Temerloh – seekor beruang yang sesat dari tempat persembunyiannya di lihat mundar mandir di kuarters hospital Temerloh.
Tular di media sosial rakaman video yg berdurasi 15 saat ,kelihatan rakaman itu beruang hitam menjadi panik yang tidak tahu haluannya
Sebuah rakaman suara yang dikirim oleh penduduk disitu bahawa beruang itu telah berada di kawasan kampung itu sejak dari pagi dan telah memasuki kawasan kuarters hospital temerloh.
Usaha menangkap beruang masih dijalankan dan menunggu pihak PERHILITAN.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGGOTA BOMBA TERSELAMAT DARIPADA LEMAS DALAM MISI PENYELAMAT
MELAKA: Seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah berkenaan diselamatkan oleh rakan sepasukannya dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Anggota bomba yang nyaris lemas diberi bantuan kecemasan awal dan dikejarkan ke hospital.-Foto Media Sosial
“Kira-kira 20 orang turun cuba selamatkan mangsa termasuk anggota bomba lain seramai tujuh hingga lapan orang,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Putat di sini hari ini.
Beberapa kawasan di sekitar Ayer Keroh dan Jasin di sini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 petang tadi.
Tambah Md. Yusof lagi, situasi cemas tersebut berlaku dalam tempoh kira-kira 15 minit, sebelum anggota berkenaan dibawa naik ke atas dengan selamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka ketika dihubungi memberitahu, anggota tersebut dalam keadaan selamat, namun belum sedarkan diri.UTUSAN ONLINE Video / gambar media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KLANG: Hujan lebat berterusan bermula kira-kira pada jam 12.30 tengah hari tadi dan hujan masih turun sehingga sekarang mengakibatkan banjir kilat berlaku di sini, hari ini.
Pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) memaklumkan , di bandar Klang air naik mendadak sedalam 1.10 meter, Sungai Kapar Besar sedalam 1.32 meter, Jalan Kebun (1.08 meter), Kampung Delek (0.83 meter), Selat Muara (0.81 m), Kg Rantau Panjang (0.91 m) dan Tugu Keris sedalam 1.02 meter.
Turut ditenggelam air, Kg Jawa sedalam 0.91 meter, Pandamaran (1.18 m), SMK Raja Lumu (1.26 m) dan Taman Sentosa ditenggelami air sedalam 1.10 meter.
Jurucakap Pegawai Daerah Klang, Bahagian Khidmat Pengurusan memohon orang ramai dikehendaki bersedia untuk pembukaan pusat pemindahan banjir jika terdapat keperluan dan diminta memberi input terkini untuk penyelarasan tindakan di Peringkat Daerah dan bersiap siaga untuk segala kemungkinan. –SAHIH.
Foto- Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ANGGOTA POLIS DONG MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA
BENTONG: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 16, Jalan Bentong menghala ke Raub berdekatan persimpangan Felda Luruh Bilut pada jam 12.10 tengah hari, semalam.
Anggota polis itu, Kopral Arisham Azahari, berusia 37 tahun yang bertugas di Balai Polis Dong, Raub dalam perjalanan menghala ke Bentong telah cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah motosikal di hadapannya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di laluan bertentangan dan dilanggar sebuah bas dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pihak polis memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
“Warga PDRM dan seluruh warga Ibupejabat Polis Bentong dan Raub menzahirkan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya
Manakala, anggota polis yang maut itu meninggalkan seorang balu yang bertugas di Klinik Pergigian Raub.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INDIA – Nelayan dari Maharashtra bagaikan bingung dengan tuah yang menyebelahi diri selepas terpaksa ‘bercuti’ dari memancing selama berbulan-bulan.
Chandrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar yang memancing bersama rakannya pada 28 ogos tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’, lapor India Times.
Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya dijual dengan harga Rs 1.33 crores (sekitar RM739,110.00). Lelongan ikan tersebut diadakan di Murbe, Palghar dan keseluruhannya dibeli oleh peniaga yang berpangkalan di Uttar Pradesh dan Bihar.
Gambar: India Times
Apa itu Ikan Ghol?
Ikan yang nama saintifiknya ‘Protonibea Diacanthus’ merupakan sejenis ikan croaker. Kerana pencemaran, ikan seperti ini sangat jarang ditemui di kawasan berkenaan. Nelayan di daerah itu perlu menjelajah jauh ke laut untuk mendapatkan hasil tangkapan yang baik.
Kegunaan Ikan Ghol
Menurut India Times, ikan ini juga dikenali sebagai ‘ikan dengan hati emas’ kerana mempunyai nilai dalam bidang perubatan. Ikan Ghol mempunyai sumber kolagen yang berkualiti tinggi, yang digunakan dalam pembuatan makanan dan juga produk kosmetik. Ia dianggap sebagai pengganti gelatin babi dan sapi.
India Times
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KULIM: Kegembiraan lima sahabat mandi di air terjun Junjung, sempena cuti Maulidur Rasul bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu kesemua remaja berusia 18 tahun itu bertindak terjun ke bahagian air dalam sebelum secara tiba-tiba dua daripada mereka terkapai-kapai lemas.
Salah seorang dari mangsa sempat diselamatkan oleh rakan mereka dengan menariknya ke tebing manakala seorang lagi gagal diselamatkan sebelum tenggelam ke dasar sungai.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan dari pemanggil yang memaklumkan terdapat seorang mangsa lelaki hilang dipercayai lemas pada jam 10.54 pagi tadi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa lelaki di dalam keadaan tidak sedarkan diri yang diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
“Tindakan operasi yang dilakukan adalah dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa terbabit.
“Bagaimanapun, sebaik pegawai perubatan KKM tiba di lokasi dan membuat pemeriksaan kemudian mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya. Mangsa dikenali sebagai Iman Zulhakim And Rahim, 18 tahun, lapor Astro Awani
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AstroAwani
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LADANG TERNAKAN BEBIRI PERTAMA SECARA BEBAS DI KAMPUNG TEKAL, TEMERLOH
TEMERLOH: Hotel veterina pertama di Malaysia untuk ternakan kira-kira 500 ekor bebiri yang diternak secara bebas di kawasan seluas kira-kira 3 hektar yang diternak di Ladang Biovet International Sendirian Berhad di Kampung Tekal Kuala Krau.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, ladang itu turut mempunyai rangkaian bersama 17 buah ladang ternakan lain di seluruh negara yang boleh membekalkan daging bebiri dan kambing segar.
Datuk Dr Abdul Fattah Abdullah, koperasi ceburi bidang ternakan bebiri akan mengurangkan pengimportan daging dan meningkatkan ekonomi negara.
“Secara tidak langsung, ternakan yang diusahakan oleh ladang ini dan rangkaiannya itu dapat mengurangkan kebergantungan import daging bebiri dan kambing sebanyak 1.18 juta ekor yang bernilai kira-kira RM50 juta ringgit setahun berdasarkan data tahun 2019.
“Selain usaha murni ini dapat meningkatkan ekonomi dan turut membantu kerajaan mengurangkan pengimportan daging yang mencecah berbilion ringgit itu kini dimiliki oleh 3 usahawan muda di bawah usia 30 tahun, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Ladang Ternakan Bebiri Biovert International Sendirian Berhad di Kampung Tekal Kuala Krau, hari ini.
Katanya, pihak Angkasa dan koperasi lain boleh mencebur peniagaan yang berimpak tinggi serta mempunyai potensi besar sebagai pelaburan terbaik.
“Oleh itu koperasi yang memiliki tanah dan menceburi bidang ternakan boleh berkerjasama dengan rangkaian ini bagi memberi khidmat kepada kira-kira 6 juta ahli koperasi dengan harga bekalan berpatutan dan juga membekalkan daging bebiri atau kambing yang segar.
“Selain itu, boleh mengurangkan bebanan kenaikan harga barangan yang dihadapi pengguna pada masa ini yang pengeluaran negara hanya 10 peratus sahaja,”katanya.
Katanya, Angkasa akan cuba berbincang untuk menjadi rakan niaga dalan industri pengeluaran daging kerana pihak kami juga mempunyai sasaran mencapai pulangan sebanyak RM40 bilion dalam masa terdekat.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG : Empat orang lelaki tempatan diberkas polis setelah mengugut seorang warga asing di sebuah taman perumahan bandar ini minggu lalu.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, mangsa telah mengikuti suspek, iaitu seorang lelaki tempatan mengenai urusan jualan besi buruk di kawasan rumah terbakar pekan Karak pada 6 Oktober lepas jam 5 petang.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar
“Mangsa kemudiannya ditinggalkan bersendirian di hentian bas kawasan Kampung Karak Setia pada jam 8.30 malam, selepas itu, suspek tiga orang lelaki tempatan yang tidak dikenali telah meminta wang, tetapi mangsa enggan lalu ditarik ke dalam kereta suspek.
“Suspek menelefon isteri mangsa supaya memasukkan wang sejumlah RM8,000 ke dalam akaun salah seorang suspek serta mengugut akan membunuh mangsa sekiranya enggan membuat pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, susulan kejadian itu berasaskan maklumat orang ramai pada 14 Oktober antara pukul 6 hingga 8 malam, polis di sini telah membuat pemantauan dan serbuan di kawasan taman perumahan bandar Bentong.
“Dalam serbuan berkenaan polis berjaya menangkap empat orang warga tempatan yang berusia antara 22 hingga 35 tahun.
“Polis juga turut menemui sebuah telefon milik mangsa serta merampas kenderaan milik suspek,” katanya.
Beliau berkata, keempat suspek kemudiannya ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut, manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
“Dinasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan sindiket seperti ini termasuk jenayah lain dengan segera melaporkan kepada pihak polis.
“Sebarang pertanyaan ataupun memberikan maklumat jenayah bolehlah disampaikan terus kepada IPD Bentong menerusi talian 09 2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
39 AHLI KELAB MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI CAKNA FRONTLINERS DI SIMPANG PELANGAI, BENTONG.
BENTONG: Kelab motosikal berkuasa tinggi, Pahang Versys Group (PVG) telah menyantuni seramai 42 orang petugas barisan hadapan (frontliners) dengan memberikan sumbangan barang makanan di Lokasi A51 berdekatan Kampung Chemomoi, Simpang Pelangai, Bentong baru-baru ini.
Penaung Kelab PVG, Datuk Mohamad Basri Omar bersama 39 ahli berkata, sumbangan telah diberi kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), kakitangan Jabatan Kesihatan Simpang Pelangai dan beberapa orang penduduk yang memerlukan.
Katanya, kunjungan ahli kelab itu daripada seluruh Pahang ke Simpang Pelangai sempena aktiviti berekreasi hujung minggu di samping prihatin dengan pertugas barisan hadapan yang akan menamatkan tugas setelah negeri Pahang memasuki Pelan Pemulihan Negara fasa empat baru-baru ini.
“Kelab kami sangat terhutang budi dan menyanjung tinggi segala khidmat bakti petugas barisan hadapan yang cukup komited berkhidmat semasa Program Jangkauan Vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin kepada penduduk setempat dan berdoa semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran yang besar kepada mereka.
“Sumbangan kecil ini sebagai menghargai jasa serta tugas murni mereka selama hampir sembilan bulan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP,” katanya di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang baru-baru ini. –SAHIH. .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA- Suruhanjaya pilihan raya (spr) akan memperkenalkan cadangan masa pengundian pada pilihan raya negeri (prn) melaka bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi .
Pengerusinya , datuk abdul ghani salleh berkata , masa pengundian itu akan dipasarkan menerusi sistem aplikasi spr sama seperti mysejahtera.
datuk abdul ghani salleh / pengerusi spr
Rundingan itu kerana waktu pengundian yang agak panjang bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.
Kalau boleh waktu pagi untuk warga emas manakala pengundi muda pada sebelah petang.
Selain itu , prosedur operasi standard (sop) seperti pemakaian pelitup muka , vaksinasi dan penjarakan sosial di pusat mengundi memang ketat dan tiada sebarang tolak ansur.
Sementara itu, mengenai penglibatan jentera parti dari luar melaka, abdul ghani berkata , agak sukar untuk melarang individu masuk ke negeri ini, memandang kan melaka merupakan negeri pelancongan dan sentiasa dikunjungi orang ramai.
Jelasnya , pintu sempadan negeri baru sahaja dibuka dan melaka juga bakal memasuki fasa 4 pelan pemulihan negara (ppn).
Secara umumnya kita nak kawal agak sukar sebab melaka ni negeri bersejarah negeri yg di sayangi para pelancong jadi mereka yg datang ini bukan untuk berkempen tetapi utk berehat. SAHIH .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!