BENTONG:Sebuah lori tangki terbakar di Kilometer 66 arah Timur dan mengakibatkan trafik perlahan sepanjang 2 kilometer selepas Plaza Tol Bentong, hari ini.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.20 petang menyebabkan laluan tersebut ditutup sementara untuk operasi pemadaman dan pembersihan jalan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong.-SAHIH.
Foto: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Korban Pertama Laluan Baru Bentong – Mempaga – Lebu Highway
BENTONG – Belum lagi sampai seminggu ada yang menjadi korban Laluan Central Spine Road (CSR) yang amat signifikan dalam mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Bentong iaitu daripada persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 ke Lebu atau dikenali dengan Bentong Bypass .
Dari hantaran media sosial di Facebook sekumpulan haiwan ternakan dibiarkan lepas dikawasan Laluan itu .
Oleh demikian korban pertama Laluan itu seekor lembu telah dilanggar oleh kenderaan yang melalui jalan Bentong Bypass.
Di faham, pembukaan laluan itu melibatkan Seksyen 5C dan 5D sepanjang 28.5 kilometer itu disempurnakan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Laluan itu juga memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan perjalanan daripada 45 minit kepada 20 minit yang mana selain menjadi laluan alternatif ia akan mengurangkan kesesakan trafik di bandar Bentong terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti sekolah.
Pihak berwajib juga menasihatkan agar ternakan di situ dapat memantau agar tidak terlepas di Laluan tersebut
ini akan membahayakan pengguna di Laluan (CSR) – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA – Tiga buah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) tenggelam di persimpangan Cheng di sini selepas kawasan itu dilanda banjir kilat, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, kesemua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba.
Penyelia Pasukan (B) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulkifli Mohd. Ali berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.25 pagi dan sepasukan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.
“Apabila tiba di lokasi kita dapati tiga buah kereta telah tenggelam di dalam banjir di persimpangan Cheng.
“Dua buah kereta telah dikosongkan, hanya sebuah kereta jenis Bently mempunyai dua penumpang termasuk seorang warga emas dan pasukan bomba telah membantu menolak kesemua kenderaan itu ke bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini,lapor kosmo online
Katanya, kesemua yang terlibat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan air turut mulai surut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KEMAMAN – Seorang anggota sukarelawan Askar Wataniah maut selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dengan sebuah teksi di Kilometer 156, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang tiga lampu isyarat Geliga di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi, mangsa, Mohamad Khir Mohamad Fazeli Perkasa, 25, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman di sini.
Dia yang berasal dari Parit Sulong, Johor mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian teksi yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun dari arah Kuala Kemaman meneruskan perjalanan ke arah Kuala Terengganu sebaik lampu isyarat bertukar hijau,lapor kosmo online
“Sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki mangsa tiba-tiba datang dari arah Kemaman melintasi lampu isyarat tersebut sebelum merempuh bahagian kanan teksi tersebut.
“Impak rempuhan tersebut menyebabkan mangsa tercampak sebelum dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kemaman,” katanya di sini hari ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GOMBAK – Cubaan sebuah kereta memotong kenderaan di hadapan sehingga memasuki laluan bertentangan akhirnya membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Ulu Yam, Batu 23 di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku pukul 8.06 pagi ketika sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dari arah Batu Caves sedang dalam perjalanan ke Ulu Yam.
“Ketika melalui kawasan kejadian, pemandu Mitsubishi Lancer berkenaan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
“Kemalangan itu turut melibatkan kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen yang mengakibatkan pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azman, pemandu Perodua Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher dan ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.
“Pemandu Mitsubishi Lancer dan Volkswagen yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.
“Semua pihak yang terlibat telah membuat laporan polis kecuali mereka yang menaiki kereta Perodua Bezza kerana masih mendapatkan rawatan di hospital dan siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegas beliau.
Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan tentang kejadian kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Jalan Ulu Yam yang dirakamkan oleh kamera papan pemuka pengguna jalan raya tersebut.
Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai sedang ‘menguji jentera’ sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA, PAHANG – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu yang melintas jalan sebelum mangsa dirempuh sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Bera-Mayam di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Aidil Aiman Azizan,19, dalam perjalanan dari Felda Tementi ke Kerayong di sini.
“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba seekor lembu melintas jalan dan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z terlanggar lembu tersebut dan melambung terjatuh di laluan bertentangan.
“Pemandu sebuah kereta yang lalu di laluan tersebut ternampak kejadian itu dan cuba membrek tetapi terlanggar mangsa,”katanya di sini, hari ini.
Menurutnya mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 daN siasatan masih giat dilakukan.
Ujarnya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering serta jalan gelap tanpa lampu jalan.
Sumber: K! ONLINE.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas di muara Sungai Setiu
SETIU – Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas di muara Sungai Setiu berhampiran Kampung Mangkuk di sini hari ini.
Insiden menimpa ketiga-tiga mangsa yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu berkata, identiti mangsa dikenalpasti sebagai Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan adik lelakinya, Muhammad Aryyaj Faheem, 7.
“Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Nur Hayah, 11, yang dipercayai rakan dua beradik terbabit.
“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiu di sini telah bergegas di lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.41 petang,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap bomba berkata, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh, Besut dan Kuala Terengganu,lapor kosmo online
Katanya, setakat ini, pencarian sedang dijalankan di sekitar muara sungai berkenaan dengan menggunakan bot.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MUKAH: Seorang nelayan dilaporkan hilang ketika menjala di Sungai Jebungan, Mukah sekitar 9 pagi ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Mohd Rashid Abdullah berumur 42 tahun.
“Bomba terima panggilan berhubung kehilangan mangsa sekitar jam 10.19 pagi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Mukah ke lokasi.
“Melalui maklumat awal, hanya perahu mangsa dijumpai di sungai tersebut namun tiada kelibat mangsa,’ menurut laporan utusan Borneo.
Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan bagi mencari mangsa.
Setakat ini mangsa masih belum dijumpai.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Hampir keseluruhan bumbung rumah sebuah rumah di Felda Sungai Retang diterbangkan dalam kejadian angin kuat dan diikuti hujan lebat yang berlaku di Kampung Chebong dan Felda Sungai Retang yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang, semalam.
Rumah itu antara tujuh buah rumah lagi yang turut diterbangkan bumbung atap dan dua daripadanya turut ditimpa pokok dalam kejadian itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin yang melawat mangsa kejadian turut menyampaikan sumbangan awal bagi membantu meringankan beban untuk mangsa membaikpulih rumah masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kiri) yang melawat mangsa kejadian, hari ini
“Kejadian berlaku begitu pantas hujan lebat dan angin kuat menyebabkan sebuah rumah hampir keseluruhan bumbung rumah penduduk yang terlibat diterbangkan oleh angin.
“Terdapat dua buah rumah di Kampung Chebong dan di Felda Sungai Retang turut mengalami kerosakan di bahagian bumbung yang dihempap pokok, ” katanya.
Seorang mangsa di Felda Sungai Retang, Basimah Kesah, berkata, angin kuat dan hujan lebat berlaku menyebabkan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin.
ADUN Tahan (kiri) berada di rumah Basimah Kesah, rumahnya hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.
“Saya terkejut, ketika kejadian, apabila satu bunyi kuat seperti terkoyak di atas kepala saya, ketika itu saya melihat bumbung rumah saya terlopong dan ruang tamu rumah saya basah.
“Bagai mimpi, bumbung rumah saya telah diterbangkan angin,” katanya ketika ditemui semasa lawatan bersama ADUN Kawasan Tahan, hari ini.
Katanya, ketika itu dia berada di ruang tamu dan bersyukur semua selamat dan tiada berlaku kecederaan dan kemalangan jiwa. Turut bersama dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Tembeling Tengah, Khaidir Shamsudin.-SAHIH.
Foto: FB ADUN Tahan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Mangsa lelaki Melayu berusia 20 tahun yang dikhuatiri lemas dijumpai tersangkut di batu lebih kurang 500 meter daripada tempat mangsa dilaporkan jatuh di Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan pada jam 10.00 malam hari Rabu.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ipoh yang menerima panggilan pada jam 8.17 pagi semalam dan bergegas ke tempat kejadian dan menjumpai mayat mangsa.
Mayat mangsa ditemui diserahkan kepada pihak polis.-Foto BBP Ipoh.
Ketua Operasi, Azman Hussin@Hassan berkata mayat mangsa kemudian ditarik ke tepi tebing dan dinaikkan ke daratan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum itu, anggota JBPM melakukan tindakan membuat pencarian sejauh kira-kira 2.5 kilometer dari tempat mangsa jatuh secara pencarian permukaan air serta di kawasan lubuk dan tebing-tebing disekitar sungai. Operasi SAR tamat pada jam 11.00 pagi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!