MUKAH: Seorang nelayan dilaporkan hilang ketika menjala di Sungai Jebungan, Mukah sekitar 9 pagi ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Mohd Rashid Abdullah berumur 42 tahun.
“Bomba terima panggilan berhubung kehilangan mangsa sekitar jam 10.19 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Mukah ke lokasi.
“Melalui maklumat awal, hanya perahu mangsa dijumpai di sungai tersebut namun tiada kelibat mangsa,’ menurut laporan utusan Borneo.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan bagi mencari mangsa.
Setakat ini mangsa masih belum dijumpai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Hampir keseluruhan bumbung rumah sebuah rumah di Felda Sungai Retang diterbangkan dalam kejadian angin kuat dan diikuti hujan lebat yang berlaku di Kampung Chebong dan Felda Sungai Retang yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang, semalam.
Rumah itu antara tujuh buah rumah lagi yang turut diterbangkan bumbung atap dan dua daripadanya turut ditimpa pokok dalam kejadian itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melawat mangsa kejadian turut menyampaikan sumbangan awal bagi membantu meringankan beban untuk mangsa membaikpulih rumah masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kiri) yang melawat mangsa kejadian, hari ini
“Kejadian berlaku begitu pantas hujan lebat dan angin kuat menyebabkan sebuah rumah hampir keseluruhan bumbung rumah penduduk yang terlibat diterbangkan oleh angin.
“Terdapat dua buah rumah di Kampung Chebong dan di Felda Sungai Retang turut mengalami kerosakan di bahagian bumbung yang dihempap pokok, ” katanya.
Seorang mangsa di Felda Sungai Retang, Basimah Kesah, berkata, angin kuat dan hujan lebat berlaku menyebabkan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin.
ADUN Tahan (kiri) berada di rumah Basimah Kesah, rumahnya hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.
“Saya terkejut, ketika kejadian, apabila satu bunyi kuat seperti terkoyak di atas kepala saya, ketika itu saya melihat bumbung rumah saya terlopong dan ruang tamu rumah saya basah.
“Bagai mimpi, bumbung rumah saya telah diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui semasa lawatan bersama ADUN Kawasan Tahan, hari ini.
Katanya, ketika itu dia berada di ruang tamu dan bersyukur semua selamat dan tiada berlaku kecederaan dan kemalangan jiwa. Turut bersama dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Khaidir Shamsudin.-SAHIH.
Foto: FB ADUN Tahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Mangsa lelaki Melayu berusia 20 tahun yang dikhuatiri lemas dijumpai tersangkut di batu lebih kurang 500 meter daripada tempat mangsa dilaporkan jatuh di Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan pada jam 10.00 malam hari Rabu.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ipoh yang menerima panggilan pada jam 8.17 pagi semalam dan bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa.
Mayat mangsa ditemui diserahkan kepada pihak polis.-Foto BBP Ipoh.
Ketua Operasi, Azman Hussin@Hassan berkata mayat mangsa kemudian ditarik ke tepi tebing dan dinaikkan ke daratan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum itu, anggota JBPM melakukan tindakan membuat pencarian sejauh kira-kira 2.5 kilometer dari tempat mangsa jatuh secara pencarian permukaan air serta di kawasan lubuk dan tebing-tebing disekitar sungai. Operasi SAR tamat pada jam 11.00 pagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAJANG – Seorang maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Ramal di kilometer (km) 23.7 Lebuh Raya Silk, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, penumpang, Tan Ho Ying, 19, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi termasuk pemandu cedera parah pada bahagian kepala dan seorang lagi hanya luka ringan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki empat individu yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki.
Anggota bomba dan kakitangan kesihatan memeriksa mayat mangsa.- Foto JBPM.
“Kemalangan berlaku ketika kesemua individu yang berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu dalam perjalanan menghala balik ke rumah di Kajang selepas makan di Puchong.
“Sampai di tempat kejadian kereta yang disyaki dipandu dalam keadaan mabuk telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi batu di kiri jalan dan memasuki kawasan (R&R),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan seorang penumpang maut manakala dua lagi cedera parah.
“Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel daripada pemandu wanita yang berusia 20 tahun itu diambil untuk analisa kimia,” katanya.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA – Bukan hanya Proton Persona kemek ‘dikerjakan’ sebuah Perodua Myvi, malah rumah kedai milik ibu kepada pemandu kereta tersebut juga hampir roboh.
Itu nasib yang di alami seorang lelaki apabila keretanya dilanggar sebuah Perodua Myvi dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi tadi di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, lelaki dikenali sebagai Wan Man berkata, ketika kejadian kereta Persona bewarna merah itu diletakkan di hadapan rumah kedai milik ibunya.
Secara tiba-tiba, sebuah Myvi telah melanggar kereta miliknya sehingga kenderan itu terperosok ke dalam rumah kedai terbabit yang telah merosakkan sebahagian ruangan dan peralatan di dalamnya.
Bagaimanapun kata Wan Man, Perodua Myvi berwarna putih itu terus ‘menghilangkan diri’ selepas kejadian.
“Akibat kejadian ini, kereta saya remuk, rumah kedai ibu saya juga rosak teruk dan mungkin tidak dapat berniaga lagi selepas ini.
“Kereta saya telah diparkir elok (atas bahu jalan berdekatan longkang), tapi selepas dilanggar Myvi terus masuk ke dalam kedai sehingga bekalan elektrik di kedai juga terputus,” katanya di Facebook hari ini.
Tambah Wan Man, dia percaya Perodua Myvi model 2006 hingga 2008 itu rosak teruk bahagian depan dan lampu kabus juga tertinggal di hadapan kedainya.
“Justeru, saya meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian atau mana-mana pomen (mekanik) yang didatangi Myvi berwarna putih yang rosak di bahagian hadapan supaya menghubungi saya dengan segera,”katanya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meminta lelaki terbabit membuat laporan polis agar pemandu Perodua Myvi itu dikenakan tindakan tegas.
“Buat report (laporan) polis sahaja, biar polis siasat melalui televisyen litar tertutup (CCTV) agar pelaku segera ditahan,” tulis Husin Maarop.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Yus Carwash yang mencadangkan agar mangsa meniliti rakaman CCTV di kawasan berdekatan, lapor kosmo online
“Cuba mintak rakaman CCTV di premis berhampiran, mungkin mereka dapat kesan nombor pendaftaran Myvi terbabit dan kemudian buat laporan polis,”ujarnya.-
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JELEBU – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan terapung di sebuah kolam ikan di Kampung Sungai Buloh dekat sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Simpang Pertang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Khairul Izzuan Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.55 malam tadi dan tiba dilokasi kejadian lapan minit kemudian, lapor kosmo online
“Kami mendapat panggilan daripada pihak polis untuk mengangkat mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 71 tahun telah meninggal dunia di dalam kolam ikan berkenaan.
“Mayat Muhamad Asul Ahmad, 71, dari Kampung Sungai Buloh, Durian Tipus, Jelebu itu ditemukan dalam keadaan terapung di tebing kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, anggota bomba yang lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah mengangkat mayat mangsa yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pemandu maut, isteri dan anak selamat kenderaan terbabas
Beaufort: Pemandu pacuan empat roda maut selepas kenderaan dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kampung Poring, Membakut, di sini, semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian 4.30 petang itu, isteri dan anak mangsa berusia 44 dan 25 tahun terselamat tanpa kecederaan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pemandu yang maut dikenali sebagai Ambros Sinting berusia 48 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Kampung Ulu Lumagar, Bongawan menuju ke Pekan Membakut.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan terbalik,lapor HM online.
“Akibat kejadian itu, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Membakut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Beaufort untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KULIM: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Jalan Bukit Karangan di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohd Saiful Hezri Mohmad, 37, dari Pondok Bukit Besar, Kota Sarang Semut dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan kepala.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 dan kereta jenis Proton Saga FLX dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala Titi Karangan.
“Ketika itu keadaan lalu lintas agak sibuk dan kereta tersebut bergerak perlahan sebelum mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.
Sazalee berkata, akibat daripada pelanggaran itu, mangsa jatuh tersembam di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah pada muka dan kepala.
Sumber: K! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUCHING : Sebuah bot dinaiki empat pemancing dan seorang tekong dilaporkan hilang di Tukun Bass semalam.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak dalam satu laporan memaklumkan pasukan mencari dan menyemalat menemukan boya berwarna oren dipercayai milik bot yang telah dilaporkan hilang pada jarak 34.5 batu nautika dari Muara Sungai Santubong sekitar jam 5 petang, hari ini.
Operasi Cari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa diteruskan hari ini.
Mangsa yang hilang, Khamizan Saidi yang merupakan tekong bot manakala empat pemancing terdiri daripada Ng Ching Hui, Christoper Teo, Yap Tze Kang dan Leody Lee Kang.
Terdahulu, sebuah bot dinaiki 8 pemancing, seorang tekong bot dan pembantu tekong karam di perairan Pulau Satang pada Sabtu lalu.
Sembilan daripada mangsa ditemui selamat manakala pembantu tekong yang dikenali sebagai Awang Omar Awang Hamsawi berusia 59 tahun masih belum ditemui.
Operasi SAR memasuki hari ketiga turut diteruskan hari ini.-SAHIH.
Dipetik daripada Media Sosial.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Abang ditemukan terapung dan lemah, adik masih hilang
Labuan: Seorang pemuda ditemukan dalam keadaan terapung dan lemah ketika diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Sungai Pagar, di sini, hari ini.
Sebelum itu, mangsa, Al Faiez Rizal Adnan, 23, dan adik tirinya Al Saeif Manahan, 17, mandi di pantai berkenaan sebelum dipercayai lemas.
Sehingga jam 4.30 petang hari ini, Al Saeif 17, belum ditemui dan operasi mencari terus dijalankan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.45 petang.
Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bersama jentera dan bot bomba untuk menjalankan operasi mencari.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari mangsa menggunakan bot bomba dijalankan.
“Al Faiez Rizal ditemukan dalam keadaan lemah dan terapung, sebelum dihantar ke Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala itu, adiknya belum ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini,lapor HM online
Menurutnya, operasi turut dibantu unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Jawa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!