KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang wanita berasal dari Shah Alam, Selangor bagi membantu siasatan kes berkaitan penyelewengan.
SPRM dalam kenyataan hari ini, berkata orang ramai yang mengenali Siti Aisyah Mohamad Amir, 31 dengan alamat terakhir di Blok 2, Tingkat 10B, Berek Polis Seksyen 9, Persiaran Kayangan, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor diminta tampil membantu siasatan, lapor BH Online.
“Maklumat mengenai wanita berkenaan boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Abdul Jalil Hamdan di talian 019-6002041.
“Pegawai penyiasat juga boleh dihubungi melalui talian 05-5261227 sambungan 135,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MELAKA: Pengguna jalan raya diingatkan supaya tidak berlagak handal dan membuli pelajar sekolah memandu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pemandu yang mempunyai lesen memandu penuh seharusnya menunjukkan contoh baik dan memberi laluan kepada kenderaan pelekat L.
Beliau berkata demikian video tular berdurasi 22 saat memaparkan sebuah kereta jenis Proton Saga cuba memotong kenderaan sekolah memandu sehingga berlaku pelanggaran di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini, lapor Harian Metro.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Beliau berkata, menerusi klip video itu, pemandu Proton Saga tidak memperlahankan kenderaan ketika keluar simpang.
“Pemandu Proton Saga memotong kenderaan pelajar lesen L sebelum keluar simpang secara melulu.
“Sepatutnya kereta itu berhenti atau memperlahankan kenderaannya untuk memastikan laluan selamat bukannya berlagak sombong dengan memandu secara melulu di hadapan pelajar sekolah memandu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Polis akan menyiasat kenderaan yang terlibat dan tindakan boleh diambil mengikut Peraturan 6(2) Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 kerana mengubah haluan secara tiba tiba dan menyebabkan kemalangan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PETALING JAYA: Satu rangka manusia yang masih lengkap memakai baju berwarna merah ditemui di kawasan semak di sebuah tanah kosong di Jalan Kerayong, Kuala Lumpur di sini, semalam.
Rangka berkenaan ditemui seorang pengurus syarikat kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum meminta pengadu membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis segera ke lokasi dan mendapati rangka tersebut terpisah antara badan dengan kepala dalam jarak kira-kira tiga kaki (0.9 meter).
“Butiran dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.
“Cuma kita mengesan mangsa memakai kemeja berwarna merah jenama Seven Saints,” ujarnya dalam kenyataan hari ini, lapor KOSMO! Online.
GAMBAR IHSAN PDRM
Jelasnya, pasukan Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) dan ahli patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut hadir di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
“Kita dapati tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR),” ujarnya.
Katanya, orang awam yang mempunyai rekod saudara mara atau ahli keluarga hilang diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 0322979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 032115 9999 atau hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan.
Sumber SPRM berkata, mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 42 tahun ditahan antara 11 pagi hingga 1 tengah hari.
“Semua kakitangan yang ditahan bertugas di JPJ Johor, mereka dipercayai memanipulasi sistem mySIKAP bagi urusan cukai jalan LKM.
“Ia membabitkan jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM3.1 juta dalam tempoh enam bulan iaitu bermula Julai hingga Disember 2019,” kata sumber itu, lapor BH Online.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang kini berada di Johor Bahru bagi menghadiri mesyuarat bersama SPRM Johor mengesahkan penahanan berkenaan.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
Beliau berkata, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi proses reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Mengulas lanjut, Azam berkata siasatan kes itu bermula hasil maklumat dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ.
“SPRM akan meneruskan kerjasama dengan JPJ agar langkah pematuhan dan penambahbaikan proses kerja dapat dilakukan sebagai langkah mengelakkan kegiatan rasuah ini berulang khususnya ia menyebabkan ketirisan hasil kerajaan.
“Perkara ini telah dibincangkan dengan ketua pengarah JPJ sebelum ini dan perkongsian maklumat seumpama ini dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus jabatan sekali gus menutup ruang dan peluang rasuah,” katanya.
Beliau turut meminta pihak atau agensi untuk memberi maklumat kepada SPRM seperti dilakukan pihak ketua pengarah JPJ itu.
GAMBAR IHSAN BH ONLINE
Pada masa sama, Azam menyeru orang ramai berurusan di kaunter jabatan untuk mengambil peduli dan sentiasa memeriksa resit selepas melakukan urusan di kaunter atau dengan ejen yang dilantik.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: “Saya sedih melihatnya mati dalam keadaan sebegitu dan tidak sangka masih ada individu yang tergamak membunuh haiwan dengan kejam,” kata Mur Salina Junaidi pemilik kucing bunting yang ditemui mati tanpa empat kaki dipercayai akibat didera.
Mur Salina, 20, berkata, bangkai kucing diberi nama Cantik itu ditemui dalam kotak ditutup dengan surat khabar dekat belakang kereta milik bapa saudaranya, Lukman Nur Hakim Bakhtiar, 29, semalam.
Katanya, bapa saudaranya menemui bangkai berkenaan sebelum menghubunginya bagi memaklumkan berita sedih itu.
“Saya dihubungi pak cik kira-kira jam 1 tengah hari semalam iaitu ketika waktu rehat dan baru hendak keluar untuk makan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Pak cik memberitahu keadaan Cantik dan tanpa berlengah, saya terus bergegas pulang ke rumah .
“Menggigil badan saya sewaktu melihat bangkai Cantik dan hanya mampu menangis kerana Cantik mati dalam keadaan bunting dan menunggu masa untuk melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mur Salina berkata, dia tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dan kesakitan dirasai Cantik ketika diperlakukan sebegitu.
“Berdasarkan pemerhatian saya, ada kemungkinan kaki Cantik dicabut dan dipatahkan oleh pelaku, bukan dikerat dengan peralatan tajam.
“Lebih menyedihkan apabila terdapat najis terkeluar kesan menahan sakit teramat dan keadaan itu menunjukkannya seperti didera sewaktu masih bernyawa lagi,” katanya.
Mur Salina berkata, kucing berusia setahun enam bulan itu dipeliharanya sejak 2019.
“Selain Cantik, saya sekeluarga ada memelihara lima kucing lain dan memang ada melepaskannya berkeliaran di dalam dan sekitar rumah.
“Cuma, Cantik selalunya duduk di atas kereta pak cik dan tidak berkeliaran.
“Itu sebabnya saya terkejut apabila Cantik mati dalam keadaan sebegitu dan apa pun alasannya bukan tiket untuk pelaku bertindak kejam kerana haiwan tidak berakal dan sepatutnya dilindungi,” katanya.
Susulan itu, Mur Salina mengikut bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Gombak jam 1.30 tengah hari semalam.
Namun, Mur Salina berkata, setakat ini, belum ada individu tampil menyalurkan maklumat berkaitan insiden berkenaan.
“Sebenarnya, ayah enggan saya memperbesarkan hal ini tetapi saya tekad membuat laporan demi keselamatan keluarga kami.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Ini kerana saya bimbang jika pelaku berkenaan cuba memberi isyarat tidak baik dengan cara membunuh Cantik, ” katanya.
Mur Salina berterima kasih kepada semua warganet yang prihatin dan memberinya kata semangat.
“Saya tidak sangka ciapan di Twitter mendapat maklum balas luar biasa kerana sekadar berkongsi pengalaman sendiri memandangkan sebelum ini hanya membaca kisah sedih berkaitan kekejaman haiwan lain.
“Kini, haiwan peliharaan saya pula menjadi mangsa dan diharap perkongsian itu membuka mata masyarakat bahawa isu berkenaan (kekejaman haiwan) yang perlu dipandang serius,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) Arie Dwi Andika ketika dihubungi meminta saksi tampil membuat laporan kepada pihak polis.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Diharap kes itu mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan saksi boleh menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis, menghubungi pemilik kucing itu atau menghantar kiriman Whatsapp Hotline Animal Malaysia di talian 01120901097 dengan segera,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat isu video seorang lelaki India yang didakwa memurtadkan seorang wanita Islam.
Ketua Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh, berkata pihaknya difahamkan isu berkenaan sudah pun dalam perhatian dan tindakan polis selepas menerima aduan pelbagai pihak.
Katanya, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang berkuatkuasa di beberapa negeri terhadap individu, termasuk orang bukan Islam yang menghasut, memujuk, mempengaruhi atau memaksa orang Islam supaya meninggalkan agama Islam atau tidak suka kepada agama Islam.
“Selain itu, mana-mana orang Islam yang cuba untuk keluar dari agama Islam juga boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang juga berkuatkuasa di beberapa negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki berbangsa India mengaku memurtadkan wanita Islam menggunakan laman sosial Facebook.
Abdul Aziz berkata, pihaknya meminta seluruh umat Islam dapat mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara menyeluruh melalui pegangan akidah yang dibawa Nabi Muhammad SAW.
Semua pihak juga, katanya, diingatkan tidak saling menyalahi antara satu sama lain dalam isu membabitkan umat Islam, sebaliknya perlu bersama-sama memperkukuhkan institusi keluarga Islam, memupuk sikap saling ambil peduli dalam masyarakat serta ingat-mengingati dalam menghadapi sesuatu permasalahan, lapor BH Online.
“JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri seperti Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain sentiasa berusaha bagi memastikan akidah, syariah dan akhlak umat Islam sentiasa terpelihara selaras dengan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama yang diberi penekanan oleh kerajaan pada masa ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TASEK GELUGOR: Seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan kerana melanggar sekatan jalan raya (SJR) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hampir mencederakan anggota polis, di Jalan Kampung Selamat, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dalam kejadian jam 11 pagi itu, anggota polis cuba menahan kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki di SJR di situ kerana berada dalam keadaan mencurigakan namun pemandunya enggan berhenti dan terus memecut.
“Kereta itu dari arah Padang Serai, Kedah menghala Tasek Gelugor dan pemandunya yang sedang memecut telah memandu secara melulu, melanggar kon serta lampu di SJR sehingga pecah bagi mengelak ditahan polis, tindakan lelaki itu juga hampir melanggar anggota yang bertugas di situ.
ASISTEN KOMISIONER NOORZAINY MOHD NOOR
“Anggota polis yang berada di SJR itu bertindak mengejar kereta itu kira-kira tiga kilometer sebelum berjaya menahan kenderaan dan pemandunya di Jalan Kubang Menerong, ketika mengejar, suspek memandu dalam keadaan berbahaya malah hampir melanggar pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan malam ini, lapor Bernama.
Katanya ujian air kencing pemandu berusia 21 tahun itu mendapati dia memandu di bawah pengaruh dadah serta positif methamphetamine.
Beliau berkata lelaki itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut dikompaun RM1,000 kerana merentas negeri tanpa surat kebenaran.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KAJANG – Seorang lelaki dan teman wanitanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai akibat didera di rumah mereka di sebuah pangsapuri di Semenyih di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian oleh petugas di Jabatan Kecemasan Hospital Kajang kira-kira pukul 1.20 petang semalam.
“Menurut pengadu, mangsa dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ibunya dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan di kemaluan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dipukul oleh suspek lelaki yang juga merupakan teman lelaki ibunya sehingga mengakibatkan kanak-kanak berkenaan tidak sedarkan diri seterusnya dikejarkan ke hospital,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Zaid, susulan laporan yang diterima, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelaki wanita berkenaan berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta.
“Tangkapan dibuat kira-kira pukul 5.45 petang hari yang sama dan kini direman selama enam hari sehingga 24 Februari ini, lapor K! Online.
Gambar Hiasan
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Faizal Amir di talian 011-33319871,” ujar beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BACHOK: Mayat seorang individu yang sudah reput ditemui dengan hanya memakai seluar pendek dan tanpa sebarang pengenalan diri di Pesisir Pantai Kemayan di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Suprintendan Mohd. Yusrizal Mohd. Ghazali berkata, rangka manusia yang tidak dapat dikenal pasti identiti itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5 petang.
“Apabila polis tiba di lokasi kejadian, mayat tersebut didapati sudah reput sepenuhnya dan hanya tinggal rangka.
“Berdasarkan siasatan, mayat itu dipercayai sudah meninggal dunia 10 hari lalu,” katanya ketika dihubungi KOSMO!Online hari ini.
Menurut Mohd. Yusrizal, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk proses bedah siasat.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Katanya, bagaimanapun, siasatan mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah yang dapat dikaitkan dengan penemuan mayat itu.
Tambahya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk tampil membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Berdasarkan rekod, penemuan mayat yang sudah reput itu merupakan kes keempat yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan persisiran pantai di Bachok dalam tempoh dua bulan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHAH ALAM: Pengasas aplikasi Sugarbook yang ditolak permohonan reman ke atasnya pagi tadi, ditahan semula oleh polis bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol dan persundalan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata penahanan lelaki berusia 34 tahun itu dibuat berikutan satu laporan polis daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi pada 2019.
Beliau berkata, kejadian berkenaan dilaporkan kepada berlaku di Subang Jaya, pada 19 Februari 2019.
“Lelaki itu telah ditahan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan berikutan laporan polis yang dibuat oleh pelajar wanita berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Pagi tadi, lelaki itu dibebaskan polis selepas permohonan reman terhadapnya ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noorasyikin Sahat, selepas membuat aku janji bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan berkaitan aplikasi itu
GAMBAR HIASAN
Fadzil berkata, Pengarah Pendakwaan Selangor sudah membuat permohonan semakan ke atas keputusan penolakan permohonan reman itu.
“Permohonan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pada jam 9 pagi, esok,” katanya, lapor Bernama.
Terdahulu media melaporkan usahawan tempatan dari Minden, Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada 4.30 petang di sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.
Dia disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!