MOGADISHU: Sebuah bas mini meletup selepas terlanggar periuk api hari ini, menyebabkan 14 mangsa terbunuh dan empat lagi cedera di Somalia.
Pegawai kerajaan dari wilayah Hirshabelle, Andikarim Mohamed, berkata tragedi di pinggir ibu kota Somalia, Mogadishu, itu dikaitkan dengan tindakan pengganas.
“Kejadian mengerikan lagi dahsyat ini berlaku kira-kira 30 kilometer (km) ke utara Mogadishu.
“Kami sahkan seramai 14 maut dan empat lagi cedera dalam kejadian di tengah jalan antara Mogadishu dan Balcad,” katanya.
Komander Tentera Somalia, Abshir Mohamed, yang bertugas di kawasan terbabit, menuduh tragedi itu didalangi pertubuhan berkaitan al-Qaeda, Al Shabaab Islamist, yang sering melakukan serangan di negara berkenaan.
“Pengganas ini tidak peduli siapa mangsa mereka dan sengaja menyasarkan orang awam.
“Mereka memasang periuk api yang membunuh orang awam yang tidak bersalah ketika menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada media tempatan.
Sementara itu, seorang saksi, Mohamud Adan, memberitahu AFP beliau melihat banyak mayat mangsa yang dibawa keluar dari lokasi letupan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak bersetuju dengan pengenalan pasport vaksin kerana menyebabkan masalah akses vaksin kebanyakan negara.
Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR), Dr. Babatunde Olowokure mengatakan, mereka memahami kepentingan memulihkan ekonomi pelancongan antarabangsa, tetapi bekalan vaksin global buat masa ini terhad untuk membenarkan pengenalan pasport vaksin.
‘Kekurangan data vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan virus Covid-19 adalah salah satu faktor WHO menolak pengenalan pasport vaksin ini,” katanya.
Beliau berkata, WHO ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak dapat membuktikan vaksin Covid-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai satu syarat khas untuk perjalanan pelancongan.
Bekalan vaksin yang terhad menyebabkan pengenalan pasport vaksin tidak dibenarkan kepada sektor pelancongan.
Beberapa negara termasuk Malaysia telah membuat pertimbangan vaksin bagi pelancong dan beberapa hospital swasta menyokong cadangan ini.
Walau bagaimanapun, Olowokure memberi amaran kepada optimisme vaksin, mengatakan langkah kesihatan awam seperti menggunakan pelitup muka dan kebersihan perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai vaksin.
WHO-WPR mengumumkan untuk mengadakan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun dan Australia bagi menyediakan penjujukan genom virus untuk negara yang tidak mampu membuat demikian.
Pengarah wilayah WHO-WPR, Dr. Takeshi Kasai berkata dengan adanya jaringan pengawasan tersebut, akan membantu mengesan varian baharu selain Covid-19, juga penyakit baru yang muncul.
WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin jenis AstraZeneca-Oxford yang mengatakan kajian menunjukkan vaksin tersebut tidak menyebabkan darah beku dan membawa kematian.
Penyelaras Ubat-ubatan Penting dan Teknologi Kesihatan untuk WHO-WPR, Dr. Socorro Escalante berkata kadar pemantauan dalam kelompok populasi yang diberi vaksin semakin rendah kerana dijangka berlaku secara semula jadi dalam populasi umum, dipetik dari Bernama.
United Kingdom (UK) melaporkan mempunyai tujuh kematian daripada 30 orang yang mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin jenis AstraZeneca-Oxford dan pada 6 April, 18 juta orang menerima vaksin di negara itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SEMBURAN HIDUNG MAMPU BUNUH 99.99 PERATUS VIRUS COVID-19
OTTAWA: Semburan hidung didakwa terbukti membunuh 99.99 peratus virus COVID-19, menurut satu laporan penyelidikan di Kanada.
Semburan itu dikatakan dapat mencegah penularan coronavirus dengan berkesan dan memendekkan tempoh jangkitan.
Bagi mereka yang sudah dijangkiti virus berkenaan, semburan itu juga boleh mengurangkan tahap kemudaratan gejala yang dialami.
Semburan yang dikembangkan sebuah syarikat Kanada, SaNOtize, berupaya membunuh kuman dalam saluran udara di bahagian atas hidung.
Ia juga menghalangnya daripada menetas dan masuk ke dalam paru-paru, berdasarkan keputusan ujian makmal di Amerika Syarikat (AS) dan Britain.
Pesakit yang dirawat dengan semburan itu juga menunjukkan penurunan purata kadar virus dalam badan sebanyak 1.362 dalam tempoh 24 jam pertama iaitu sekitar 95 peratus, lapor Agensi.
Dalam tempoh 72 jam, pengumpulan virus dalam badan didapati berkurangan lebih daripada 99 peratus.
Ketua Penyelidikan Ujian Klinikal Britain, Dr Stephen Winchester, berkata beliau amat berharap semburan hidung akan menjadi senjata terbaru dalam melawan COVID-19.
“Ini adalah satu revolusi dalam sejarah perubatan COVID-19 yang saya harap akan membantu perang masyarakat dunia melawan pandemik coronavirus,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEL AVIV – Seorang veteran tentera Israel yang berasa terhina kerana kecewa dengan layanan buruk Kementerian Pertahanan nekad membakar dirinya.
Individu yang didiagnos mengalami gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) melakukan tindakan itu di luar pejabat Kementerian Hal Ehwal Tentera yang menangani urusan pemulihan anggota cedera.
Kementerian itu memaklumkan mangsa dikenali sebagai Itzik Saidian, 26, tiba di pejabat Jabatan Pemulihan di Petah Tikva pada tengah hari Isnin dan turut membawa sebotol cecair mudah terbakar sebelum menuang ke atas tubuhnya dan membakar dirinya.
“Pengawal di premis itu cuba memberikan bantuan kecemasan malah turut menghubungi perkhidmatan penyelamat untuk bantuan perubatan, Magen David Adom. Seluruh tubuhnya disahkan melecur teruk dan kini berada dalam keadaan kritikal,” ujar kementerian itu lagi.
Sementara itu, Persatuan Veteran Tentera Israel memaklumkan Saidian disahkan mengalami 25 peratus PTSD selepas terlibat Operasi Perlindungan Sempadan di Genting Gaza pada 2014, namun dia meminta keputusan itu dinaikkan kepada 50 peratus, lapor Agensi.
Kementerian terbabit bagaimanapun menolak permintaannya dan memberi alasan PTSD dialaminya kononnya disebabkan oleh trauma ketika kanak-kanak dan bukan disebabkan oleh perkhidmatannya dalam tentera.
Gambar Hiasan
Sebelum ini, Saidian pernah terlibat wawancara bersama stesen TV tempatan, Channel 12 dan berkongsi pengalamannya terlibat operasi di kawasan kejiranan Shuja’iyya yang menyaksikan pertempuran dengan sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.
Ketika itu, dia turut menyuarakan kesukaran untuk mendapatkan pengesahan daripada kementerian itu tentang penyakit PTSD dialaminya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENDAKWA RAYA BERITAHU MAHKAMAH GOLDMAN SACHS HAPUS DATA TELEFON BIMBIT LEISSNER
PETALING JAYA: Kerajaan AS dipercayai selama empat tahun menyedari bahawa bank pelaburan Goldman Sachs memiliki empat telefon bimbit yang digunakan bekas eksekutifnya, Tim Leissner.
Bekas pegawai bank, Tim Leissner merupakan ketua Goldman Sachs Asia Tenggara. (Gambar Bloomberg)
Namun, tiada sebarang tindakan untuk merampas alat peranti berkenaan diambil biarpun selepas mengetahui bank pelaburan tersebut telah “menghapuskan” data dua alat peranti jenama Blackberry yang digunakan Leissner atas tujuan kerja pada 19 Jan 2016, hari yang sama ketika dia memulangkan alat peranti itu kepada majikannya, lapor FMT.
Pendedahan mengejutkan itu dikemukakan pendakwa raya kepada Hakim Margot K Brodie dari Mahkamah Daerah Timur New York, terhadap seorang rakyat Malaysia, Roger Ng Kok Wah, yang menghadapi pertuduhan bersabit dana 1MDB di AS.
Bekas eksekutif Goldman Sachs itu berdepan tuduhan jenayah kerana dipercayai berkonspirasi mengubah berbilion dollar AS dana 1MDB, serta melakukan suapan yang dianggarkan bernilai jutaan dolar AS.
Selain itu, pendakwa raya turut memaklumkan kepada Brodie, Goldman Sachs juga telah menjaga dua telefon bimbit peribadi jenis iPhone milik Leissner yang kini disimpan di pejabat di Hong Kong.
Menurut penasihat undang-undang kerajaan AS, Goldman Sachs enggan menyerahkan telefon bimbit berkenaan kerana ianya dibimbangi melanggar undang-undang di Hong Kong.
Leisner, Ng, serta ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, menjadi tumpuan dalam skandal 1MDB yang telah mengakibatkan kerugian berbilion dolar AS.
Leissner, merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs di Asia Tenggara, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukakan kerajaan AS, termasuk bersekongkol melakukan pengubahan wang.
Dalam dokumen mahkamah, beliau mengakui telah menyalur keluar lebih USD200 juta dari dana 1MDB ke satu akaun yang dikawal beliau.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Upacara pengebumian suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip yang dijadualkan minggu depan akan berlangsung dengan kawalan ketat berikutan pandemik COVID-19 selain menyaksikan kepulangan Putera Harry.
Bagaimanapun, Istana Buckingham berkata, kepulangan Putera Britain itu, tanpa ditemani isterinya, Meghan Markle.
Pengumuman itu hadir selepas putera sulung Ratu dan pewaris takhta, Putera Charles memberi penghormatan selain menzahirkan perasaan rindu kepada ayahandanya yang dipanggil Papa.
“Ayahanda saya adalah individu sangat istimewa dan sudah pasti Papa akan tersentuh dengan reaksi dan kenyataan dibuat ramai orang terhadapnya dan kami sekeluarga amat berterima kasih di atas semua itu.
“Ia amat membantu kami dalam keadaan sangat menyedihkan ini,” katanya.
Putera Philip menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100.
Menurut jurucakap istana, tempoh berkabung ditetapkan selama lapan hari dan upacara pengebumian akan berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor di barat London pada 17 April ini.
– Foto AFP
Kerajaan menetapkan peraturan ketat dengan hanya 30 individu saja dibenarkan memberi penghormatan terakhir pada upacara berkenaan, lapor AFP.
Sementara itu, pegawai istana mengesahkan Putera Harry akan menghadiri upacara berkenaan tanpa isterinya yang dinasihatkan tidak melakukan perjalanan dari Amerika Syarikat kerana sedang mengandung anak kedua mereka.
Malah, Perdana Menteri Boris Johnson tidak akan menghadiri upacara pengebumian disebabkan sekatan COVID-19.
“Perdana Menteri mahu memberi laluan kepada lebih ramai ahli keluarga diraja dan mengambil keputusan untuk tidak menghadiri upacara terbabit,” menurut jurucakap Downing Street.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Penerbangan pertama helikopter robotik Ingenuity milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) di Marikh terpaksa ditangguhkan beberapa hari lagi.
NASA berkata, penangguhan itu terpaksa dilakukan selepas terdapat beberapa isu teknikal ketika melakukan ujian pada rotor helikopter ringan berkenaan.
Katanya, ujian terhadap rotor helikopter seberat 1.8 kilogram kelmarin terpaksa dihentikan lebih awal berbanding tempoh ditetapkan berikutan masalah yang timbul.
“Pasukan kami sedang melakukan siasatan dan kajian untuk memahami isu yang timbul. Susulan daripada itu, mereka akan menetapkan semua tarikh untuk penerbangan,” kata NASA dalam kenyataan.
NASA mengesahkan, helikopter terbabit berada dalam keadaan baik dan turut menghantar maklumat ke bumi.
Berdasarkan rancangan awal, helikopter itu dijadualkan melakukan penerbangan pertamanya selama 30 saat dan akan mengambil gambar kenderaan Perseverance yang mendarat di planet berkenaan pada 18 Februari lalu.
NASA turut menyifatkan operasi helikopter terbabit amat berisiko, namun ia amat membantu dalam mendapatkan maklumat lanjut berhubung persekitaran planet berkenaan.
Penerbangan itu juga memberi cabaran besar kerana faktor atmosfera di Marikh lebih nipis, iaitu kurang satu peratus berbanding bumi.
Ini bermakna, bilah rotor helikopter terbabit perlu berpusing lebih laju berbanding kelajuannya di bumi bagi membolehkannya terbang.
Sebaik saja penerbangan dilakukan, helikopter terbabit akan menghantar maklumat teknikal kepada kenderaan Perseverance sebelum disalurkan ke bumi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PARIS: Seramai 110 orang didenda selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di sebuah restoran bawah tanah di sini manakala penganjur serta pengurus premis itu ditahan polis.
Polis Paris menerusi ciapan di Twitter berkata, anggotanya diarah ke restoran berkenaan selepas menerima aduan bunyi bising daripada orang awam.
“Semua pelanggan dikenakan denda kerana gagal mematuhi langkah kesihatan. Penganjur dan pengurus premis ditahan,” katanya.
Pejabat Pendakwa Raya pula berkata, penganjur dan pengurus premis terbabit dibebaskan dan siasatan mengenai perkara itu masih berjalan.
Dalam pada itu, seramai 62 individu didenda atas kesalahan sama ketika sedang makan tengah hari di Saint-Ouen dan polis turut menahan pengurus restoran berkenaan.
Beberapa restoran di bandar raya ini dikesan menawarkan pengalaman hidangan pra coronavirus kepada golongan kaya yang jelas melanggar SOP kesihatan ditetapkan pihak berkuasa, lapor AFP.
Perkara itu didedahkan saluran televisyen swasta yang merakamkan rakaman restoran terletak di kawasan mewah di ibu kota Perancis, memaparkan pekerja restoran dan pelanggan tidak memakai pelitup muka.
Berdasarkan rakaman itu, pelanggan dilihat menikmati hidangan kaviar dan meminum minuman keras pada harga 220 euro seorang.
Di Perancis, orang ramai tidak dibenarkan makan di restoran dan kafe sejak lima bulan lalu bagi mengekang penularan COVID-19.
Kerajaan turut melaksanakan perintah kawalan baharu di seluruh negara susulan peningkatan kes COVID-19.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 skala Richter yang berlaku di Malang hari ini mengakibatkan sekurang-kurangnya enam individu meninggal dunia.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Setakat jam 6 petang waktu tempatan, seramai enam penduduk setempat meninggal dunia dan seorang cedera parah, lapor Tribunnews.
Kediaman penduduk di Tulungagung mengalami kerosakan ringan manakala, di wilayah Trenggalek dan Kota Malang, kerosakan rumah pada kategori ringan hingga sederhana.
Namun, di Lumajang, Malang dan Blitar, terdapat kediaman yang mengalami kerosakan teruk.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengenakan sekatan ke atas perusahaan permata Myanmar untuk menyekat sumber pendapatan utama negara itu, lapor Sputnik.
“Hari ini Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan ke atas Myanmar Gems Enterprise (MGE), entiti yang bertanggungjawab ke atas semua aktiviti perniagaan batu permata di Burma (Myanmar),” kata Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Rejim tentera Burma (Myanmar) secara kejam menindas penunjuk perasaan pro-demokrasi di negara itu dan menyebabkan banyak korban, termasuk kanak-kanak.
“Tindakan hari ini menunjukkan komitmen Perbendaharaan untuk menyekat sumber pembiayaan tentera Burma, termasuk syarikat utama milik kerajaan di seluruh Burma,” kata pengarah OFAC, Andrea Gacki.
Berikutan itu, semua harta dan kepentingan entiti yang ada di AS atau dalam pemilikan atau kawalan orang AS disekat dan mesti dilaporkan kepada OFAC.
Di samping itu, mana-mana entiti yang dimiliki, secara langsung atau tidak langsung, 50 peratus atau lebih oleh satu atau lebih orang juga akan dikenakan sekatan.
“Sekatan itu tidak ditujukan kepada rakyat Burma,” kata jabatan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!