Bera – SEORANG lelaki maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya melanggar sebuah lori berhampiran Klinik Kesihatan Padang Luas, dekat Bera, pagi tadi.
Mangsa disahkan maut akibat tersepit dalam kenderaan itu.
Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 8.41 pagi.
“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang dihantar ke lokasi kejadian selepas laporan diterima.
“Operasi menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa dilakukan 10 pegawai dan anggota dari balai bomba berkenaan.
“Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan SUV itu,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Zulfadli memaklumkan, mayat mangsa dibawa ke klinik berhampiran menggunakan ambulans dan kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
TAMAT-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Seorang warga emas yang gagal menyelamatkan diri maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Lipis, pada jam 4.20 petang hari ini
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, Ketua Balai Polis Merapoh telah menerima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan kejadian tersebut.
“Mangsa yang maut, Yusof Kindok berusia 77 tahun yang beralamat Kampung Chegar Perah, Lipis tidak sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu.
“Mangsa ditemui kira-kira 5 meter di luar rumah tersebut dan disahkan meninggal dunia,”katanya.
Katanya, mangsa tersebut tinggal bersendirian , punca dan kerugian masih dalam siasatan. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua lelaki rentung pacuan empat roda langgar lori kontena
DUA lelaki rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbakar selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori kontena di Kilometer 108.8 Lebuhraya Pantai Timur dekat Kampung Cempaka di sini pada awal pagi tadi.
Akibat rempuhan itu, kedua mangsa tersepit dalam kenderaan jenis Ford Rangers pemandu lori kontena membawa muatan alat ganti kereta selamat dalam kejadian itu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 5.24 pagi.
“Tujuh anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama sebuah jentera dan tangki air bantuan daripada BBP Bukit Angin dikerahkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah Ford Ranger dan lori kontena terbabit.
“Terdapat dua mangsa tersebut yang tersepit dan terbakar dalam Ford tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos.
“Mayat kedua mangsa berjaya dikeluarkan selepas operasi pemadaman selesai.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang dihanyutkan arus deras tali air yang ditenggelami banjir di Felcra Sri Makmur, Pekan semalam, ditemui lemas pada jam 12.10 tengahari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10 tahun, ditemui di dasar air banjir yang melimpah dalam kawasan ladang kelapa sawit.
Mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10 tahun, ditemui di dasar air banjir yang melimpah dalam kawasan ladang kelapa sawit. kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi, melibatkan lapan anggota BBP Peramu bersama unit penyelam, sambil dibantu penduduk kampung serta dua anjing pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rompin – Susulan kejadian jalan terputus akibat arus air banjir berhampiran jalan masuk ke Perwira Jaya dan gugusan Felda Selancar, dekat Rompin, awal pagi tadi.
Sebuah jambatan Bailey akan dibina secepat mungkin bagi kemudahan penduduk di kawasan itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan jambatan Bailey berkenaan dijangka siap dalam masa antara 48 hingga 72 jam lagi.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Nadma bagi menyediakan peruntukan dan menghubungi Paglima Tentera Darat untuk menghantar Kor Jurutera DiRaja Angkatan Tentera Darat ke tempat kejadian dan segera membina jambatan bailey (Bailey Bridge) bagi menghubungkan laluan jalan yang terputus.
“Kerja (pembinaan) ini dijangka siap dalam tempoh 48-72jam.
“Ini adalah langkah sementara bagi memastikan laluan ini dapat digunakan semula sebelum jalan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) nanti,” katanya kepada media selepas meninjau keadaan banjir di sekitar daerah Rompin, petang tadi.
Ahmad Zahid berkata, terdapat 110 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kawasan itu tidak dapat menduduki peperiksaan mereka berikutan kejadian terputus itu.
Selain itu, terdapat laporan mengenai ambulan membawa pesakit yang perlu menjalani rawatan dialisis dan ibu mengandung terpaksa berpatah balik dan menghantar pesakit itu ke klinik kesihatan lain untuk tujuan rawatan.
“Oleh kerana (ramalan) hujan berterusan selama beberapa hari lagi, saya berharap kawasan-kawasan yang terdedah banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa,” katanya lagi.
Dalam kejadian awal pagi tadi, lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar terputus hubungan selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan itu runtuh susulan hujan lebat.
Hujan lebat turut menyebabkan laluan alternatif ke kawasan yang mempunyai kira-kira 10 tanah rancangan itu ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Wanita maut dalam kemalangan di Jalan Felda Jengka 19
MARAN : Sebuah kereta jenis Perodua Myvi terbabas meragut nyawa seorang wanita dalam kemalangan di di Jengka 19, Bandar Pusat Jengka dekat sini pada jam 6.45 pagi.
Pegawai Operasi, Hashim Daud melaporkan, dalam kejadian tersebut, mangsa, Nur Syuhada Husni berusia 33 tahun dan beralamat di Felda Jengka 16 disahkan maut oleh pegawai perubatan.
“Lima anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Jengka bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan dan berjaya mengeluarkan mangsa.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, operasi pembersihan kawasan kemalangan turut dilakukan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kaki kanak-kanak lelaki tersepit di roda motosikal
LIPIS -: Kaki kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun tersepit dicelah roda motosikal di Taman Fah Choon, bandar Kuala Lipis berjaya dikeluarkan, hari ini.
Ketua Balai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, sejurus tiba di tempay kejadian pada jam 11.58 pagi, terdapat kejadian kaki kanak-kanak itu tersepit di celah roda motosikal jenis Demak milik bapanya.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis melakukan tugasan untuk melepaskan dan mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dan diberi rawatan awal oleh anggota unit EMRS sebelum dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut.
“Tugasan mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit mengambil masa hampir 30 minit dan kanak-kanak lelaki itu turut mengalami kecederaan di bahagian kakinya yang tersepit,’ katanya.
Katanya, pasukan BBP Lipis turut dibantu oleh anggota Polis di Raja Malaysia sehingga tamat pada jam 12.23 tengah hari.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pekerja syarikat penghantaran maut dalam kemalangan Jalan Jerantut- Temerloh
JERANTUT – Seorang pekerja syarikat penghantaran berusia 25 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer (KM) 1, Jalan Jerantut-Temerloh, berdekatan Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut, kira-kira jam 10.45 pagi, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang membelok ke kanan untuk masuk ke simpang di sebelah kanannya.
“Semasa kereta itu sedang membelok ke kanan, penunggang motosikal itu yang datang dari arah belakang dan memotong kereta tersebut di sebelah kanan lalu berlaku kemalangan.
“Akibat kemalangan ini, penunggang itu telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) ,Temerloh untuk menerima rawatan lanjut,” katanya hari ini.
Katanya, penunggang itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HOSHAS, pada jam 2.00 pagi, semalam.
“Kejadian berlaku di jalan lurus, dua lorong, dua hala dan garisan berkembar putus-putus di tengah sebagai pembahagi jalan, keadaan cuaca baik, permukaan jalan kering.
“Kepada orang awam yang melihat kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. Kemalangan disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang maut dalam kemalangan di Jalan Bahau-Keratong.
ROMPIN – Kemalangan jalan raya berlaku melibatkan sebuah kereta dan lori tangki turut terbakar turut meragut nyawa seorang wanita dewasa di Jalan Bahau-Keratong, pada jam 10 pagi, hari ini.
Wanita yang meninggal dunia itu, Rosnah Saadun berusia 56 tahun yang beralamat di Felda Bukit Sagu, Kuantan.
Ponolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dua cedera termasuk seorang kanak-kanak dan pemandu lori tangki tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa yang meninggal dunia telah tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan oleh orang ramai, manakala pemandu lori tangki itu terselamat.
“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu saluran menggunakan jentera pam dan peralatan peneyelamatan khas l untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,’ katanya, hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tiga wanita maut tersepit dalam kemalangan di Jalan Muadzam-Rompin
ROMPIN : Tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler dan kereta Perodua Myvi berhampiran Kilang Farm Fresh, Jalan Muadzam-Rompin, pada jam 10.08 malam, malam tadi.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan (KKM), manakala pemandu lori treler tersebut terselamat.
Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler dan kereta Perodua Myvi berhampiran Kilang Farm Fresh, Jalan Muadzam-Rompin, pada jam 10.08 malam, malam tadi-Foto BBP Muadzam.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, setiba di tempat kejadian, 3 wanita yang maut itu berada dalam keadaan tersepit di dalam kenderaan yang dinaikinya.
“Seramai 6 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Kami melakukan penyelamatan dengan menggunakan alat khas haidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Identiti ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22 ; Nazira Ramli, 23 dan Suhada Ramli, 22.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!