Langgar lampu isyarat, seorang pemandu cedera selepas dua kereta bertembung.
KUCHING, 9 Sept– Seorang lelaki berusia 30-an cedera ditangan kanan selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Jalan FAC Matang, sebentar tadi,lapor CatsFm
Kemalangan berlaku sekitar jam 1.40 petang itu membabitkan sebuah kereta Toyota Unser dari arah Samariang sedang menuju ke Jalan Rambungan, bertembung dengan kereta Viva lalu terbalik dilokasi tersebut.
Lapor wartawan Cats fm yang berada di lokasi, pemandu Viva iaitu wanita tempatan berusia 30-an yang tidak mengalami sebarang kecederaan dipercayai melanggar lampu isyarat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAPAH – Dua lelaki termasuk seorang warga Filipina maut setelah van yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di kilometer 331.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.
Nahas pukul 12.54 tengah hari itu mengorbankan Collins Prestly Primus, 29, dan lelaki warga asing, Relano Gemar, 35, akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika van itu dalam perjalanan dari Klang ke Bukit Kayu Hitam manakala treler tersebut pula dari arah Setia Alam ke Ipoh.
Katanya, setibanya di tempat kejadian, van dipandu lelaki berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan treler berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, nahas berlaku ketika treler tersebut berada di laluan kiri dan hendak berhenti di lorong kecemasan sebelum sebuah van hilang kawalan lalu melanggar kenderaan tanpa muatan itu,lapor kosmo online
“Relano yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di tempat kejadian manakala rakannya meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tapah,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, pemandu van tersebut tidak cedera manakala seorang lelaki yang duduk di bahagian belakang van cedera ringan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BALING: Sebuah keluarga terkejut apabila sebuah lori yang dipenuhi muatan batu tiba-tiba merempuh pagar batu rumah mereka di Kampung Bawah Gunung di sini hari ini.
Aishah Masri, 29, berkata, ketika kejadian pukul 10 pagi itu, dia sedang mendandan seorang pengantin perempuan untuk majlis akad nikah terkejut apabila secara tiba-tiba terdengar seperti gempa bumi di hadapan rumahnya. “Saya segera berlari keluar dan mendapati sebuah lori batu telah merempuh dinding pagar batu di halaman rumah.
“Mujur tiada sesiapa di halaman rumah yang kebiasaannya ketika itu anak saudara, Adam Daniel Mohd Fauzi, 10, bermain di halaman rumah bersama rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di di Kampung Bawah Gunung di sini hari ini.
Katanya lagi, ketika kejadian hujan lebat dan mereka sekeluarga berada di dalam rumah dan kejadian ini merupakan kali ke dua berlaku. Sementara itu, seorang penduduk kampung, Azmi Sulaiman, 55, yang kebetulan berada di luar rumahnya berkata, dia terdengar seperti bunyi pam brek lori pecah dari arah kuari batu kira-kira 500 meter jarak dari rumahnya,lapor utusan online
“Saya kemudian melihat sebuah lori batu sedang menuruni bukit berada dalam keadaan tidak stabil dan meluncur laju ke arah jalan raya. “Lori itu kemudian terbabas dan merempuh pasar batu rumah berhampiran,” ujarnya. Bagaimanapun, katanya lagi, pemandu dan kelidan lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan terjun sebelum lorinya terbabas.
“Ini merupakan kejadian ke dua lori merempuh pagar rumah yang sama selepas mengalami masalah brek ketika menuruni bukit dari tempat kuari batu itu.” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEMANDU LORI GULA MAUT DALAM KEMALANGAN DI KM 43.5, LEBUHRAYA KLK
BENTONG : Seorang pemandu lori muatan gula berusia 27 tahun maut apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 43.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Karak (KLK) berdekatan Bentong pada jam 4.00 pagi hari ini..
Mangsa, Mohamad Rahiziikmal Mohamad Her yang memandu lori tersebut dipercayai hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, lori muatan gula itu datang dari sebuah kilang di Shah Alam, Selangor dan dalam perjalanan ke Kuantan, tiba-tiba hilang kawalan apabila sampai di selekoh KM43.5 lebuh raya tersebut.
Ketua Polis Bentong, Suprintenden Zaiham Mohd. Kahar
“Hasil siasatan mendapati lori berkenaan terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar tebing bukit dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaiham, polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu
siasatan, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaiham berkata, sehingga ini statistik kemalangan jalan raya di KM 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak berdekatan sini menunjukkan sebanyak 14 kes dan melibatkan empat orang pengguna maut.
Sebahagian kampit gula berselerakan di tepi jalan raya selepas sebuah lori terbabas ke tebing bukit dan pemandu ya maut di Kilometer 43.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak berdekatan Bentong, Pahang hari ini. – Ihsan IPD Bentong.
“Saya menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati memandu dan berhemah di samping kenderaan yang dipandu perlu diselenggara dengan baik dan selamat.
“Selain itu, pengguna lebuh raya yang menggunakan lebuh raya itu tiba di lokasi berselekoh itu, diharap memperlahankan kenderaan masing-masing, terutama pengguna lebuh raya itu buat kali pertama, “katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BAGAN SERAI – Seorang lelaki Rohingya maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 12 Jalan Siakap di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira -kira pukul 10 malam itu, mangsa yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Samsul Alam Harun,36, menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Taman Serai Jaya menuju ke Bagan Serai.
“Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah terlanggar bahagian tayar belakang sebelah kiri treler tersebut.
“Ketika itu treler 14 tayar jenis Nissan CK45BT yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 50-an sedang dalam keadaan mengundur untuk keluar dari simpang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kata Mazuki Mat, pelanggaran itu menyebabkan mangsa parah dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh anggota perubatan yang melakukan pemeriksaan,lapor kosmo online
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
3 individu nyaris maut, lori terbabas masuk longkang
PETALING JAYA – Tiga individu nyaris maut selepas sebuah lori pembancuh simen terbabas dan melanggar dua buah kenderaan sehingga terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter di Flora Damansara di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 2.07 petang sebelum tiba 15 minit kemudian.
“Seramai 8 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikejarkan ke lokasi kejadian. Berdasarkan laporan awal, kejadian berlaku selepas sebuah lori pembancuh simen yang dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an telah terbabas sebelum melanggar beberapa kenderaan.
“Lori berkenaan telah melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki seorang lelaki bersama penumpang wanita dan sebuah Toyota Hilux yang diparkir di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, kemalangan terbabit telah menyebabkan ketiga-tiga kenderaan jatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter, lapor kosmo online
“Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori telah tersepit dibahagian hadapan dan berjaya dikeluarkan anggota bertugas manakala dua lagi mangsa turut berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
“Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan. Pemandu lori berkenaan telah di bawa ke Hospital Sungai Buloh manakala dua lagi mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya,” jelasnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dipandu seorang lelaki tempatan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang awal pagi tadi.
Kejadian pada pukul 8.40 pagi itu turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati, kereta mewah jenis Lamborghini yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah KLIA.
“Lelaki terbabit telah gagal mengawal kenderaan dan telah melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun, menyebabkan kenderaannya terbalik.
“Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya. Antara kenderaan terlibat ialah Mazda, Nissan Serena, Ford Ranger,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, siasatan akan diteruskan sekiranya terdapat kenderaan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan.
“Kita juga telah menjalankan ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut dan keputusan adalah negatif, lapor kosmo online
“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain,” jelasnya.
Gambar -PDRM
Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF 8 September 2021, 3:36 pm Gambar PDRM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SIBU, SARAWAK: Seorang lelaki maut selepas terjun dari Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di Sarawak pada jam 2 petang sebentar tadi.
Video tindakan lelaki terbabit tular di media sosial.
Sebelum jatuh, video merakamkan mangsa berada di tingkat 22 bangunan tersebut sedang berpaut di hadangan.
Korban memakai tali leher berbaju kemeja putih dan berseluar hitam sambil memakai pelitup muka.
Sumber: Sibu yang melihat insiden tersebut sama ada di tempat kejadian dan rakamanya tular di media sosial.
Sumber: Suara Sarawak
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
REMBAU, N9: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di atas katil di rumahnya di Taman Dato Lela Maharaja dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, Badariah Md. Dahlan, 54, yang juga merupakan seorang guru ditemui tidak bernyawa di dalam bilik utama rumah berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi selepas seorang lelaki berusia 43 tahun menghubungi polis bagi meminta bantuan selepas Badariah dikatakan tidak keluar rumah sejak Ahad lalu.
“Lelaki berkenaan bersama jiran-jiran lain melihat pagar dan pintu rumah mangsa dalam keadaan berkunci. Mereka memanjat pagar dan mengetuk pintu rumah mangsa namun tiada jawapan.
“Bimbang dengan keadaan tersebut menyebabkan lelaki berkenaan menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini, lapor utusan online
Hazri berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang tinggal berseorangan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan paramedik.
Menurutnya, tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira dua hari. Mayat di hantar ke Hospital Rembau bagi ujian calitan Covid-19 dan bedah siasat,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE Oleh: NOR AINNA HAMZAH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tujuh remaja hilang di Gunung Hitam ditemui selamat
KUALA LUMPUR – Tujuh remaja yang dilaporkan hilang ketika menuruni Gunung Hitam dekat Sungai Lui, Hulu Langat ditemui selamat di lokasi kira-kira 500 meter dari tapak perkhemahan mereka pada 1.51 pagi tadi.
Usaha membawa turun kesemua mangsa berusia sekitar 18 tahun dilakukan oleh 36 anggota mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan bomba, polis dan penduduk tempatan.
Komander Operasi Penguasa Kanan Bomb 1, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan terkejut namun selamat dan usaha membawa turun mangsa mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam.
Kesemua mangsa yang berasal dari Lembah Klang sebelum ini dilaporkan sesat setelah menaiki Gunung Hitam dan melakukan aktiviti perkhemahan pada Sabtu petang, lapor Bernama
Mereka yang dijadualkan turun semula ke kaki gunung pada Ahad bagaimanapun dilaporkan sesat dan sempat menghubungi talian kecemasan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!