KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Jelasnya,tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap DI Vaksinasi, walau bagaimanapun tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan PKPD.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pembukaan Semula Sektor Pelancongan Langkawi, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di Kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Santhara dan Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat.
Nancy turut berkata, perlindungan insuran dan saringan COVID-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
CAMERON RINTIS KUARTERS PEKERJA BERPUSAT WARGA ASING
CAMERON HIGHLANDS: Daerah Cameron Highlands akan dijadikan daerah rintis oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membina Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) untuk pekerja warga asing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata, pembinaan CLQ diambil kira selepas mendapati ia merupakan satu keperluan kerana keluasan kawasan di Cameeon Highlands adalah terhad.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan (kanan) dalam Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] di 25 premis dalam sektor pertanian di Cameron Highlands, hari ini
Katanya, pekerja warga asing perlu ditempatkan di kawasan khas dan tidak terbiar tinggal berselerak di kawasan peranginan negara itu seperti sekarang.
“Di sini saya cuba jadikan sebagai satu projek rintis kawasan di terhad untuk memulakan CLQ , selain itu mungkin memudahkan untuk mengawal pekerja asing dan memberi ruang kepada petani menggunakan kawasan tanah yang digunakan sebagai kediaman pekerja mereka di kebun masing-masing untuk dijadikan kebun.
“Ini merupakan hala tuju kementerian untuk mengelakkan pekerja asing tinggal di lokasi pertanian masing-masing dan sukar untuk dipantau, mereka perlu ditempatkan di tempat khas seperti yang telah dilaksanakan di Singapura,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] dan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] di 25 premis dalam sektor pertanian di Cameron Highlands, hari ini.
Katanya, bakal pembinaan CLQ itu turut mengambil kira tempoh perjalanan mereka ke tempat kerja dengan anggaran 15 ke 30 minit.
“Pembinaan CLQ itu akan dibincangkan bersama kerajaan negeri Pahang dalam tempoh terdekat ini sebagai projek usahasama. Setakat ini seramai 24,812 majikan dan 132,513 penginapan telah diperiksa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU LORI GULA MAUT DALAM KEMALANGAN DI KM 43.5, LEBUHRAYA KLK
BENTONG : Seorang pemandu lori muatan gula berusia 27 tahun maut apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 43.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Karak (KLK) berdekatan Bentong pada jam 4.00 pagi hari ini..
Mangsa, Mohamad Rahiziikmal Mohamad Her yang memandu lori tersebut dipercayai hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, lori muatan gula itu datang dari sebuah kilang di Shah Alam, Selangor dan dalam perjalanan ke Kuantan, tiba-tiba hilang kawalan apabila sampai di selekoh KM43.5 lebuh raya tersebut.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar
“Hasil siasatan mendapati lori berkenaan terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar tebing bukit dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaiham, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu
siasatan, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaiham berkata, sehingga ini statistik kemalangan jalan raya di KM 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak berdekatan sini menunjukkan sebanyak 14 kes dan melibatkan empat orang pengguna maut.
Sebahagian kampit gula berselerakan di tepi jalan raya selepas sebuah lori terbabas ke tebing bukit dan pemandu ya maut di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak berdekatan Bentong, Pahang hari ini. – Ihsan IPD Bentong.
“Saya menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu dan berhemah di samping kenderaan yang dipandu perlu diselenggara dengan baik dan selamat.
“Selain itu, pengguna lebuh raya yang menggunakan lebuh raya itu tiba di lokasi berselekoh itu, diharap memperlahankan kenderaan masing-masing, terutama pengguna lebuh raya itu buat kali pertama, “katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Seorang duda anak seorang, Mohd. Hamidi Khairudeen, 48, yang terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian menjalani pembedahan pada awal bulan lalu, kini dijaga ibunya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini.
Ibunya, Hasanah Mahamud Yusoff, 64, berkata, Mohd. Hamidi merupakan anak sulung daripada enam beradik, pada mulanya kerap meracau dan meronta di rumah lalu hantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh.
Hasanah Mahamud Yusoff, 64, menjaga anaknya Mohd. Hamidi di rumah selepas mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas).
“Anak saya ini dirujuk ke Hosptal Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan pakar dan kemudiannya menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos 2021.
“Dia turut dibedah buat kali kedua di hospital yang sama pada 11 Ogos lalu, kemudian disusuli pembedahan bahagian kerongkong malahan keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Hasanah, dia dimaklumkan oleh pihak hospital tersebut, anaknya mengalami pendarahan dalam kepala kerana salah satu saluran darah telah pecah dan memerlukan rawatan susulan.
“Setelah menjalani pembedahan di HTAA, Kuantan anak saya dibawa pulang ke rumah dan cuma akan mendapat rawatan susulan di Hosas, Temerloh dalam bulan September ini, tetapi keadaan penyakitya tidak nampak berubah,” katanya.
“Sehingga ini selepas menjalani tiga kali pembedahan di HTAA Kuantan serta dirawat selama tiga minggu sebelum pulang ke rumah, kini Mohd Hamidi cuma terlantar di katil dan diberi minum susu khas menggunakan saluran menerusi bahagian hidungnya,” katanya.
Sementara itu, Juliyana Khairudeen, adik kepada Mohd. Hamidi, berkata, dia dan ibu menjaganya abangnya secara bergilir-gilir dan mereka telah membelanjakan hampir RM2,000 sebulan untuk keperluan abangnya seperti membeli susu, lampin pakai buang termasuk menyewa ambulans ke HTAA Kuantan dan HOSAS Temerloh.
“Selepas pembedahan bulan lalu, sudah dua kali abang saya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan sekali lagi dalam minggu ini sehingga kami terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih melibatkan kos perjalanan kira-kira RM600 setiap kali perjalanan.
“Tanggungan perbelanjaan ini amat merisaukan ibu dan kami sekeluarga memandangkan pendapatan hasil sawit tidak seberapa selain komitmen banyak menyelesaikan pelbagai hutang,” katanya selain itu tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Juliyana berharap, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menghubungi dia, Juliyana Khairudeen menerusi talian 013 9978993 atau terus ke akaun Maybank bernombor 156141542153 (Juliyana),” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Vaksinasi 12-17 Tahun: Ibu bapa, penjaga tidak perlu gusar risiko radang jantung – Pakar kesihatan
KUALA LUMPUR: Golongan ibu bapa dan penjaga tidak perlu gusar dengan kemungkinan jagaan mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun mendapat myocarditis (radang jantung) selepas diberi vaksin COVID-19.
Pakar pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail yang juga Pengerusi Program Immunise4Life berkata, risiko bagi golongan berkenaan untuk mendapat myocarditis jika dijangkiti COVID-19, adalah enam hingga 34 kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang mendapat vaksin.
Berdasarkan data sedia ada daripada Pfizer dan Moderna, beliau berkata, golongan berkenaan perlu mendapat perlindungan sewajarnya, memandangkan sekolah bakal dibuka tidak lama lagi.
“Memang ada beberapa keraguan, tak senang hati nak vaksin kanak-kanak. Tapi kalau kita tengok pada dahulu memang KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ada perancangan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak, tapi mereka tarik balik sebab ada kes masalah radang jantung kepada kanak-kanak.
“Tetapi sekarang, data yang telah dikemukakan dan didapati kes itu sudah kurang dari apa yang berlaku, jika kanak-kanak berkenaan dijangkiti COVID-19.
“Kalau bagi mereka (remaja) yang tak diberi vaksin, risiko untuk mendapat radang jantung, jika dijangkiti COVID-19, adalah enam hingga 34 kali ganda dibandingkan dengan mereka yang diberikan vaksin,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sarawak, yang bermula hari ini akan melibatkan 240,000 pelajar di seluruh negeri itu secara berperingkat.
Seramai 375 pelajar berusia 16 dan 17 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Matang dan Pusat Perlindungan Wanita Taman Seri Puteri di Kuching akan menjadi kumpulan remaja pertama menerima vaksinasi di negara ini,lapor Bernama
Selain itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan sebagai berkata, suntikan vaksin COVID-19 terhadap remaja di Labuan dan Lembah Klang akan diberikan selepas vaksinasi di Sarawak selesai.
Mengulas lanjut, Dr Zulklifli berkata, Sarawak wajar menjadi negeri pertama program berkenaan memandangkan lebih 80 peratus populasi dewasa di sana sudah selesai menerima dua dos suntikan.
Negeri-negeri lain, katanya lagi, turut memulakan program tersebut selepas populasi dewasa di negeri berkenaan juga mencapai minimum 80 peratus kadar vaksinasi.
Namun, Dr Zulkifli berkata, pemberian vaksin kepada remaja lingkungan umur berkenaan tidak seharusnya dijadikan strategi utama, sebaliknya vaksinasi perlu diperluaskan kepada keseluruhan ekosistem persekolahan.
“Jika nak dimulakan vaksinasi kerana perlu memulakan kembali persekolahan, yang penting bukan beri vaksinasi kepada kanak-kanak, tetapi vaksin harus diperluaskan kepada orang sekeliling kanak-kanak atau remaja berkenaan.
“Contohnya guru-guru, kerani sekolah, pengawal keselamatan, orang yang jaga kantin sekolah dan pemandu bas sekolah… inilah orang-orang dewasa yang mengelilingi kanak-kanak atau pelajar,” katanya la
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mengamuk sambil menghayunkan galah sabit di atas kereta peronda polis ditahan di hadapan Balai Polis Gopeng, pada jam 8.00 pagi, hari ini.
Lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai kurang siuman itu berjaya ditahan selepas dipancut dengan air oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke arahnya turut dirakam dan ditular oleh warga net.
Rakaman itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di atas kereta peronda polis dengan menghayunkan galah sabit sambil menjerit.
Lelaki berusia 60-an memanjat kereta peronda polis sambil menghayun galah sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, hari ini.-Foto tangkap layar video media sosial.
Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit memasuki kawasan balai dengan menaiki motosikal dengan membawa parang dan galah sabit.
“Suspek kemudian dilihat melibas parang dan sabit dibawanya di hadapan pintu masuk pejabat pertanyaan balai tersebut, pegawai polis yang bertugas bertindak menenangkan suspek.
“Suspek bertindak keluar dari kawasan balai dan menuju ke jalan turut cuba disekat oleh pihak polis, kemudian suspek memanjat kenderaan dan melibas parang dan sabit bagi mengelak didekati polis sambil menjerti-jerit,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan syabu, selain mempunyai 16 rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan narkotik. Dalam pada itu, polis turut merampas sebilah parang, sabit, sebuah motosikal dan empat kunci.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek mengamuk dan merampas motosikal milik orang awam di kawasan pasar Lawan Kuda, kemudian menuju ke kawasan perumahan Kopisan sebelum masuk ke Balai Polis Gopeng.
“Kes disiasat bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1976, Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya serta Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 , polis juga akan memohon perintah reman terhadap suspek esok,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
27 MENARA SELULAR BAHARU DENGAN LIPUTAN 4G DIBINA DI DUN JELAI
LIPIS: Sebanyak 27 menara selular baharu dengan liputan 4G akan dibina di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai termasuk menaiktaraf stesen pemancar 2G dan 3G sedia ada ke rangkaian 4G.
Mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Pahang memperincikan inisiatif-inisiatif di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk DUN Jelai dengan menaiktaraf rangkaian jalur lebar tetap (gentian optik) bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di 240 premis, semalam.
Mesyuarat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Pahang memperincikan inisiatif-inisiatif di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk DUN Jelai , semalam.
Selain itu, pelaksanaan 46 projek Jalur Lebar Tanpa Wayar (Broadband Wireless Access- BWA) di perkampungan orang asli turut disediakan.
Semua inisiatif di bawah JENDELA ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan akses dan capaian rangkaian internet berkelajuan tinggi di kawasan DUN Jelai.
Terima kasih kepada ADUN Jelai merangkap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa memantau secara dekat pelaksanaan inisiatif JENDELA di Pahang khususnya di DUN Jelai.
Turut bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah SKMM Pahang, Mohd Faisal Md Nor, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Lipis, wakil Pejabat Menteri Besar Pahang, Tok Penghulu dan pemimpin masyarakat di DUN Jelai.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seremban: Memilukan apabila seorang bayi perempuan masih bernyawa ditinggal tanpa seurat benang di atas rumput berhampiran rumah kongsi di Precint 3, Taman Ara Sendayan, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, bayi masih bertali pusat itu ditemukan seorang lelaki yang kemudiannya membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan keadaan fizikal, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan kurang dari 12 jam.
“Seorang lelaki menelefon polis memaklumkan dia menjumpai seorang bayi yang ditinggalkan di atas rumput berhampiran rumah kongsi pada 11.52 pagi.
“Hasil siasatan awal mendapati, bayi perempuan masih mempunyai tali pusat dan uri disyaki baru dilahirkan kurang dari 12 jam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor HM online
.
Beliau berkata, bayi terbabit tidak cedera, namun terdapat kesan gigitan serangga.
Menurutnya, pihaknya belum dapat mengenalpasti bangsa bayi itu dan dia dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau orang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak berusia kurang daripada 12 tahun mendedahkan dan membuang bayi berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh salurkan kepada pihak polis,” katanya.
Disiarkan pada: September 7, 2021 @ 5:18pm Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my Gambar PDRM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tonton wayang, ‘busking’ antara aktiviti dibenarkan bermula Khamis
PUTRAJAYA – Lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri kreatif boleh menarik nafas lega selepas kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Khamis ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran yang dipersetujui dalam perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, 2 September itu juga bakal memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif.
Beliau berkata, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan kembali bergiat semula dalam aktiviti seperti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam, ‘indoor busking’ dan persembahan di ‘lounge’ hotel.
Menurutnya, aktiviti berkenaan turut melibatkan penonton yang telah lengkap menerima vaksinasi masing-masing.
Turut dibenarkan ialah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung serta penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.
“Selain itu ialah penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio serta aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis, lapor kosmo online
“Juga dibenarkan ialah aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni secara janji temu dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Oleh NOR IDAYU BOSRO 7 September 2021, 7:01 pm Gambar: Ismail Sabri Yaakob
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 pada Khamis lalu bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif yang diharapkan dapat memberi kelegaan kepada lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja.
Kelonggaran itu melegakan lebih 19,000 syarikat berkaitan industri kreatif, tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran ini juga diberikan berasaskan faktor terdapat negeri-negeri yang telah mencapai status 80 peratus populasi dewasa menerima dua dos lengkap vaksin atau telah mencapai tahap imuniti kelompok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
“Industri kreatif menyumbang sebanyak 2% atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019, selain lebih sejuta penggiat, artis dan pekerja industri mula bekerja dan menyara kehidupan, kelonggaran ini juga dapat kembali menghidupkan industri kreatif negara yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Sekali gus menggerakkan kembali semua program yang direncanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), MyCreative Ventures dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA),” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, mulai 9 September 2021, semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi aktiviti-aktiviti seperti yang ditetapkan.
1. Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.
2. Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30 peratus di ruang studio.
3. Penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin.
4. Indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin.
5. Persembahan di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin.
6. Aktiviti panggung wayang kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam.
7. Aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30 peratus di ruang premis.
8. Aktiviti pameran seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara temu janji) dengan pengunjung yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30 peratus di ruang premis.
Katanya, keputusan ini adalah antara usaha-usaha berterusan kerajaan yang prihatin untuk merangsang kelangsungan ekonomi penggiat seni dan industri kreatif.
“Saya ingin menggesa semua pihak yang terlibat dalam pembukaan sektor ini supaya sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko dan implikasi perundangan, keselamatan serta kesihatan khususnya dalam usaha negara untuk beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober ini.
“InsyaAllah kerajaan akan sentiasa komited untuk mengambil pendekatan terbaik yang mampu menjamin pemulihan ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!