan,” katanya kepada FMT.
Beliau turut mempersoalkan kenapa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah tidak menganggotai Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), ketika infrastruktur penjagaan kesihatan awam diperlukan untuk pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Katanya, Malaysia tidak boleh membuang masa atau wang lagi dengan melakukan perkara dalam “skala mega” dan beliau menggesa kerajaan bersikap realistik serta cekap kerana setiap saat itu penting.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PKR: KENYATAAN AHLI DAKWA HINA AGONG TIDAK WAKILI PARTI
KUALA LUMPUR: Kenyataan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) bernama Iswardy Morni, yang kini disiasat kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, sama sekali tidak mewakili pendirian parti itu, kata pengarah komunikasinya Fahmi Fadzil.
Fahmi mengesahkan Iswardy sebagai anggota PKR yang berdaftar di cabang Petra Jaya, Sarawak tetapi menegaskan dia tidak memegang sebarang jawatan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
“Kenyataan dia melalui klip video yang tular tidak sama sekali mewakili pendirian PKR, sebuah parti yang menjunjung dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu seperti tercatat dalam perlembagaan parti.
“Ucapannya di dalam video-video sebelum ini pernah dibangkit dan dibincang di dalam Biro Politik PKR dan keputusan telah diambil seawal April lalu dengan memberi amaran keras kepadanya,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Iswardy Morni mengeluarkan kenyataan tidak sopan menghina Agong melalui klip video yang tular, semalam.-Foto Malaysiakini
Semalam, Iswardy memberitahu Malaysiakini yang polis telah menahannya di rumah untuk membantu siasatan berhubung klip video yang dimuatnaiknya yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, dia dijangka dibawa ke balai polis Dang Wangi tetapi selepas itu tidak lagi membalas pesanan teks.
Malaysiakini sedang berusaha membuat pengesahan dengan polis berhubung penahanannya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata PKR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas, termasuk melucutkan keanggotaannya, jika dia terus melakukan perbuatan yang sama.
“Namun, oleh kerana isu video Iswardy telah menjadi kes siasatan polis, PKR akan menunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut terhadapnya,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!