Selangor : Hanya kerana salah faham, seorang pelajar perempuan tingkatan satu telah dipukul separuh mati oleh dua orang pelajar perempuan yang lain di Bukit Beruntung, Rawang Selasa lalu.
Sekitar jam 3.28 minit petang, pihak sekolah telah memaklumkan kepada ibu mangsa bahawa pelajar terbabit telah terlantar lemah di kawasan perkarangan sekolah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan susulan.
Mangsa yang hampir mengalami kecederaan pada kesemua bahagian tubuh badannya kini tidak mampu bergerak dan seringkali hampir terjatuh setiap kali dia cuba untuk berjalan.
“Kes ini melibatkan jenayah buli terhadap anak saya. Anak saya dipijak dan dipukul, tak akan tiada sebarang tindakan segera yang boleh diambil?” Soal ibu mangsa ketika ditemu bual oleh wartawan PPIM pagi tadi.
Laporan polis telah pun dikemukakan namun keluarga mangsa masih menunggu tindakan selanjutnya diambil dari pihak berkuasa terhadap dua orang pelajar perempuan yang telah memukul mangsa.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Beberapa individu ditahan dalam operasi main Judi Belangkas
Leka main judi belangkas 7 terkejut diserbu polis
MARAN – Tujuh individu leka bermain judi ‘belangkas’ di bulan Ramadan dikejutkan dengan serbuan polis dalam sebuah ‘pot’ perjudian di ladang sawit di Felda Jengka 6, pada jam 4.30 petang semalam.
Operasi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Maran serta dibantu beberapa bahagian dari IPD turut berjaya merampas serta menahan 5 lelaki Melayu dan 2 lelaki Cina yang sedang leka berkumpul di 2 meja untuk berjudi.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat lokasi tersebut dipercayai kerap menjadi tumpuan kaki judi sekitar Jengka.
Antara barangan rampasan dalam operasi tersebut. Foto IPD Maran.
Malah ada yang cuba ‘cabut lari’ masuk ke dalam ladang untuk melepaskan diri daripada dicekup oleh, yang melakukan serbuan di sebuah ladang sawit di situ.
“Hasil pemeriksaan di atas meja dan beberapa individu terlibat, polis merampas perkakasan perjudian seperti 2 buah meja lipat, 2 buah dadu belangkas, kain kanvas, seutas tali putih, piring dan mangkuk kecil serta wang tunai berjumlah RM4,358.00.
“Kawasan itu dipercayai menjadi pot kumpulan itu dan dihadiri oleh kaki judi sekitar Jengka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT). Kesemua tahanan dan rampasan telah dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Seorang lelaki warganegara tempatan yang sedang menunggang motosikal tiada bernombor plat ditahan oleh anggota polis dari Balai Polis Telemong kira-kira jam 2.30 petang pada 25 Mac lalu.
Penahanan lelaki berusia 29 tahun tersebut yang turut mengaku terlibat dengan kes sembilan curi motosikal.
Penahanan seorang warganegara tempatan yang menunggang motosikal membawa kepada kes curi motosikal di Bentong dan Jelebu.-Foto IPD Bentong.
Dua kes curi tersebut di bawah pentadbiran Ibupejabat Polis (IPD) Bentong dan tujuh kes di bawah pentadbiran IPD Jelebu, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis telah membuat semakan rekod ke atas nombor casis dan enjin motosikal yang ditunggang namun terdapat kesan berlaku pengubahsuaian terhadap nombor tersebut sehingga tidak dapat dibaca dengan jelas.
Katanya, lelaki tersebut turut gagal mengemukakan sebarang dokumen dan tidak dapat memberikan keterangan tentang pemilikan motosikal tersebut.
“Kesemua sembilan kertas siasatan telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya mahkamah Bentong dan enam daripadanya telah mendapat arahan dituduh di bawah seksyen 379A kanun keseksaan.
“Sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak melebihi 7 tahun dan juga dikenakan denda,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, tiga kertas siasatan dituduh di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan dan sekiranya di dapati bersalah boleh dipenjara selama tempoh sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Satu kertas siasatan dituduh di bawah seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995 sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih dari 3 bulan atau kedua-duanya.
“Satu kertas siasatan turut dibuka dengan tuduhan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah akan penjara selama tempoh boleh sehingga 5 tahun dan juga dikenakan denda,” katanya.
Zaiham berkata, jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu kesalahan mencuri maka tempoh penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu dilakukan kali kedua atau yang kemudian bolehlah juga dikenakan denda dan sebat.
“Suspek telah ditahan reman selama 10 hari sehingga 4 april 2022, suspek turut dikehendaki oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Jelebu.
Beliau menasihati masyarakat awam khususnya di bawah pentadbiran IPD Bentong agar tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti ini. Orang ramai boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Padah menunggang motorsikal secara merbahaya, dua penunggang motorsikal ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.
Kedua-dua lelaki itu ditahan dalam dua operasi berasingan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, B-S-P-T Kota Setar dan Kulim di sekitar Kuala Kedah dan Kulim.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPK Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, dalam operasi di Jalan Padang Garam, Kuala Kedah pada petang Sabtu lalu, seorang buruh berusia 21 tahun ditahan selepas dikesan menunggang motorsikal dengan melakukan aksi zig-zag.
Perbuatan lelaki berkenaan yang dilakukan berulang kali mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Sementara itu, dalam operasi berasingan di Jalan Phong Ah Yong, Kulim, awal pagi semalam, seorang buruh berusia 32 tahun ditahan selepas membuat aksi merbahaya dengan mengangkat tayar hadapan.
Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan, A-P-J 1987.
Manakala kedua-dua motorsikal disita.
Dalam kedua-dua operasi itu juga, sebanyak 58 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Antaranya, ubahsuai motorsikal, tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor dan memandu dibawah umur.-SAHIH
FOTO: IHSAN PDRM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penyeludup nekad terjun tinggalkan 200 kg daun ketum
KANGAR – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan sebuah sampan kayu setelah tekongnya melarikan diri berhampiran Pulau Ketam, dekat sini pada jam 4.30 awal pagi semalam..
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya menemui 20 bungkusan plastik hitam disimpan di bahagian hadapan sampan kayu tersebut mengandungi daun ketum.
Bungkusan daun ketum ditinggalkan oleh penyeludup
Katanya, daun ketum itu dibawa menuju ke arah sempadan laut Malaysia – Thailand sebelum berjaya dikesan oleh bot ronda PPM.
“Panik akibat dikesan oleh bot ronda penguatkuasa, suspek seorang lelaki dipercayai tekong sampan kayu tersebut nekad memecut laju ke arah pantai sebelum meloloskan diri di kawasan hutan bakau berdekatan.
“Pemeriksaan lanjut dibuat di atas sampan kayu berkenaan menemui kira-kira 200 kg bungkusan plastik hitam disorok di bawah kanvas biru di bahagian hadapan sampan.
“Keseluruhan daun ketum dan sampan kayu berserta enjin dianggarkan bernilai RM 15,000 dan kesemua rampasan kemudiannya dibawa ke IPD Kangar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Seorang penghuni sebuah rumah anak yatim maut dibelasah rakannya di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin di kuantan.
Difahamkan mangsa, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar,11 tahun yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi telah disepak, dicekik dan dihempas ke lantai sehingga tidak sedarkan diri di surau kompleks rumah anak yatim dan miskin berkenaan hanya kerana disyaki mengambil duit sebanyak RM4.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dibawa tiga pelajar lain yang merupakan penghuni asrama berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri ke rumah penyelia asrama.
Penyelia asrama yang mengesyaki mangsa mengalami sawan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia dan pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Seorang pelajar berumur 16 tahun ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan.
Menurut Wan Mohd Zahari, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk dibedah siasat dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Bungkusan air ketum yang ditemui dalam dua buah tong ais dan bungkusan daun ketum yang dimiliki oleh suspek dalam serbuan di sebuah kedai Chegar Medang, Bentong, semalam.
BENTONG – Pihak polis Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menyerbu ‘pusat’ memproses air ketum yang terletak di bahagian dapur belakang sebuah kedai di Chegar Medang, dekat sini, semalam.
Hasil pemeriksaan di situ pihak polis menjumpai dua buah tong ais berwarna oren yang setiap satunya berisi bungkusan cecair berwarna hijau dipercayai cecair ketum.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, turut menjumpai sebanyak 109 bungkusan cecair anggaran berat 136.25 liter dan enam bungkus plastik warna hitam berisi daun warna hijau disyaki daun ketum anggaran berat 46.5 kilogram (kg).
“Hasil siasatan awal dapati daun ketum tersebut dibeli oleh suspek di mentakab dengan harga RM 30.00 untuk 10 kg daun ketum.
“Suspek akan membeli daun ketum seminggu sekali dengan seorang lelaki warga negara tempatan di Mentakab,” katanya.
Katanya, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan, suspek juga dipercayai terlibat dengan kegiatan memasak, membungkus dan menjual daun ketum secara kuantiti yang banyak sejak awal tahun 2022.
“Suspek telah menyewa rumah kedai tersebut bermula dari bulan disember 2021 untuk dijadikan ‘pusat’untuk kegiatan memasak daun ketum dan membungkus air ketum sahaja.
“suspek dipercayai menjual air ketum ini dengan kenalan terdekat sahaja dengan harga RM10.00 sebungkus,” katanya.
“Sekiranya disabit kesalahan, hukuman penjara maksimum selama empat tahun atau denda tidak melebihi RM 10,000 atau kedua-duanya sekali, hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif,” katanya.
Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari mulai 18 mac 2022 sehingga 21 mac 2022 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30 (3) Akta racun 1952.
Barang rampasan, daun ketum 46.5 kg bernilai rm 2,325; 109 bungkusan cecair anggaran berat 136.25 liter bernilai RM1,090; dua buah tong ais berwarna oren dan sebuah penimbang berwana hijau.
Bungkusan air ketum yang ditemui dalam dua buah tong ais untuk dijual kepada kenalan suspek antara barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah kedai Chegar Medang, Bentong. – Foto IPD Bentong.
Zaiham menasihati orang ramai agar menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah dan daun ketum serta bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah dan dadah kepada bilik gerakan IPD Bentong di talian 09-2222222. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia , Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga bot fiber tanpa nombor pendaftaran di tiga lokasi berbeza kerana disyaki menangkap siput retak seribu secara haram di sekitar perairan Kuala Perlis.
Ketiga-tiga tangkapan berkenaan dibuat pada kedudukan kira-kira 0.78, 1.04 dan 0.65 batu nautika barat pantai Kuala Perlis membabitkan tiga tekong dan tiga kru petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 21 hingga 47 tahun.
Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua bot nelayan tersebut berpangkalan di Kuala Perlis dan disyaki melakukan pelbagai kesalahan.
Antaranya kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) kerana mengendalikan bot tanpa lesen yang sah serta Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Turut dirampas dua set sangkar besi berupa tangguk siput dianggarkan bernilai RM1,000 dan hasil laut jenis siput retak seribu seberat 80 kilogram ketika pemeriksaan dilakukan.
Kesemua yang ditahan serta hasil tangkapan siput serta bot dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali bayar denda pemandu lori
ALOR SETAR- Seorang pemandu lori treler didenda Rm4000.00 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa, 10 tahun lalu.
Hukuman dijatuhkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif kepada Nor Azam Mat Saman, 44 tahun di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, 17 Ogos 2012 di Jalan Pendang ke Kobah, Nor Azam, yang memandu sebuah lori treler sedang membuat pusingan U.
Bagaimanapun sebuah motorsikal yang datang dari arah Pendang ke Kobah melanggar lori treler berkenaan menyebabkan penunggangnya meninggal dunia.
Tertuduh kemudian didakwa dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 pindaan 1999-A1065) kerana memandu sebuah lori treler dengan tidak cermat dan bertimbang rasa.
Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM4000.00 dan tidak lebih RM10,000.00 dan penjara tidak lebih 12 bulan.
Pendakwaan diwakili Inspektor Ahmad Shukri Saadon (Inspektor Perundangan/Pendakwaan), Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Setar
Manakala Nor Azam diwakili peguam, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman denda 4 ribu ringgit dan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Denda tersebut bagaimanapun telah dibayar oleh seorang jutawan dari Terengganu, Muhammad Azlan Abdullah@Ali yang bersimpati dengan kesusahan hidup pemandu lori berkenaan.
Kos guaman turut ditanggung Muhammad Azlan yang turut hadir di Kompleks Mahkamah Alor Setar, pagi tadi.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA PERLIS -Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi berjaya mematahkan sekumpulan warganegara Myanmar dalam cubaan masuk ke Malaysia dalam Penugasan OPS LANDAI di kawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Perlis.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kasim memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh anggota Unit Risikan Marin (URM) dan dibantu oleh anggota Unit Risik Kompeni D Batalion 2 PGA Kuala Perlis di kawasan tersebut.
Pemeriksaan ke atas 6 lelaki dan 1 wanita berkenaan mendapati tiada dokumen pengenalan diri.
Ketujuh-tujuh individu berkenaan disyaki merupakan pendatang tanpa izin yang baru sampai daripada negara Thailand.
Pasukan serbuan turut dibantu oleh Pasukan Op Benteng Balai Kuala Perlis untuk memeriksa keliling kawasan dan telah menjumpai 1 lelaki warga asing sedang menunggu di dalam sebuah kenderaan di kawasan berhampiran.
Setelah melakukan pemeriksaan mendapati individu berkenaan merupakan tekong darat sedang menunggu ketujuh-tujuh individu untuk dibawa pergi.
Hasil siasatan awal menyatakan bahawa bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Malaysia kepada Warga Mnyammar adalah dalam sekitar RM 3,000 sehingga RM 5,000 seorang dan dibayar oleh ejen di Myanmar.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 26A Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!