TEMERLOH – Biarpun mempunyai seorang anak istimewa, namun itu tidak menjadi penghalang buat seorang surirumah untuk menjana pendapatannya sendiri.
Menerima tempahan kuih apam 3D hampir 600 biji sehari, Nurul Aida Aisyah Abdullah bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Wanita yang mempunyai tiga cahaya mata itu turut mengakui dorongan dan pertolongan suaminya yang juga bekerja sedikit sebanyak memotivasikan dirinya untuk menjadi surirumah bekerjaya yang lebih baik buat keluarga.
Menurutnya mengikut atas kuantiti orderlah sehari tak boleh lebih dari 300 pieces sebab akak kena bahagikan masa untuk anak selepas urus deko deko ini kena uruskan anak pula yang istimewa kemudian untuk masa kemas rumah dan sebagainyalah urusan rumah tangga..
Menurut Aisyah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Aisy ini, permulaan 2016 hanya sekadar suka-suka namun menjadi lebih serius apabila pencarian ilmu di internet membuka matanya untuk lebih fokus menjadi sebagai kerjaya.
Tambahnya, memasarkan juga menggunakan platform laman sosial menjadikan pasarannya lebih luar hingga luar daerah dan ada ketika pelanggan terus mendapatkan kuih buatannya terus dari rumah.
Nurul Aida Aisyah Abdullah
Dalam pada itu, beliau yang kini menetap di Mentakab, Temerloh itu turut teruja apabila pembuatan kuih apam yang mengikuti karakter kartun majalah Ujang piihan pelanggan mendapat pujian daripada pemilik asal kartun itu sendiri.
Ia sekaligus, meningkatkan daya kreativitinya untuk menghasilkan kuih apam 3D yang lebih berkualiti.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Mohd. Hamidi Khairudeen, 48, yang terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian menjalani pembedahan pada Ogos lalu masih meneruskan rawatan di hospital dan memerlukan perbelanjaan yang besar.
Juliyana Khairudeen berkata, abangnya merupakan anak sulung daripada enam beradik pada mulanya kerap meracau dan meronta di rumah lalu dihantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh.
“Kemudian, abang dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan pakar dan serta merta menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos 2021.
“Susulan penyakit bahagian dalam kepala agak serius, abang dibedah kali kedua di hospital yang sama pada 11 Ogos, kemudian disusuli pula pembedahan bahagian kerongkong malahan keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Juliyana, pihak hospital telah memaklumkan abangnya mengalami pendarahan dalam kepala kerana salah satu saluran darah telah pecah dan memerlukan rawatan susulan dan perhatian pihak hospital.
“Setelah kembali daripada hospital, keadaan penyakit abang saya tidak berubah dan kadang-kadang kerap meracau-racau dan meronta-ronta apabila dia sedar dari tidur berpunca tekanan kesakitan yang dialaminya,” katanya.
Katanya, kebajikan makan minum termasuk peralatan kebersihan diri seperti lampin pakai buang, dia sendiri mengeluarkan belanja setiap kali kehabisan kerana ibu bapanya tidak mampu lagi mengeluarkan wang, lagipun hasil bulanan sawit terpaksa digunakan pelbagai pembelanjaan perlu.
“Sehingga ini, abang minum susu khas dengan perbelanjaan hampir RM400 sebulan, manakala terpaksa mengeluarkan wang tambahan menyediakan lampin pakai buang yang kerap digunakan untuk pembuangan najis.
Juliyana menambah, keseluruhan perbelanjaan ditanggung untuk abangnya termasuk kos sewa ambulans hampir RM1,500 sebulan sehingga dia yang berniaga makanan secara kecil-kecilan terpaksa berkorban mengurangkan perbelanjaan lima orang anak dan keluarganya.
Orang ramai dan penyumbang ingin menderma dengan menghubungi Juliyana Khairudeen menerusi talian 013 9978993 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0630041000040952 (Juliyana)._SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Telekom Malaysia Berhad (TM) Pahang telah menyumbang bakul makanan menerusi program bantuan yang dikenali sebagai Inisiatif Tolong Menolong kepada seramai 500 orang ketua isi rumah (KIR) di sekitar bandar Jerantut, semalam.
Sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar TM Pahang, Datuk Zulfikri Hashim kepada penduduk taman perumahan Sungai Jan, Taman Sri Jaya, Taman Mat Kilau, Taman Inderapura dan sebuah perkampungan pinggir bandar, Kampung Melayu dekat sini hari ini.
Penyelaras Program Inisiatif Tolong Menolong kawasan Jerantut, Mohamad Rafly Mohd Satar berkata, bantuan bakul makanan itu antara sebahagian inisiatif berterusan gerakan Malaysia Prihatin kepada keluarga miskin, golongan B40 dan mereka yang memerlukan akibat terjejas teruk pendapatan dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kita memahami cabaran yang ditempuh oleh penduduk berkenaan dengan mengambil inisiatif menyediakan keperluan asas kepada penerima berkenaan termasuk bekas pekerja TM untuk meringankan beban mereka dalam tempoh PKP ini.
“Menerusi program ini juga, secara serampang dua mata kita berbelanja barang keperluan dapur daripada perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bandar ini untuk disumbangkan kepada penduduk tersebut,” katanya di Sungai Jan sini.
Penduduk Sungai Jan, Yan Yoke Keong, 48, berkata, dia dan keluarganya bersyukur dengan bantuan bakul makanan TM Pahang kerana secara langsung dapat meringankan perbelanjaan barang keperluan dapur dalam tempoh penguatkuasaan PKP ini.
“Saya sudah lama tidak keluar bekerja kerana uzur dan mujurlah memperoleh bantuan TM Pahang dapat meringankan perbelanjaan keluarga.
“Dalam tempoh PKP ini, keluarga saya juga menerima bantuan yang sama daripada wakil rakyat setempat dan pertubuhan bukan kerajaan sambil berharap pandemik Covid-19 pulih dengan segera bagi keselesaan penduduk bekerja serta anak dapat bersekolah semula,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMA ALAM SEKITAR TAMAN NEGARA JADI INSPIRASI PELUKIS TEMPATAN, ALIZAN
Bakatnya dikesan oleh gurunya ketika berusia 12 tahun, bermula saat itu, dia terus memahirkan dirinya dalam seni visual dan memperolehi gred A dalam mata pelajaran ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak jati Kampung Pagi, Jerantut, Alizan Alias (39) menjadikan keindahan semulajadi dipersekitaran kehidupannya sebagai inspirasi untuk berkarya dengan tema dan motif lukisan keindahan alam sekitar hutan hujan tropika yang direalisasikan di atas kanvas menghasilkan pelbagai jenis lukisan secara komersil.
Alizan berkata, kali pertama pembabitan dalam seni lukis, apabila dia diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, berdekatan rumahnya untuk melukis mural dinding bertemakan alam sekitar.
“Saya berjaya menyiapkan mural bertemakan pemandangan Kampung Pagi dalam tempoh dua minggu, keyakinan mula meningkat setelah mendapat maklumbalas berkaitan hasil seni saya.
“Kemahiran melukis secara kontemporari menggunakan pelbagai warna air dan poster juga diperoleh menerusi tunjuk ajar seorang pensyarah bidang Senilukis dan Senireka, Universiti Teknologi Mara UITM), Shah Alam yang kerap mengunjungi kampung ini.” katanya.
Pernah berkelana selama sembilan tahun di Kuala Lumpur untuk ‘berguru’ dengan pelukis jalanan lain di sana.
“Saya kembali semula ke Taman Negara Kuala Tahan dan menetap di Kampung Pagi untuk melukis secara serius setelah mendapati karya bertemakan alam sekitar, flora dan fauna, sungai dan jeram mendapat permintaan yang tinggi daripada warga kota dan pelancong.
Dia sudah menyiapkan catan bertajuk ‘Perahu Sungai Tembeling’, ‘Lubuk Sungai Tembeling’ dan ‘Jeram Perahu’ serta beberapa hasil seni berasaskan tema sungai dan hutan,” katanya.
“Setiap buah lukisan termasuk potret akan dijual dengan harga antara RM500 hingga RM10,000 kepada peminat lukisan bertemakan alam sekitar termasuk pelancong yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan.
“Peristiwa menarik yang tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya sebagai pelukis apabila hasil seni saya bertajuk ‘Jeram Perahu 2’ telah dibeli oleh salah seorang ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan harga RM8,000 ketika mengadakan pameran di Shah Alam, Selangor tahun lepas,” katanya.
Alizan berkata, dia pernah terlibat dengan pameran bersama pelukis terkenal tanahair di Shah Alam, Selangor dengan menampilkan karya bertajuk ‘Sungai Tahan’, ‘Taman Negara Pahang’,’Sungai Keniam’, dan ‘Jeram Perahu Sungai Tembeling.
“Kini saya membuka galeri di rumah sambil menyiapkan karya baharu dan pada masa yang sama mengajar bakat baharu pelukis dalam kalangan pelajar dan belia seminggu sekali,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Seorang duda anak seorang, Mohd. Hamidi Khairudeen, 48, yang terlantar sakit berpunca pendarahan dalam kepala dan kemudian menjalani pembedahan pada awal bulan lalu, kini dijaga ibunya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini.
Ibunya, Hasanah Mahamud Yusoff, 64, berkata, Mohd. Hamidi merupakan anak sulung daripada enam beradik, pada mulanya kerap meracau dan meronta di rumah lalu hantar untuk pemeriksaan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh.
“Anak saya ini dirujuk ke Hosptal Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan pakar dan kemudiannya menjalani pembedahan kali pertama pada 8 Ogos 2021.
“Dia turut dibedah buat kali kedua di hospital yang sama pada 11 Ogos lalu, kemudian disusuli pembedahan bahagian kerongkong malahan keadaan sakitnya masih tidak berubah sehingga ini,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
Menurut Hasanah, dia dimaklumkan oleh pihak hospital tersebut, anaknya mengalami pendarahan dalam kepala kerana salah satu saluran darah telah pecah dan memerlukan rawatan susulan.
“Setelah menjalani pembedahan di HTAA, Kuantan anak saya dibawa pulang ke rumah dan cuma akan mendapat rawatan susulan di Hosas, Temerloh dalam bulan September ini, tetapi keadaan penyakitya tidak nampak berubah,” katanya.
“Sehingga ini selepas menjalani tiga kali pembedahan di HTAA Kuantan serta dirawat selama tiga minggu sebelum pulang ke rumah, kini Mohd Hamidi cuma terlantar di katil dan diberi minum susu khas menggunakan saluran menerusi bahagian hidungnya,” katanya.
Sementara itu, Juliyana Khairudeen, adik kepada Mohd. Hamidi, berkata, dia dan ibu menjaganya abangnya secara bergilir-gilir dan mereka telah membelanjakan hampir RM2,000 sebulan untuk keperluan abangnya seperti membeli susu, lampin pakai buang termasuk menyewa ambulans ke HTAA Kuantan dan HOSAS Temerloh.
“Selepas pembedahan bulan lalu, sudah dua kali abang saya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan sekali lagi dalam minggu ini sehingga kami terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih melibatkan kos perjalanan kira-kira RM600 setiap kali perjalanan.
“Tanggungan perbelanjaan ini amat merisaukan ibu dan kami sekeluarga memandangkan pendapatan hasil sawit tidak seberapa selain komitmen banyak menyelesaikan pelbagai hutang,” katanya selain itu tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Juliyana berharap, orang ramai yang berhasrat untuk menyumbang boleh menghubungi dia, Juliyana Khairudeen menerusi talian 013 9978993 atau terus ke akaun Maybank bernombor 156141542153 (Juliyana),” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM – Sepasang suami isteri nekad menaiki motosikal dengan membawa bayi lelaki berusia 6 bulan hampir sejauh 200 kilometer berkelana ke Selangor akibat tekanan hidup.
Kisah tiga beranak itu dikongsi menerusi hantaran Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kesemua mereka dipercayai dari Kuala Kurau, Perak.
LZS memberitahu, keluarga itu dilaporkan meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak.
Menurutnya, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bertindak segera setelah menerima maklumat awam dengan keluarga itu ditemui di salah sebuah hotel bajet di negeri ini.
“Pasangan muda ini menjalani kehidupan yang sangat terbeban akibat tiada pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).
“Anaknya yang berusia enam bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motor dari Perak ke Selangor,” katanya,lapor kosmo online
Kata LZS, tiga beranak itu merancang untuk menumpang di rumah keluarga di Selangor namun tidak dapat berbuat demikian akibat masalah keluarga.
Tambahnya, berdasarkan hasil siasatan mendapati pasangan muda ini mempunyai rekod penerima bantuan Zakat Selangor sebelum ini.
“Namun telah ditamatkan setelah mereka berpindah ke Perak pada tahun lalu. Di Perak, mereka juga menerima pelbagai bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak,” ujarnya.
LZS menjelaskan keluarga itu ditempatkan di hotel bajet untuk sementara waktu dan bantuan kecemasan bernilai RM500 turut disalurkan kepada mereka.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WARGA EMAS PELIHARA LAPAN CUCU KEMATIAN IBU BAPA AKIBAT COVID-19
JERANTUT : Lapan anak kepada pasangan Noraini Ibrahim yang meninggal dunia ketika berusia 43 tahun akibat pandemik Covid-19 pada 18 Julai lalu, manakala suaminya, Ben Yajeed Bernie, 45, meninggal dunia dua hari sebelum 16 Julai juga akibat serangan penyakit yang sama akan dipelihara oleh pasangan warga emas di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini.
Bagi pasangan warga emas di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini, Ibrahim Ali, 68, dan Bedah Rusi, 68, juga memendam rindu dan kasih sayang terhadap lapan orang cucunya yang tinggal di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor ketika ini.
Ibrahim, seorang peneroka tanah rancangan itu berkata, sejak kematian anak dan menantunya, mereka masih lagi belum dapat berjumpa dengan cucunya di Bukit Beruntung disebabkan sekatan daerah dan negeri di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kami hanya bercakap dengan cucu menggunakan telefon bimbit melalui Whatsapp untuk bertanyakan khabar mengenai kesihatan, makan-minum dan nasihat serta panduan menjaga diri masing-masing.
“Cucu-cucu itu adalah darah-daging kami, siang malam saya dan isteri sentiasa teringat cucu di sana dan sekiranya dibenarkan, kami ingin segera ke Bukit Beruntung hari ini juga,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, arwah Noraini anak ketiga daripada 10 beradik yang bekerja di sebuah kilang pengeluaran makanan pernah berhubung mengadu badannya lemah, kemudian dia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan kemudiannya dipindahkan ke pusat kuarantin dan rawatan Maeps, Serdang.
“Menantu saya (Ben) yang berasal dari Sandakan, Sabah berniaga kecil-kecilan merupakan kontak rapat isterinya pun disahkan positif Covid-19 lalu dimasukkan ke Hospital Selayang dan tidak beberapa lama dipindahkan ke wad ICU sebelum meninggal dunia,” katanya.
Ibrahim berkata, oleh kerana lapan orang cucu yang sudah tiada tempat bergantung maka kami mengambil keputusan menjaga mereka di Felda Gelanggi 2.
“Ketika anak saya sakit, arwah pernah membuat panggilan dan sambil meminta dihalalkan makan-minum, ampun dan maaf berkali-kali serta memohon menjaga lapan orang anaknya selepas ini.
“Kata-kata Noraini kerap bermain di cuping telinga saya sehingga ini membuatkan saya amat sedih dan perasaan sayang terhadap cucu kian membara malah sanggup menjaga mereka selagi saya dan isteri masih ada hayat,” katanya.
Katanya, semasa hayat arwah Noraini pernah memberitahu untuk mengeluarkan wang simpanannya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membina rumah di sini (Felda), tetapi tidak kesampaian kerana Allah SWT sayangkannya terlebih dahulu.
Jelasnya, sehingga ini, cucunya yang paling tua, Nazurah Nabilah, 19, seorang penuntut Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang bertindak menjaga adiknya, tujuh beradik sambil dibantu oleh keluarga bapa saudara yang menetap di tempat yang sama.
Selanjutnya, Ibrahim berkata, selepas Noraini dan Ben Yajeed Bernie meninggal dunia, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sangat mengambil endah dengan kebajikan serta nasib lapan beradik itu.
“Kerajaan negeri segera meluluskan peruntukan pembinaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) bernilai RM65,000 secara percuma berdekatan kediaman saya di sini.
“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang dan juga wakil rakyat kawasan Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah serta Jawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung (JKKK) yang turut membantu sehingga kerajaan negeri meluluskan segera bantuan RRP termasuk tapak pembinaan rumah ini,” katanya.
Katanya, dia juga bersyukur dan sangat terhutang budi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah menziarahi cucunya penghujung bulan Julai lalu sambil menghulurkan bantuan untuk pendidikan dan kebajikan.
Bagi nenek lapan orang cucu tersebut, Bedah juga terharu dan berterima kasih kepada semua pihak yang beramal jariah membantu lapan orang cucunya selepas bergelar anak yatim piatu.
“Apapun, saya berdoa siang dan malam supaya cucu selamat di sana dan tidak sabar untuk menemui serta membawa mereka pulang ke sini dan tinggal bersama kami,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WANITA DILARANG LAWAT CIMPANZI KERANA HUBUNGAN RAPAT
(Foto atas: Timmermans menjalin hubungan baik dengan Chita selepas empat tahun sering melawat haiwan itu. – VTM NIEUWS)
ANTWERP, BELGIUM: Seorang wanita di Belgium dilarang daripada berjumpa dengan seekor cimpanzi jantan di sebuah zoo disebabkan hubungan rapatnya dengan haiwan tersebut selepas melawat zoo itu selama empat tahun, lapor laman berita Oddity Central, baru-baru ini.
Adie Timmermans menerima amaran itu dari Zoo Antwerp selepas mempunyai hubungan rapat dengan seekor cimpanzi jantan berusia 38 tahun bernama Chita.
Menurut penjaga cimpanzi tersebut, keadaan itu telah menyebabkan masalah sosial kepada Chita dalam kalangan kawanannya.
Ini kerana disebabkan ia terlalu rapat dengan Timmermans, ia disisihkan daripada cimpanzi-cimpanzi lain dan tidak dianggap sebahagian daripada kawanan tersebut.
Justeru, bagi menambah baik hubungan Chita dengan spesiesnya, pihak zoo telah mengeluarkan amaran yang melarang Timmermans daripada menghampirinya dan memintanya untuk tidak memandang haiwan tersebut.
“Sudah tentu kami berasa gembira apabila ada pengunjung yang berasa dekat dengan haiwan-haiwan di sini, namun kebajikan haiwan adalah lebih penting.
“Kami ingin menggembirakan Chita. Apabila ia sering sibuk melayan pengunjung, monyet-monyet lain menyisihkannya dan tidak menganggapnya sebagai sebahagian daripada kumpulan itu.
“Ini menyebabkan ia terpaksa duduk sendirian ketika di luar waktu melawat,” kata seorang kuratori Zoo Antwerp, Sarah Lafaut.
Sementara itu, Timmermans menyifatkan larangan itu sebagai sesuatu yang tidak adil serta mendakwa bahawa dia menyayangi Chita selain larangan itu hanya dikenakan ke atasnya, dan bukan pengunjung lain.
“Saya menyayangi Chita dan ia menyayangi saya. Mengapa mereka ingin melarang hubungan kami? Pengunjung-pengunjung lain dibenarkan bertentangan mata dengannya, kenapa saya tidak boleh?
“Selama empat tahun Chita sering datang kepada saya apabila ia melihat saya. Ia melambai dan mengucup saya melalui tingkap. Apa kesalahan yang saya lakukan?” soalnya.
Timmermans turut mengakui dia menerima empat amaran mengenai hubungannya dengan Chita, namun sekiranya dia tidak menghiraukan arahan itu, dia berkemungkinan dilarang untuk memasuki zoo tersebut. – AGENSI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Skuad Cakna Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) turut mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyampaikan bantuan keperluan dapur kepada penduduk asnaf sempena Program Ziarah Merdeka di tiga buah kampung pinggir bandar Jerantut semalam.
Program tersebut turut disertai oleh Pegawai Penerangan Jerantut, Basharuddin Md Yassin bersama tiga orang kakitangan bersama Skuad Cakna MTMAJ telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada 30 keluarga di Kampung Sungai Badak, Kampung Lata Kasah dan Kampung Binjai.
Pengerusi Skuad Cakna MTMAJ, Ikhtiman Ismail berkata, ahli skuad itu dengan kerjasama Pejabat Penerangan Jerantut turut menerima agihan Jalur Gemilang menerusi inisiatif Program Sepakat@Komuniti untuk memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-64 dan Hari Kebangsaan kelmarin.
“Setiap buah rumah penduduk asnaf yang kita ziarah untuk menginfakkan barang keperluan dapur juga dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang, paparan ‘Malaysia Prihatin’ dan ‘Kami Sayang Malaysia’ sebagai menzahirkan semangat patritotik di samping nilai tolong-menolong berasaskan konsep Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Program Ziarah Merdeka juga untuk menyantuni keluarga asnaf dengan menginfak barang makanan MTMAJ bagi meringankan perbelanjaan mereka dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP),” katanya di Kampung Lata Kasah, Jerantut, Pahang semalam.
Sementara itu, Basharuddin menambah aktiviti kibaran Jalur Gemilang menerusi inisiatif Program Sepakat@Komuniti, Jabatan Penerangan telah dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini dan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos dengan melibatkan kerjasama wakil rakyat setempat, Jawawatankuasa Kemajuan Kemakmuran Kampung, taman perumahan, masjid dan agensi kerajaan.
“Hari ini, kami bersama Skuad Cakna MTMAJ mengibarkan Jalur Gemilang di samping menyantuni penduduk asnaf bagi menzahirkan nilai patriotisme dan kemanusiaan secara langsung dapat mengeratkan hubungan antara penduduk dengan agensi kerajaan dan jawatankuasa masjid bandar ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KANAK-KANAK MENGIDAP BARAH OTAK PERLU BANTUAN SEGERA
KUANTAN: Muhammad Firas Iqbal Shayfullah berusia 11 tahun yang mengidap barah otak bahagian belakang kepala (cerebellar mudulloblasroma) memerlukan bantuan segera untuk membayar kos pembedahan yang bakal dilakukan pada Jumaat ini.
Muhammad Firas Iqbal anak kelima daripada enam beradik yang tinggal di Kampung Balok Permai dekat sini, sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur dan sedang menunggu giliran untuk dibedah.
Bapanya, Shayffulah Muhamad yang bekerja sendiri tidak mempu membayar kos tersebut sebanyak RM 1,600 kerana pendapatannya terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekarang, manakala ibunya pula seorang surirumah.
“Anak saya sering mengadu sakit kepada dan muntah sejak awal tahun ini tetapi tidak sangka dia mengidap penyakit barah.
“Sejak bulan Jun tahun ini, anak saya semakin serius dan kerap sakit kepada dan kerap muntah, pada 19 Ogos baru ini, anak saya terpaksa dibedah di bahagian depan kepala untuk mengeluarkan air,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Kepada sesiapa yang ingin membantu meringan kos pembedahan keluarga tersebut, boleh salurkan bantuan kepada, Shayffulah Muhamad (bapa) melalui nombor akaun Maybank-156169203846 atau hubungi 017-9786346.-SAHIH.
.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!