Remaja lelaki 14 tahun dikhuatiri lemas di tali air Indera Sempurna
KUANTAN : Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas di kawasan tali air di Lorong Indera Sempurna 2, Perkampungan Indera Sempurna, dekat sini dan disedari berlaku kira-kira pada jam 4.00 petang, hari ini.
Penyelia operasi balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Kuantan, Razali Jusoh melaporkan mangsa tersebut dikhuatiri lemas semasa mandi bersama enam orang rakannya yang lain.
“Seramai 11 anggota memulakan operasi dengan membuat pencarian dan pemantauan di sekitar kawasan mangsa dikhuartiri lemas.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dihentikan pada jam 8.00 malam dan pencarian akan dilakukan esuk pada jam 8.00 pagi esuk,” katanya.
Katanya 3 jentera seperti LFRT gantian , kenderaan pacuan empat roda dan RRV turut digunakan dalam operasi tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mayat kanak-kanak 5 tahun dikhuatiri lemas di Rompin ditemui hari ini
ROMPIN: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikhuatiri lemas pada Isnin di Perkampungan Banjir Kampung Sepayang berdekatan sebuah tadika, ditemui pada jam 5.30 petang, hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin , Hasrul Nizaruddin Hussin melaporkan seramai 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
“Operasi menyelamat dan mencari (SAR) dilakukan di sekitar mangsa dipercayai terjatuh.
“Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 4 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai jatuh hari ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKOA Pahang nafikan harimau kumbang baham orang Asli di Lanchang
TEMERLOH: Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JAKOA) Pahang menafikan kejadian seorang lelaki orang Asli di Lanchang dibaham harimau kumbang yang menyebabkan mangsa cedera parah di kepala semalam.
Pengarahnya, Johari Alwi berkata, tiada laporan kejadian sedemikian diperkampungan Orang Asli di situ termasuk seluruh negeri ini.
Beliau mengakui terkejut dengan laporan itu yang dipetik dari siaran tular di Facebook yang didakwa berlaku di tapak pertanian Kampung Teris, Lanchang, Temerloh.
” Siasatan JAKOA Pahang gambar mangsa yang cedera parah dikepala adalah gambar lama yang dikitar semula.
” Daripada kejadian itu berlaku di kawasan kampung Pos Perwor Perak iaitu kira kira dua tahun yang lalu, ” katanya ketika dihubungi Kosmo hari ini.
Tambah beliau, maklumat yang diperolehi batin kawasan itu memaklumkan mangsa diserang harimau kumbang ketika mencari kayu untuk membuat rumah.
Bagaimanapun ujarnya, mangsa sempat membunuh harimau kumbang kumbang yang menyerangnya dengan menggunakan parang.
” Kejadian itu kisah lama yang disiarkan secara pusingan oleh facebook seolah-olah baru berlaku semalam.
Bagaimanapun beliau menasihatkan masyarakat Orang Asli yang mencari rezeki di kawasan rayau perlu berwaspada dan mesti berada dalam kumpulan semasa di hutan,” katanya.
Beliau berkata, kejadian sedemikian perlu dijadikan peringatan kepada komuniti Orang Asli yang terdedah dengan sebarang kemungkinan diserang haiwan liar.
Menurutnya, komuniti diserang haiwan liar seperti gajah, harimau dan beruang menjadi asam garam kehidupan Orang Asli. Bagaimanapun keselamatan dan nyawa perlu diutamakan.
Menurutnya, kejadian harimau membaham tiga mangsa di Gua Musang, Kelantan wajar dijadikan peringatan kepada semua pihak terutama ketika berada di kawasan habitat haiwan berkenaan- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki warga Indonesia mati tertimbus kejadian tanah runtuh
LIPIS : Seorang lelaki warganegara 28 tahun maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Berembang, Ladang Jerekoh, dekat sini, pada jam 11.10 pagi, hari ini.
Komander operasi, Ariffa Mamat melaporkan, mangsa yang tertimbus, Khairul Anam berjaya dikeluarkan oleh rakan sekerja mangsa dengan menggunakan jentera berat ‘excavator’.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di tempat kejadian turut membantu mengeluarkan mangsa.
“Anggota bomba turut membuat pemeriksaan kawasan di tempat kejadian bagi memastikan kawasan tersebut selamat dan operasi diserahkan kepada pihak polis tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BUKIT TINGGI BANJIR KILAT, HUJUNG TAHUN YANG MENAKUTKAN
BENTONG – Tiga puluh buah rumah di Bukit Tinggi, Bentong, dimasuki air akibat banjir kilat yang melanda kawasan tanah tinggi itu kira-kira 9.00 malam tadi.
Walaubagaimanapun, tiada penduduk yang terjejas dipindahkan setelah air surut sepenuhnya malam tadi namun jalan utama dari Bukit Tinggi ke Kampung Janda Baik tidak boleh dilalui dan ditutup oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut satu laporan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 9.46 malam.
Sejurus itu, 2 buah jentera bersama 3 pegawai dan 6 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong telah bergegas ke lokasi kejadian.
Operasi yang diketuai PBK I (KUP) Haznan Basir, mendapati terdapat kejadian limpahan air dari ban penghalang di kawasan tersebut dan bukan pecahan ban seperti yang dilaporkan.
Keadaan tersebut terkawal sepenuhnya pada jam 10.50 malam namun kerja pemantauan terus dilakukan sekiranya hujan lebat akan turun semula dan menyebabkan limpahan air kali kedua berlaku yang mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.
Malam tadi, beberapa rakaman video kejadian tersebut tular di laman sosial Facebook menunjukkan arus deras turun dari kawasan tinggi hingga membanjiri kawasan rendah di pekan Bukit Tinggi.
Menerusi rakaman video berkenaan, beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir dan harta benda dihanyutkan arus.
Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman yang lokasi tersebut memaklumkan keadaan banjir sudah surut dan kerja pembersihan sedang dijalankan.
Beliau turut meminta pengusaha chalet, rumah inap dan pengunjung yang berkhemah di Janda Baik serta Bukit Tinggi supaya waspada dengan keadaan cuaca semasa selain mematuhi arahan pihak berkuasa jika terdapat keperluan untuk berpindah.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK 2 TAHUN HILANG DISYAKI TERJATUH DALAM LONGKANG
Seorang kanak-kanak hilang yang berlaku di Hotel Kancil, Jalan Bukit Baru, Bukit Palah, Melaka.
Berdasarkan maklumat daripada bapa mangsa, kanak-kanak lelaki yang berumur 2 tahun itu telah hilang dari jagaan dan dipercayai terjatuh ke dalam longkang di kawasan hotel kira-kira selebar 2 kaki dan sedalam 1 meter.
Pasukan Bomba daripada BBP Ayer Keroh telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan longkang hotel, sehingga kini kanak-kanak tersebut masih belum dijumpai.-SAHIH
— Bomba Melaka
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Pemandu kereta Perodua Myvi itu, Zainallah Abdullah (gambar kecil) maut dalam kemalangan yang yang berlaku di KM4, Simpang Batu Embun, Jalan Jerantut- Kuala Tembeling, kira-kira 2.20 petang, semalam.
Atok maut, isteri cedera parah, 2 cucu cedera dalam kemalangan
JERANTUT : Pemandu kereta Myvi meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku di KM4, Simpang Batu Embun, Jalan Jerantut- Kuala Tembeling, kira-kira 2.20 petang, semalam.
t KKetua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Azman Mat Kamis
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Azman Mat Kamis berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan di tempat kejadian, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi itu, Zainallah Abdullah bersama tiga penumpang lain dari arah Jerantut menghala ke Pulau Mansok.
Katanya, setiba di tempat kejadian, pemandu kereta itu telah keluar dari simpang ke arah kanan menghala ke Pulau Mansok telah dilanggar oleh lori jenis Volvo tanpa muatan yang datang bergerak lurus dari hala Pulau Mansok ke Kuala Tembeling.
“Akibat kemalangan ini, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang kereta itu mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di unit kecemasan Hospital Jerantut.
“Isterinya pemandu, Rapiah @ Ramlah Abdul Manah (71) yang duduk di bahagian hadapan penumpang mengalami cedera parah, manakala dua cucunya berusia 3 tahun dan 6 tahun yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan di bahagian kepala,” katanya.
Katanya, siasatan di tempat kejadian telah dilakukan oleh pegawai bertugas dan saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut oleh pihak Bahagian Siasatan Polis Trafik Daerah ( BSPTD) Jerantut.
“Pemandu lori tidak mengalmi kecederaan dan ujian saringan awal air kencing telah diambil dan didapati negatif. Kes disiasat di bawah Sek 41 (1) APJ 1987,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pejalan kaki maut dirempuh 4 x 4 di Jalan Padang Tengku- Merapoh
LIPIS : Seorang pejalan kaki berusia 75 tahun maut dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika menerima rawatan di Hospital Lipis pada jam 8.35 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati pejalan kaki itu secara tiba-tiba melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan dalam keadaan berlari pada 7,10 petang semalam.
“Tiba di tempat kejadian, pemandu pacuan empat roda itu bersama empat penumpang lain dari Padang Tengku menghala ke Merapoh tidak sempat membrek kenderaannya serta tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.
“Akibat kemalangan tersebut, pejalan kaki itu cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis oleh ambulan untuk dirawat,” katanya.
Katanya, hasil siasatan kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian mangsa semasa melintas jalan.
“Bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan selepas menerima keputusan ujian Covid19,” katanya.- SAHIH..
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA : Sebuah rumah jenis kekal terbakar seratus peratus telah berlaku di Kampung Menteri, Triang, pada jam 1.00 petang, hari ini.
Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang, Jais Sudin melaporkan rumah jenis kekal berukuran 6 meter x 20 meter menggunakan dua aliran hos sepanjang 60 meter dan pam jentera bomba turut digunakan dalam operasi kebakaran itu.
Katanya, BBP Triang dengan enam anggota dan dua jentera serta mendapat bantuan sembilan anggota daripada BBP Bukit Angin, Temerloh
“Kejadian kebakaran ini , tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Lori jenis Volvo pemilik sebuah syarikat di Temerloh mengalami kerosakan seluruh bahagian kepala, dan gandar hadapan lori itu tercabut dalam kemalangan itu.
Pemandu lori balak warga Myanmar maut dalam kemalangan
LIPIS: Pemandu lori balak warga Myanmar maut dalam kemalangan yang berlaku di kawasan pembalakan Hutan Simpan Jelai, Sungai Koyan, dekat sini pada jam 4.00 petang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang dikenali sebagai Along, berusia 40-an, pemengang kad UNHCR yang belum dikenalpasti dipercayai gagal mengendalikan lori dengan muatan balak ketika melalui satu selekoh serta menurun bukit.
“Kegagalan pemandu itu mengawal kenderaannya menyebabkan lori itu terbabas ke arah kanan jalan dan terjunam ke bawah gaung pada ketinggian kira-kira 20 meter.
“Akibat kemalangan itu, mangsa telah tersepit di bahagian pintu hadapan sebelah pemandu dan mengalami cedera parah pada bahagian kaki kanan dan lain-lain kecederaan menyebabkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Azli berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu itu mengawal kenderaan.
“Lori jenis Volvo pemilik sebuah syarikat di Temerloh mengalami kerosakan seluruh bahagian kepala, dan gandar hadapan lori itu tercabut.
“Bedah siasat punca kematian akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!