Rayan yang jatuh dalam perigi tidak sempat diselamatkan
Berita terkini
MAHGRIBI – Rayan Awram, berusia 5 tahun yang terjatuh ke dalam perigi kering di utara Maghribi pada Selasa lalu meninggal dunia sebelum sempat pasukan penyelamat sampai ke tempat kanak-kanak itu terperangkap.
Rayan Awram, berusia 5 tahun yang terjatuh pada Selasa tidak sempat diselamtkan.
Kejadian itu berlaku di sebuah bukit Kampung Ighara dekat Shefchaouen yang melibatkan satu pasukan penyelamat yang besar serta penggunaan jentera berat untuk mengorek lubang dan terowong.
Penyelamat akhirnya sampai ke tempat kanak-kanak itu beradaselama lima hari dan sudah meninggal dunia melalui terowong yang dibina.
Antara usaha yang dilakukan untuk menyelamtakan kanak-kanak itu
Raja Mohammed menyampaikan salam takziah kepada ibubapanya, kenyataan dikeluarkan oleh pihak media negara tersebut.-SAHIH
SUMBER : The Guardian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Usaha menyelamat Rayan, rakyat Maghribi mendoakan kesejahteraanya
MAGHRIBI – Budak lelaki, Rayan Awram (5 tahun) telah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di bandar Bab Berred pada hari Selasa dan usaha menyelamat dilakukan melibatkan menggali lubang di samping lubang sempit dan terowong untuk merentasi beberapa meter tanah untuk sampai ke budak tersebut.
Tiada maklumat terkini mengenai keadaan Rayan, 5 tahun, tetapi kenyataan yang dibacakan oleh pegawai di tempat kejadian pada sebelah pagi menyatakan budak itu selamat.
Sebuah ambulans dengan pasukan penyelamat dan perubatan serta sebuah helikopter bersiap sedia untuk memberi rawat dan membawanya ke hospital.
Pagi Sabtu, pasukan penyelamat terus menggali ke arah lubang telaga dan kerja-kerja dihentikan buat sementara pada hari Jumaat kerana kebimbangan mengenai kestabilan tanah, tetapi diteruskan kemudian.
Pasukan penyelamat pada ketika itu hanya pada jarak dua meter dari telaga pada pagi Sabtu tetapi usaha menyelamat mereka tergendala oleh batu yang dibersihkan menjelang tengah hari, menurut laporan media tempatan.
Ibunya, Wassima Kharchich berkata, dia berdoa dan memohon kepada Allah agar anak saya keluar dengan selamat,
“Ya Allah, ringankan kesakitanku dan dia, di dalam lubang debu itu,” katanya kepada saluran berita Maghribi 2M.
Keluarga Rayan sedia menanti perkembangan terkini berdekatan tempat kejadian
Rayan yang terjatuh ke dalam perigi itu pada hari Selasa beberapa jam sebelum ibu bapanya sedar kehilangannya dan menemuinya di dalam perigi tersebut dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat dapat menyuap makanan dan oksigen kepada Rayan melalui lubang di dalam perigi dan meletakkan kamera padanya untuk melihat perkembangannya.
Bapa Rayan, Khalid berkata, anak saudaranya pernah melihat Rayan makan melalui kamera. Tambahnya lagi, dia terharu dengan sokongan ribuan warga Maghribi terhadap kejadian yang menimpa Rayan.
Hashtag #SaveRayan dalam bahasa Arab dan Inggeris menjadi trend di seluruh Afrika Utara sepanjang operasi.
Pasukan penyelamat meneliti keadaan di tempat kejadian kerana dibimbangi belaku tanah runtuh yang boleh mendatangkan risiko
Pemain bola sepak Maghribi dan bintang PSG, Achraf Hakimi turut menyebut usaha menyelamat di media sosial, di samping emoji patah hati dan simbol berdoa.
Bintang Manchester City dari Algeria, Riyad Mahrez turut menyertai solidariti itu dan turut berkongsi gambar Rayan di Facebook bersama hashtag “Stay Strong”.
Masjid-masjid yang mengadakan solat Jumaat di negara itu bergema dengan doa untuk menyelamatkan dan kesejahteraan Rayan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Budak lelaki 5 tahun jatuh ke dalam perigi kering sedalam 32 meter
Foto atas: Usaha pihak berkuasa Maghribi untuk menyelamatkan Rayan (gambar kecil)
MAGHRIBI – Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter .
Gambaran grafik menunjukkan kedalaman dan ruang perigi tersebut
Kisah ini pada kala ini telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah.
Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut.
Bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang. Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu.
Gambaran grafik menunjukkan keadah yang dilakukan untuk menyelamatkan Rayan
Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah.
Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Walaubagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah.
Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya.
Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali.
Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil. Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu.
Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi.
Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh.
Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada.
Usaha untuk mengeluarkan Rayan seperti gambaran grafik ini
Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar.
Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini. Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip. Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.
Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tak mampu sewa ambulans, bapa gendong jenazah bayi naik motosikal sejauh 70 km
JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan terpaksa membawa pulang mayat bayinya yang baru dilahirkan menggunakan motosikal kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa ambulans, lapor laman berita Suara.com semalam.
Asdar, 29, dilaporkan membawa mayat bayinya dari daerah Bone ke daerah Sinjai dengan jarak sekitar 70 kilometer (km) selepas dilahirkan dalam keadaan pramatang.
Dia dikatakan menggendong mayat tersebut sambil membonceng motosikal dengan bantuan abangnya.
Menurutnya, dia pada ketika itu hanya mempunyai wang berjumlah 600,000 rupiah (RM174.94), sedangkan harga sewa sebuah ambulans adalah 700,000 rupiah (RM204.10).
Disebabkan hanya mempunyai wang sebanyak itu, Asdar merayu agar pihak hospital memberi kelonggaran kepadanya memandangkan jenazah bayinya perlu dikebumikan segera kerana waktu ketika itu adalah pukul 9 malam (waktu tempatan).
Bagaimanapun, pihak hospital berkata, jumlah wang sewaan tersebut telah ditetapkan dan mengikut peraturan hospital. Ia membuatkan Asdar tidak mempunyai pilihan lain selain membawa mayat bayinya menggunakan motosikal.
Selepas kejadian itu menjadi tular, pihak Hospital Datu Pancaitana daerah Bone mengeluarkan kenyataan dengan berkata bahawa terdapat salah komunikasi antara petugas hospital dan Asdar.
Pihak hospital mendakwa bahawa mereka telah bersetuju untuk melonggarkan jumlah pembayaran sewa yang sepatutnya berjumlah 700,000 rupiah (RM204.10), namun lelaki itu menolak tawaran tersebut.
Pemandu kereta jenazah juga didakwa sempat mengejar motosikal Asdar, namun lelaki itu meminta agar mayat anaknya dibawa sendiri menggunakan motosikal.
Sumber: AGENSI
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Britain – Khamis lalu Britain meluluskan vaksin Novavax untuk kegunaan individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.
Selepas memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan vaksin kelima di negara itu, vaksin Novavax perlu diambil dua dos.
Pihak Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom menjelaskan kebenaran diluluskan selepas pengeluaran vaksin tersebut memohon kebenaran Amerika Syarikat selepas bergelut dengan masalah pembangunan dan pembuatan.
Vaksin Novavax dapat kelulusan di Eropah pada Disember lalu yang juga ditangguhkan.
Pentadbiran kerajaan Britain dan Novavax bersetuju mengeluarkan sebanyak 60 juta dos dan menjalinkan kerjasama dalam ujian peringkat akhir pada tahun 2020 lalu.
27 juta bekalan vaksin terbaru tersebut dihantar ke Kesatuan Eropah pada Januari yang dijangka tiba pada suku pertama dan 42 juta pada suku kedua.
Sebelum ini, vaksin yang diluluskan di UK adalah AstraZeneca-Oxford, Pfizer-BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson.
Bagaimanapun, negara tersebut merekodkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia hingga kini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lagun Richo – Ratusan ribu ikan mati akibat ribut salji melanda kawasan barat laut Greece.
Ikan ditemui terapung di Tasik Drepano selepas suhu turun hingga 0 darjah Celsius.
Kira-kira 50 tan ikan mati di permukaan tasik tersebut.
Seorang nelayan di tasik tersebut, Ioannis Ouzounoglou berkata sepanjang bekerja, tidak pernah suhu serendah ini.
Beberapa negara di Eropah mengalami suhu sejuk yang melampau termasuk ibu negara Greece, Athens turut diselubungi salji tebal.
Menurut saintis Jabatan Perikanan Greece, Konstantinos Perdikaris, cuaca sejuk menghalang ikan-ikan memasuki kawasan yang lebih dalam di lagun atau ke laut.
Lagun tersebut mempunyai kira-kira 600,000 jenis spesis ikan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penjaga gol, Nur Azurin dipilih sebagai penjaga terbaik Liga Karnataka India
Anak kelahiran Shah Alam yang menjadi penjaga gol skuad wanita kebangsaan, Nur Azurin Mazlan dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di pertandingan Liga Wanita Karnataka (Karnataka Women’s League) baru-baru ini.
Karnataka Women’s League adalah divisyen utama liga bola sepak wanita di wilayah Kartanaka. Ia adalah saingan berasingan dan berada di bawah pertandingan elit bola sepak di India, iaitu India Womens’ League.
Azurin dalam satu aksinya menentang bersama pasukannya menentang Kickstart FC di perlawan akhir
Bekas pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah, penjaga gol berusia 21 tahun itu telah terbang ke India pada 23 Disember lalu untuk meraih pengalaman baharu di dalam karier bola sepaknya apabila menerima tawaran sebuah kelab amatur, Misaka United.
Azurin adalah antara tonggak Malayan Tigress ketika menewaskan Palestin 2-0 dalam aksi Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, September lalu.
Nurul Azurin tidak menunggu lama untuk membuat penampilan penuh apabila dia diberi kepercayaan penuh oleh jurulatih pasukannya untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
Ia sekaligus menjadikan Azurin sebagai pemain import pertama yang beraksi di Karnataka Women’s League. Pada perlawanan pertamanya bersama Misaka United, Azurin berjaya membantu pasukan itu menewaskan Bengalaru Braves dengan jaringan 4-0, sekali gus merekodkan clean sheet.
Di perlawanan akhir pertama, Azurin sekali lagi beraksi cemerlang membantu Misaka United menewaskan Kickstart FC dengan jaringan 2-1. Nasib bagaimana pun tidak menyebelahi Azurin apabila Misaka tewas 3-1 dalam perlawanan timbal balik.
Walaupun kurang bernasib baik tewas di perlawanan akhir, aksi Azurin sepanjang pertandingan berjaya menjadikan beliau penjaga gol terbaik pertandingan tersebut.
Ia pasti menjadi pengalaman berharga buat Azurin. Syabas anak muda kerana berani menyahut cabaran.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
‘Raja Rimba’ putus buah zakar diserang singa betina
NAIROBI, Kenya – Seekor singa jantan kehilangan buah zakar akibat diserang sekawan singa betina ketika ia cuba merampas makanan yang sepatutnya dibawa balik kepada anak-anak singa, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Dalam insiden baru-baru ini, singa jantan bernama Mandevo itu cuba merampas daging kerbau yang dibunuh sekawan singa betina tanpa menyedari makanan itu adalah untuk dibawa pulang kepada 11 ekor anak singa.
Berang dengan tindakan Mandevo, kawanan singa betina itu terus menyerang ‘Raja Mergastua’ itu sehingga mengakibatkan kecederaan serius pada bahagian alat sulitnya.
Jurugambar hidupan liar, Gren Sowerby, yang kebetulan membuat tinjauan di kawasan berhampiran sempat merakam detik pertarungan tersebut.
“Kejadian berlaku sangat pantas seperti perlumbaan kereta Formula Satu.
“Mandevo hanya mampu terbaring dan menjilat diri sendiri selepas ‘tewas’ dalam perbalahan itu. Saya kemudian menelefon pihak berkuasa bagi membawa Mandevo mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurut Sowerby, renjer hutan telah menghantar Mandevo ke Pusat Gajah Nairobi dan kini sedang menjalani proses pemulihan.
“Meskipun kehilangan satu buah zakar, singa itu berada dalam keadaan baik,” ujar Sowerby.
SUMBER: Agensi/ Kosmo
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PM New Zealand tunda majlis perkahwinan kerana penularan Omicron
Foto atas: Perdana Menteri New Zealands , Jacinda Ardern
MOSCOW – Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menunda majlis perkahwinannya kerana negara itu akan beralih ke tahap amaran merah Covid-19, lapor Sputnik.
“Apabila melibatkan majlis, sama ada hari jadi atau perkahwinan atau apa-apa jenis acara seumpama itu, perhimpunan dihadkan hanya kepada 100 orang dengan amaran tahap merah bermula pada 11.59 (10:59 GMT) malam ini,” kata Ardern pada sidang akhbar Ahad, seperti yang dipetik oleh The New Zealand Herald.
Mengulas mengenai perkahwinannya sendiri, perdana menteri berkata beliau juga sama dengan warga New Zealand yang lain.
“…perkahwinan saya tidak akan diteruskan tetapi saya juga tergolong dalam ramai lagi warga New Zealand yang pernah mengalami pengalaman serupa disebabkan pandemik,” kata Ardern.
Beliau menjelaskan pelaksanaan tahap amaran merah di New Zealand diputuskan apabila lebih banyak kes Omicron disahkan di negara itu.
Perdana menteri itu merancang untuk berkahwin dengan pasangannya Clarke Gayford pada musim panas ini di Gisborne, menurut The New Zealand Herald. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Neve.
Sumber : Bernama
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo
JAKARTA – Nusantara, ibu negara baharu Indonesia yang terletak di Kalimantan Timur dan kos pembinaan keseluruhan projek USD35 bilion (RM146 bilion).
Pembinaan fizikal sebenar ibu negara itu akan dimulakan tahun ini, sambil menunggu rang undang-undang ibu negara kota itu diluluskan Parlimen.
Menteri Perancangan Pembangunan Negara, Suharso Monoarfa ketika mesyuarat bersama jawatankuasa kerja untuk rang undang-undang ibu kota baharu di Parlimen hari ini, nama ibu negara baharu itu telah dipersetujui oleh Presiden Joko Widodo.
Menteri Perancangan Pembangunan Negara, Suharso Monoarfa
Katanya, ibu negara baharu itu antara projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Presiden Republik itu sebagai pemangkin untuk potensi ekonomi, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan.
“Saya percaya semua orang akan bersetuju dengan nama Nusantara, ia juga istilah Jawa lama bermaksud “pulau luar” yang juga menjadi ikonik di peringkat antarabangsa dan dikenali secara meluas oleh masyarakat global sebagai Republik Indonesia.
“Ia juga termasuk mempercepatkan pelaburan, mengoptimumkan pembangunan komoditi dan meningkatkan kepastian undang-undang mengenai pemilikan tanah dengan mengeluarkan sijil hak tanah.
Peta Kalimantan yang terletaknya ibu negara baharu Indonesia, Nusantara
Katanya, pada 9 Sept lalu, Jokowi menandatangani Peraturan Presiden No 85 Tahun 2021 tentang Rancangan Kerja Kerajaan untuk 2022, yang merangkumi lapan langkah strategik mempercepatkan transformasi Kalimantan, termasuk pembinaan ibu negara yang dilengkapi infrastruktur sokongan.-SAHIH
Sumber : Reuters
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!