MUAR – Lima pelajar senior sebuah sekolah menengah berasrama di sini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan kejadian buli terhadap pelajar junior dalam kejadian 9 Disember lalu.
Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Sabtu depan dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin terhadap kesemua suspek yang berusia 16 tahun.
Tempoh tahanan itu bagi memboleh pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kesemua pelajar itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira pukul 9 pagi hari ini dengan menggunakan kenderaan polis sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian.
Kosmo! semalam melaporkan dua pelajar ditahan polis pada Selasa sebelum tiga lagi yang lain turut diberkas selepas dipercayai membuli seorang pelajar berusia 14 tahun hingga mangsa mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, siasatan mendapati mangsa telah dibuli kumpulan senior berkenaan pada 9 Disember lalu di sebuah sekolah menengah berasrama dalam daerah ini sehingga mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital.
Katanya, siasatan lanjut kemudian mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa yang dikatakan tidak menurut kemahuan mereka.
SUMBER-K! ONLINE
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pihak terlibat khususnya Jabatan Pendidikan Pahang mengambil langkah segera menangani kejadian buli dengan memastikan persekitaran selamat di sekolah.
Baginda turut menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian buli yang dilaporkan berlaku di sekolah di negeri itu baru-baru ini.
Selain itu baginda bertitah, ibu bapa juga perlu memberi peringatan dan nasihat tanpa jemu kepada anak-anak masing-masing supaya tidak terlibat dalam aktiviti membuli seperti yang didakwa berlaku di daerah Rompin, Maran dan Lipis.
Semalam, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis menerima tiga laporan antara 6 dan 10 Disember lepas, daripada mangsa buli yang mendakwa dipukul pelajar senior atas pelbagai alasan sehingga mengalami lebam dan bengkak.
Pentadbir sekolah perlu kerap mengadakan kempen kesedaran, keagamaan, dan pendidikan sivik untuk mengukuhkan nilai positif dalam setiap pelajar.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Selain itu, Tengku Hassanal juga memberi peringatan kepada pentadbiran negeri termasuk wakil rakyat dan ketua jabatan agar sentiasa turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat.
Selain itu, baginda menyeru meningkatkan perkhidmatan, mempermudahkan urusan rakyat dan mengurangkan birokrasi serta membuang proses yang tidak perlu dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Sementara itu, Tengku Hassanal juga menitahkan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail supaya menekankan aspek alam sekitar walaupun menuju ke arah menjadi negeri maju dan turut memuji tindakan menambah 70 ribu hektar hutan simpan kekal dan hutan simpan pada tahun ini.
Penubuhan skuad elit di bawah Unit Penguatkuasaan Negeri juga menunjukkan betapa serius kerajaan negeri membanteras pembalakan, perlombongan dan pencerobohan tanah haram di Pahang.
Tengku Hassanal juga bertitah baginda menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung persetujuan kerajaan Persekutuan memberikan pampasan kepada Pahang, atas usaha cemerlang mengekalkan kawasan hutan simpan.
Kepada semua penerima darjah kebesaran dan pingat, Tengku Hassanal menitahkan mereka supaya menjaga kemuliaan anugerah itu dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik dan sentiasa membantu golongan memerlukan. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pelajar terbabit kes buli 3 sekolah di Pahang dikenal pasti
PETALING JAYA: Polis Pahang sudah menerima laporan kes buli membabitkan tiga sekolah di negeri itu termasuk membabitkan sebuah sekolah berasrama di Muadzam Shah, Rompin.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laporan diterima bermula 6 Disember lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
“Semua pelajar yang terbabit sudah dikenal pasti dengan bantuan pihak sekolah dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Berdasarkan soal siasat mendapati mangsa menyembunyikan kejadian dan hanya membuat laporan polis setelah balik bercuti dan apabila disedari oleh keluarga mereka,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sebelum ini, kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak tersebar, satu lagi kes dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berasrama di Pahang yang mengakibatkan empat pelajar cedera dan trauma selepas dijadikan “karung tinju” oleh sekumpulan senior.
Kejadian itu didakwa pada Jumaat minggu lalu apabila semua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dikenakan hukuman rotan oleh sekumpulan pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Yusri berkata, tiga laporan kes buli itu diterima membabitkan pelajar di asrama sekolah di Muadzam Shah, Rompin; Maran dan juga sebuah sekolah berasrama di Lipis.
Katanya, laporan pertama diterima pada 6 Disember lalu daripada seorang pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah di Muadzam Shah yang mendakwa dipukul senior kerana menyalahguna telefon bimbit sehingga mengalami bengkak dan lebam di bahagian badan.
Katanya, laporan kedua diterima pada 10 Disember daripada seorang pelajar Tingkatan 1 sebuah sekolah di Maran mendakwa dipukul oleh beberapa pelajar senior kerana dikatakan memotong barisan di dewan makan asrama sehingga mengalami lebam pada bahagian perut.
“Pada Jumaat lalu (10 Dis) juga polis turut menerima laporan daripada seorang pelajar Tingkatan 2 di asrama sebuah sekolah di Kuala Lipis dipukul dengan tangan oleh beberapa orang pelajar senior berpunca kerana dituduh menghisap vape di asrama dan mangsa mengalami kesan lebam dan bengkak di bahagian muka,” katanya.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan pihak keluarga pelajar yang terlibat diminta memberikan kerjasama kepada pihak sekolah serta polis.
“Kita akan bekerjasama dengan pihak pentadbiran sekolah terutama sekolah berasrama bagi membantu pihak pentadbiran sekolah membendung gejala buli dan pergaduhan ini daripada terus menjadi budaya tidak sihat.
“Semua Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM di Pahang juga sudah diarah untuk memberikan perhatian berkenaan isu ini,” katanya.
SUMBER: Berita Harian
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
18 pegawai rendah polis Johor dibuang kerja – Ayob Khan
JOHOR BHARU – Seramai 18 pegawai rendah polis dan seorang pegawai awam Kontinjen Johor dibuang kerja sejak Januari hingga bulan lepas kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Mendedahkan perkara itu, beliau berkata hingga kini, terdapat 11 lagi kes salah laku tatatertib melibatkan pegawai rendah polis untuk tindakan buang kerja.
“Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, kita harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah. Dalam menjalankan tugas, kita ditohmah, dikritik, dikecam dan diugut. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah, saya akan bertanggungjawab.
“Saya boleh bertolak ansur dan mempertahankan tuan-tuan dan dan puan-puan dalam isu di atas. Tetapi dalam konteks rasuah, salah laku, bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di IPK Johor di Johor Bahru hari ini.
Mengulas mengenai statistik indeks jenayah negeri, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga bulan lepas turun kepada 4,036 kes, berbanding 6,726 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Dalam tempoh sama, katanya, sebanyak 12,828 individu ditahan atas kesalahan dadah, iaitu kedua tertinggi antara kontinjen, dengan rampasan 12.38 tan dadah bernilai RM375.93 juta ringgit.
Ayob Khan berkata lima makmal haram dan enam stor dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM355.34 juta berjaya dibongkarkan, selain 20 sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan dengan skala tangkapan dan rampasan besar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan negara.
“Tindakan proaktif ini telah berjaya menstabilkan iklim politik dan sosial sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di Johor. Keamanan, kesejahteraan dan kehormanian masyarakat terus berada di tahap membanggakan dan memberi impak kepada proses pembangunan Johor seperti mana direncanakan,” katanya.
Terdahulu, Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 petugas media termasuk seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Fadhliana Shaari bagi menghargai peranan dan sumbangan media dalam menyampaikan maklumat serta melaporkan kejayaan dicapai Polis Johor.
SUMBER- Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA BHARU – Seorang wanita ditahan selepas disyaki terlibat dengan empat kes samun barang kemas terhadap warga emas dengan membawa bersama anaknya di sekitar daerah ini dan Bachok baru-baru ini.
Wanita yang berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Jenerak, Tawang dekat Bachok kira-kira pukul 3.15 pagi, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, wanita yang bekerja sebagai tukang masak itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bachok yang menjalankan Ops Cantas di kawasan berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati, suspek menggunakan modus operandi yang sama dengan membawa anaknya yang berusia tiga tahun dan menunggang motosikal sebelum memasuki rumah mangsa.
“Sasaran suspek kebanyakannya warga emas yang berusia lingkungan antara 70 hingga 80-an.
“Sebelum bertindak meragut barang kemas mangsa, suspek merayu meminta wang daripada mangsa dengan alasan untuk membeli susu anaknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor kosmo online.
Menurut beliau, setelah mangsa memberikan wang, suspek dengan pantas bertindak menutup muka mangsa sebelum meragut rantai leher, gelang tangan dan cincin sebelum melarikan diri.
Katanya, dalam kes yang ketiga, suspek dipercayai bersama anaknya telah masuk dapur dan meminta wang untuk membeli susu anaknya itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki gelandangan membakar kereta milik seorang wanita di pangsapuri Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian diketahui wanita terbabit daripada seorang jiran kira-kira jam 5.20 pagi sebelum bergegas turun dan melihat sepasukan anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata hasil soal siasat dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian pihaknya dapat mengesan suspek kejadian.
“Suspek yang juga gelandangan berusia 29 tahun itu ditahan di Bandar Kinrara, Puchong pada hari sama.
“Semakan mendapati suspek yang berasal dari Seri Kembangan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, polis turut merampas sebuah motosikal, pakaian dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
“Siasatan mendapati suspek tidak puas hati selepas wanita itu menolak cintanya sejak setahun lalu, lapor HM ONLINE
“Suspek direman lima hari sehingga 10 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan di istana kehakiman, putrajaya pada rabu sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 42 juta ringgit milik SRC international Sdn . Bhd . Selepas menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Panel tiga hakim yang diketuai datuk abdul karim abdul jalil, bersama-sama datuk has zanah mehat dan datuk vazeer alam mydin meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan ahli parlimen pekan itu tidak mempunyai merit.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit yang dikenakan terhadap najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah war dan bersesuaian.
Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah , tiga pertuduhan pengusaha wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.
Dalam penghakiman yang dibacakan , mahkamah antara lain menyatakan keputusan hakim mahkamah tinggi Nazlan Mohd Ghazali adalah selamat dan tidak perlu di ubah.
Sementara itu peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan. . Rayuan Najib di mahkamah persekutuan merupakan peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PERHILITAN rampas spesies hidupan liar dalam pemeriksaan termasuk ‘trofi’ babi hutan
KUALA LUMPUR – Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah merampas beberapa spesies hidupan liar dalam satu pemeriksaan penguatkuasaan ke atas sebuah premis terletak di sekitar Kuala Lumpur pada 25 November lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut PERHILITAN telah merampas beberapa spesies hidupan liar disyaki Alligator Snapping Turtle, Iguana, Red Footed Tortoise, Leopard Tortoise, Sulcata Tortoise dan Yellow Pond Turtle.
Antara yang dirampas oleh PERHILITAN.-Foto PERHILITAN
Dipercayai nilai penyu yang ditemui oleh pihak PERHILITAN boleh mencecah harga RM1,500 seekor di laman niaga dalam talian tempatan manakala kura-kura berkenaan pula mampu melepasi RM2,200 seekor, ini termasuk bahagian hidupan liar disyaki kulit, daging dan ‘trofi’ babi hutan.
Seorang warga emas turut ditahan dalam pemeriksaan itu bagi membantu siasatan berkaitan kesalahan menyimpan hidupan liar dan bahagian hidupan liar tanpa sebarang kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN.
Satu laporan polis telah dibuat berkaitan pemeriksaan ini dan kesemua barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis untuk tindakan selanjutnya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Van lawan arus di Jambatan Pulau Pinang sebabkan kemalangan
GEORGE TOWN – Sebuah kereta terbabit kemalangan selepas cuba mengelak sebuah van yang dipandu secara melawan arus di Jambatan Pulau Pinang dekat sini awal pagi tadi.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi dan insiden tersebut turut dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kenderaan orang awam.
Berdasarkan rakaman video yang dibuat di lorong kiri itu, sebuah van dilihat dipandu di lorong tengah dalam keadaan melawan arus di laluan Seberang Perai menghala ke bahagian pulau.
Kemudiannya kereta dipercayai jenis Honda City yang dipandu di lorong kanan dilihat cuba mengelak van berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan dan melanggar tembok pembahagi lebuh raya di sebelah kanan.
Keadaan trafik ketika kejadian dilihat dalam keadaan masih lengang, lapor kosmo online
Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung keadaan mangsa yang berada di dalam kereta tersebut.
Gambar Media sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lelaki tempatan dan isterinya ditahan lakukan kes jenayah pecah kedai dan kenderaan
BENTONG- Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah menahan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 31 tahun di sebuah stesen minyak di Klang, Selangor, jam 12.35 pagi, pada 2 Disember lalu.
Kejayaan tangkapan itu berkaitan dengan kejadian pecah kenderaan dan kedai di Genting Highlands, setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Zaiham (dua dari kiri) bersama dua pegawainya mempamerkan hasil rampasan barang curi di premis dan kenderaan kawasan Genting Highlands di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, Pahang hari ini. – Foto IPD Bentong.
Ketua Polis daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata, setelah pemeriksaan ke atas lelaki tersebut dan kenderaan yang dipandunya menjumpai barang-barang yang dilaporkan dicuri bersangkut dengan beberapa laporan polis yang dibuat di Balai Polis Genting Highlands.
“Hasil soal siasat suspek membuat pengakuan terlibat dengan dua kejadian curi dalam bangunan dan tiga kejadian pecah kenderaan di kawasan peranginan Genting Highlands.
“Ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati positif dadah jenis methapethamine dan ganja serta mempunyai lima rekod jenayah lampau,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, suspek mempunyai tiga kes ragut, satu kes imigresen dan satu kes dadah dan menjumpai barang rampasan, wang tunai not RM 1 berjumlah RM 400; perkakasan audio kenderaan seperti stereo bluetooth speaker dan android player , 5 buah telefon bimbit pelbagai jenama.
“Terdapat 3 buah beg rangkaian kunci, sebuah walkie talkie, sebuah beg kulit berwarna coklat dan beberapa peralatan seperti pemotong wayar, test-pen, pisau, pengerudi , lampu suluh yang dipercayai digunakan untuk pecah kedai dan kenderaan.
“Sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berwarna silver yang digunakan oleh suspek turut disita, kenderaan itu dipercayai disewa oleh suspek mulai 29 November 2021 sehingga 27 Januari 2022, “ katanya.
Zaiham berkata, pihak polis turut menemui dadah pada tubuh saspek iaitu, tiga plastik lutsinar dan setiap satu plastik mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.88 gram, satu plastik lutsinar yang didalam terdapat ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, anggaran berat 3.25 gram.
“Hasil siasatan pihak polis juga dapati suspek mengaku melakukan kegiatan jenayah itu bersama isterinya.
“Selain daripada itu, pihak polis turut memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan mendapati kejadian itu dilakukan bersama seorang wanita pada 4 Disember 2021 kira-kira jam 10.35 pagi,” katanya.
Katanya, seorang wanita warganegara tempatan berusia 33 tahun telah ditahan di perkarangan IPD Bentong untuk membantu siasatan.
“Suspek lelaki ditahan reman selama 7 hari bermula 2 Disember 2021 sehingga 8 Disember 2021, manakala isterinya ditahan reman selama 4 hari mulai 5 Disember 2021 sehingga 8 Disember 2021 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan.
“Sekiranya disabit kesalahan suspek akan dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,’ katanya.
Katanya, selain itu, suspek lelaki turut dikenakan tiga pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sekiranya didapati bersalah denda dikenakan tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi 4 tahun atau kedua-dua sekali, di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Sekiranya disabit kesalahan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952, sekiranya didapati bersalah denda tidak melebihi rm 5000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan boleh dikenakan pengawasan tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih dari 3 tahun.
“Setakat ini, tertangkap suspek berkenaan, pihak IPD Bentong berjaya menyelesaikan 7 kes pecah kedai dan pecah kenderaan di kawasan pentadbiran IPD Bentong,” katanya.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat khususnya di bawah pentadbirannya menyalurkan maklumat dengan tepat kepada pihak polis. Orang ramai boleh menyalurkanmaklumat di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!