LIPIS – Gabungan empat agensi bergabung tenaga membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford yang dilanda banjir baru-baru ini bagi persiapan pembukaan sesi persekolahan yang bakal dibuka Januari depan.
Agensi yang terlibat bergotong-royongt itu, Ibupejabat (IPD) Lipis dan Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat Lipis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan warga pendidik SMK Clifford, Lipis.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, fenomena angin monsun timur laut, mengakibatkan hujan berterusan menyebabkan banjir berlaku dan melumpuhkan aktiviti harian di bandar Kuala Lipis
“Demi meringankan beban mangsa banjir dan bangunan sekolah yang ditenggelami banjir, warga Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis telah digerakkan dan dibantu dengan warga IPD Cameron Highlands bagi membersihkan kawasan dan banggunan sekolah yang teruk dilanda banjir,” katanya.
Katanya, selain itu, bantuan kemanusian itu turut disertai pegawai kanan, pegawai pangkat rendah dan pegawai awam IPD Lipis dan Cameron Highlands yang diatur gerak membantu membersihkan bangunan asrama, dewan dan surau SMK Clifford.
“Semua yang terlibat turut memastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan virus Covid-19 serta langkah keselamatan daripada benda tajam dan binatang berbisa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAMAN SERI MUDA – Prihatin dengan musibah yang melanda, Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) menghulurkan perkhidmatan rawatan kepada haiwan yang tercedera termasuk memberi bekalan ubatan serta makanan kepada haiwan berkenaan.
Kira-kira 250 haiwan terdiri anjing dan kucing telah dibawa pemiliknya atau diselamatkan semasa banjir melanda Taman Seri Muda bagi mendapatkan rawatan di klinik sementara.
Tinjauan mendapati, pemilik-pemilik haiwan telah mula mengunjungi premis berkenaan sejak 4 hari lalu apabila keadaan bnjir mula surut.
Menurut Ketua Penyelaras Projek, Dr Farina Mustafa Kamal berkata, beliau beserta 40 sukarelawan terdiri daripada doktor dan pelajar veterinar memberi khidmat itu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Haiwan-haiwan yang diselamatkan serta tidak dituntut akan diberikan kepada mana-mana individu yang mahu memeliharanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Air mendadak naik dalam tempoh singkat, bantuan lewat tiba
TAMAN SRI MUDA, Shah Alam – Air mula naik pada Sabtu tengah hari kira-kira 0.3 meter dan air terus mendadak naik hampir mencecah lantai tingkat 1, kira-kira 2 meter dalam kejadian banjir di sini pada Sabtu lalu.
Begitulah apa dikatakan seorang mangsa di Taman Sri Muda, Raymon Leong (51), yang tidak dapat menyelamatkan barangan di tingkat bawah rumahnya, dia dan sekeluarga terus bertahan di tingkat atas.
Katanya kejadian berlaku tengah hari Sabtu, paras air ketika itu kira-kira 0.3 meter dan kira-kira jam 5 petang paras air sudah naik sehinga kira-kira 2 meter.
“Saya dan emak naik ke tingkat atas dan menunggu bantuan, memang ada bot lalu-lalang tapi mereka suruh bertahan dahulu sehingga keesokan harinya ( Ahad).
“Saya minta adik guna bot yang kerap digunakan untuk memancing untuk bawa keluar mak saya melalui bumbung, paling menyedihkan bantuan lambat tiba,” katanya.
Katanya, ini adalah kejadian kedua selepas tahun 1995, tapi kali ini sangat besar, tidak sempat berbuat apa-apa dengan paras air naik begitu cepat.
Katanya, hari ini mujur diberi bekalan elektrik untuk lampu dan kipas, mereka boleh membansuh rumah dan mengemas, walaupun banyak barangan telah dibuang.
Seorang lagi mangsa, Nagoven a/l Narajan (64) tidak sangka air naik begitu cepat sehingga mencecah siling rumah dan dia serta keluarga naik ke atas tingkat satu, mujur rumah kami dua tingkat.
“Berkaitan bantuan agak lambat, kami hanya menunggu bantuan makanan dan keluar dari rumah tapi hanya lewat hari Ahad (hari kedua kejadian) baru bantuan tiba.
“Banyak barangan dibuang dan rosak tidak boleh digunakan, hari ini semua jiran-jiran lain turut membersihkan rumah dan barangan yang mana boleh digunakan,” katanya.
Sementara itu, seorang warga emas, Khatijah Saari (58) yang kebetulan berada di rumah anaknya tidak sempat berbuat apa-apa kerana dia dan cucu sahaja yang ada di rumah ketika itu, dia dan cucu terus naik ke tingkat atas.
“Hanya mampu menelefon anak dan anak saudara yang tinggal di berdekatan kawasan ini, tapi mereka turut terkandas tidak dapat datang.
“Saya turut menjerit kepada bot-bot yang lalu-lalang di situ untuk bantuan tetapi oleh kerana keadaan kami dikatakan terkawal kerana berada di tingkat atas rumah, mereka datang kemudian menghantar bekalan makanan,”katanya.
Seorang penduduk Indah Elit, Kemuning Utama, Yusrina Ramli (46) anak saudara kepada Khatijah berkata, pada hari itu dia terpaksa meranduk air sedalam paras betis , pasukan penyelamat berbot membawa mangsa-mangsa yang dihantar.
“Kita mohon bantuan pihak beruniform tapi mereka memberi keutamaan kepada penduduk rumah setingkat dan kanak-kanak, orang sakit dan warga emas.
“Saya yang tinggal kira-kira 2 kilometer dari rumah mak saudara di taman ini menunggu mangsa yang diangkut dengan bot penyelamat seolah-oleh menunggu waris balik dari Mekah,” katanya.
Katanya, ramai waris menunggu di kawasan selamat itu menyerbu untuk memastikan waris masing-masing untuk dibawa ke rumah masing-masing atau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Polis Lipis bantu anggota dan orang awam yang terkesan banjir
LIPIS – Pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis membantu meringankan mangsa banjir di kalangan pegawai, anggota dan pegawai awam IPD itu yang mengalami musibah banjir yang melanda bandar itu baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, pihak IPD menggerakkan pasukannya untuk membantu anggota yang terkesan dengan membersih kediaman mereka.
“Kami mengambil pendekatan membantu anggota dan pegawai yang terkesan dan selepas ini akan menghulurkan bantuan kepada orang awam yang turut mengalami musibah sama.
“Sebelum memulakan kerja amal itu, sesi taklimat telah disampaikan kepada anggota pasukan bantuan dari aspek keselamatan termasuk pendawaian elektrik, binatang berbisa atau kaca pecah semasa pembersihan,” katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, hanya dua anggota dan keluarga yang terkesan dan memerlukan bantuan pembersihan dengan segera supaya anggota itu dapat menjalankan tugas dengan tenang.
“Ini adalah kekuatan siratulrahim antara anggota dan pegawai yang sering menjaga kebajikan sesama sendiri dan secara tidak langsung memberi motivasi dan semangat untuk bertugas dengan lebih baik.
“Bantuan dari IPD ini turut membantu membersih dan mengemas stesen minyak berdekatan bandar ini yang tenggelam supaya dapat beroperasi semula dengan segera untuk kemudahan penduduk di sini,” katanya.
Katanya, kepada mangsa banjir yang ingin kembali ke kediaman masing-masing agar lebih berhati-hati dengan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu struktur bangunan rumah dan periksa pendawaian elektrik.
“Selain itu, pastikan binatang atau serangga berbisa termasuk benda-benda tajam tiada, semua ketua polis balai telah diarahkan memberi nasihat dan peringatan kepada orang ramai,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perodua, syarikat utomobil tempatan menawarkan rebat perkidmatan tunda, diskaun alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma kepada pemilik kenderaan jenama tersebut yang mengalami kerosakan akibat banjir yang sedang berlaku.
Pengguna kereta berjenama tempatan ini boleh menuntut perkhidmatan menunda maksimum RM100 di kedai servis Perodua bergantung pada syarat yang ditetapkan.
Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan hingga 20 peratus untuk alat gantian kenderaan jenama itu yang rosak akibat banjir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, tawaran perkhidmatan nilai tambah disediakan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan Perodua.
‘Terdapat beberapa pusat perkhidmatan Perodua juga terjejas akibat banjir, pelanggan perlu mendapatkan perkhidmatan cawangan Perodua yang ada di seluruh Malaysia untuk mendapatkan bantuan ini.
‘Alat ganti tulen dilengkapi dengan jaminan pengeluaran dan kami minta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat ganti tiruan kerana ia akan menjejaskan kondisi kenderaan,’ katanya.
Pelanggan Perodua yang mengalami kerosakkan kenderaan akibat bencana alam ini boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda dengan terman dan syarat yang ditetapkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ahli Parlimen bantu kenderaan tersekat di kawasan banjir
JERANTUT – Ahli Parlimen Jerantut bertindak sebagai ‘anggota penyelamat’ dengan menolak sebuah kenderaan ke tempat selamat yang tersekat dalam air di kawasan banjir.
Ahli Parlimen itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris bersama orang ramai yang berada di situ turut membantu pemilik kenderaan itu menolak kenderaan itu yang enjinnya mati.
Beliau yang baru pulang menghadiri Majlis Taklimat dan Dialog Bersama Usahawan Jerantut anjuran Perbadan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), hari ini yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Tahan.
Kejadian berlaku di Jalan Jerantut-Felda Padang Piol berdekatan jalan masuk ke Kampung Paya Garok, pagi ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bandar Taman Negara Jerantut dipilih laksana Projek Showcase Healthy City
JERANTUT – Bandar Jerantut di bawah Pentadbiran Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Jerantut (MDJ) antara yang berjaya melaksanakan Projek Showcase Healthy City di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bersama dua lokasi lain di negara ini.
Selain Bandar Jerantut, Laman Tasek Tambahan Ampang, Selangor dan Taman Tasik Putra, Kulim, Kedah turut dipilih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PLANMalaysia serta menerima peruntukan RM1.5 juta.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata, MDJ berjaya melaksanakan projek itu walaupun berdepan dengan cabaran jangkitan pandemik yang melanda negara.
“Agenda ini dirangka untuk memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai keutamaan, ANMS diperkasakan dalam mendidik, membina kemahiran dan membudayakan hidup sihat sebagai perisai perlindungan berhadapan ancaman kesihatan.
“ANMS diadakan dalam dua penggal pelaksanaan 2021 sehingga 2025 dan 2026 dan berakhir 2030 dan telah dilancarkan pada 11 November lalu oleh Perdana Menteri,”katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Persamian Projek Showcase healty City bandar Jerantut yang adakan di Dataran Uptown, Jerantut, petang semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Datuk Tpr Mohd Faizal Hamzah, Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.
Katanya, ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang menyokong kesihatan dan pemantapan kebersihan persekitaran.
“Saya percaya melalui persekitaran yang sihat, ia bukan sahaja mengukuhkan imun badan malah boleh melawan penyakit berjangkit seperti diabetis, hipertensi dan jantung.
“Dalam konteks Keluarga Malaysia, ANMS mengambil pendekatan menyeluruh daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaan menyeluruh memenuhi kehendak rakyat sebenar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Datuk Tpr Mohd Faizal Hamzah berkata, pemilihan tapak projek adalah berdasarkan pencapaian indeks kemampanan Bandar yang diukur melalui Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar -Luar Bandar Malaysia (MURNInets), potensi lokasi dan juga komitmen PBT.
“Antara komponen pembangunan projek yang dilaksanakan adalah terdiri penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung, pemasangan peralatan outdoor gym, penyediaan gazebo, menaiktaraf dataran dan pentas utama serta laluan pejalan kaki.
“Selain itu, laluan khas basikal dan laluan kongsi juga disediakan bagi menghubungkan kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Bandar Jerantut,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seramai 20 orang penduduk asnaf Kuala Tahan terima zakat AGRO Bank
Foto atas: Samion Awang (2 dari kiri) menyampaikan replika cek zakat daripada AGRO Bank Pahang kepada Abdul Jalil Abdul Rahman (2 dari kanan) di Kuala Tahan, Jerantut, baru-baru ini.
Golongan asnaf bukan sahaja menjadi tanggungjawab murni individu yang berkemampuan malahan institusi kewangan, iaitu AGRO Bank yang telah menyumbangkan bantuan zakat untuk seramai 20 orang asnaf di Kampung Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini.
Majlis serah zakat dalam bentuk replika cek bernilai RM2,000 untuk 20 orang asnaf kampung Kuala Tahan telah disempurnakan oleh Ketua Perkhidmatan dan Jualan AGRO Bank cawangan Pahang, Samion Awang kepada Ketua Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abd. Rahman.
Menurut Abdul Jalil, penduduk berkenaan dipilih yang benar layak untuk menerima sumbangan daripada AGRO Bank Pahang apabila masing-masing diberi bantuan zakat RM100 untuk pembukaan akaun sempena majlis berkenaan.
“Kita bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak pengurusan AGRO Bank Pahang kerana bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga asnaf di sini dan usaha murni institusi ini diharap memperoleh ganjaran yang besar Allah SWT,” katanya di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang baru-baru ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Alumni IPGIK, Cheras bertemu setelah 40 tahun berpisah
Foto atas: Sebahagian alumni yang dapat hadir di program itu
KLUANG – Seramai 21 orang Alumni Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras, ambilan 1980 -1981 berkumpul setelah hampir 40 tahun ‘berpisah’ daripada kampus itu sejak membawa haluan masing-masing berkhidmat di serata pelusuk tanah air , pertemuan diadakan hari ini.
Penyelaras program itu, Sariat Mokmin, berkata, program ini sebagai pertemuan antara rakan IPG yang telah berpisah di serata tempat dan dapat dikumpulkan semula melalui media sosial.
“Medium ‘whatsapp’ menjadi penghubung utama dengan bermula dengan bilangan yang kecil dan mula menjadi ramai dengan pelbagai kenangan dicoretkan di laman ini.
“Oleh itu, kami di Johor merancang mengadakan pertemuan ini dengan menjemput rakan lama kami di serata tempat di tanah air, tetapi oleh kerana kekangan masa dan jarak, hanya 21 orang yang sempat hadir, “ katanya hari ini.
Katanya, kumpulan alumni 1980-1981 tidak terhenti di sini dan bakal diadakan di tempat lain dan diharapkan lebih ramai rakan-rakan lain dapat menyertainya.
Seorang alumni dari Shah Alam, Selangor yang turut hadir, Rozita Kamarul Ariffin berkata, dalam laman sosial itu pelbagai kenangan ‘keluar’ mengimbau kembali zaman tersebut yang menyebabkan mereka rasa ‘muda’ mengingatkan kisah lampau di kampus.
“Apa tidaknya, kenangan paling menyeronokan ketika kami menjadi ‘ freshies’ semasa minggu orientasi, minggu itu kami mengenali pelajar antara program melalui pelbagai aktiviti,selain mengenali pelajar senior.
“Sebenarnya minggu orientasi ini ada bagusnya kerana merapatkan siratulrahim antara penuntut dan juga membentuk sahsiah yang mantap dan tidak bersikap individualistik,” katanya.
Seorang alumni dari Kuala Kangsar Perak, Mohd Jaffar Abu Samah berkata, bagus juga berkumpul mengenangkan zaman di IPG, seronok selain terkenang rakan yang telah tiada.
“Oleh itu, selain berkumpul kami sempat mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil mengenangkan rakan yang telah meninggalkan kita, malah, hampir semua daripada kami telah bersara, ini adalah peluang kami berkumpul semula.
“Semua semakin menginjak usia, sementara masih sihat, kadang kala terkenang rakan-rakan, kesempatan begini dapat bertemu dan menziarah rakan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ibu bernafas menggunakan bantuan peralatan oksigen
JERANTUT : Seorang anak, Khatijah Che Wain, 55, berasa sebak melihat ibunya, Salmah Husin, 83, mengalami gangguan pernafasan dan hanya bergantung kepada tabung oksigen untuk menyambung hayat di Felda Sungai Tekam dekat sini hari ini.
Ibunya mengalami penyakit paru-paru yang kronik mula dikesan pada 2015 dan lama-kelamaan menyebabkan tidak boleh menghembus dan menghela nafas serta mula menggunakan bantuan peralatan tabung oksigen elektrik sejak dua minggu ini.
Khatijah menjelaskan ibunya mula bergantung kepada tabung oksigen elekrtik yang disambung melalui tiub getah menerusi hidung untuk bernafas sejak paru-parunya rosak dan tidak berfungsi dikesan oleh doktor Hospital Bandar Pusat Jengka.
“Saya sebak melihat ibu sukar bernafas dan lebih lagi berasa cemas apabila kadang kala berlaku bekalan elektrik terputus menyebabkan aliran oksigen terhenti.
“Ketika bekalan elekrtik terputus ibu mengalami gangguan untuk bernafas dan terpaksalah kami menyewa tabung oksigen yang boleh diganti (disambung) bagi memulihkan dia bernafas,” katanya di Felda Sungai Tekam dekat sini hari ini.
Katanya, sehingga ini mereka hanya menyewa peralatan pernafasan kuasa elekrik dan tabung oksigen daripada sebuah farmasi di Bandar Pusat Jengka dengan perbelanajaan RM400 sebulan.
Bercakap selanjutnya, Khatijah yang tidak bekerja semata-mata menjaga ibunya berkata, tekanan yang dihadapi keluarga lagi apabila ibunya turut mengalami komplikasi jantung bengkak dan darah tinggi dihidapinya sejak tujuh tahun lalu.
Katanya, sebulan sekali akan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) dan Bandar Pusat Jengka sebulan sekali untuk merawat ketiga penyakit tersebut termasuk mengambil darah.
“Sebelum ini, dia kerap kali ditempatkan di wad selama beberapa hari untuk rawatan kali terakhir pada bulan lalu apabila doktor mengesahkan paru-parunya kronik dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas.
“Selain tabung oksigen , ibu saya hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh hospital dan Klinik Kesihatan Tekam Utara malah hanya berbaring di tempat tidur sejak ditimpa penyakit kronik ini,” katanya.
Khatijah Che Wain (duduk) menjaga ibunya, Salmah Husin (berbaring) yang cuma bernafas menerusi peralatan oksigen elektrik (bawah, kanan) di Felda Sungai Tekam, Jerantut, Pahang hari ini.
Khatijah berkata, ibunya yang mempunyai sembilan orang anak berusia antara 51 hingga 64 tahun hanya makan nasi kanji dan bercadang untuk membeli susu tepung yang mengandungi campuran bahan kesihatan.
“Saya dan keluarga terpaksa mengeluarkan belanja rawatan sebanyak RM60, manakala menyewa ambulans mencecah RM600 ketika berulang alik bagi keselamatan dirinya semasa ke hospital.
“Ini ditambah pula dengan belanja menyewa peralatan elektrik membantu pernafasan, tabung oksigen , lampin pakai buang dan kebajikan lain mencecah sebanyak RM1,600 sebulan,” katanya.
Khatijah berharap kerajaan dan dermawan dapat membantu katil untuk orang sakit (seperti katil hospital) dan kerusi roda bagi memudahkan dibawa ke bilik air.
Orang ramai dan dermawan yang ingin beramal jariah boleh menghubungi Khatijah Che Wain menerusi talian 017 9302296 atau sumbangan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0600441000066493 (Salmah Husin) atau akaun Maybank bernombor 156020517507 (Khatijah).-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!