Bas bawa pelajar dan guru MRSM Kuala Lipis terbaik
BENTONG : Bas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis terbabas dan terbalik di bahu jalan di Kilometer (KM) 19, Jalan Lurah Bilut, Bentong pada jam 8.50 malam, semalam.
Seramai 9 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Pelajar dan guru yang terselamat dihantar pulang ke MRSM Kuala Lipis dengan bas lain.
Komanden Operasi Kanan, Mohd Shafie Sulong berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran jenis Hino yang telah terbabas kerana melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.
“Terdapat 31 orang mangsa di dalam bas tersebut yang terdiri daripada 1 lelaki pemandu, 2 guru lelaki, 1 guru perempuan, 15 pelajar lelaki serta 12 pelajar perempuan.
“Pemandu bas, seorang pelajar perempuan serta 3 pelajar lelaki telah mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam daripada kenderaan tersebut,” lapornya.
Katanya, kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh Pasukan Bomba Unit Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Bentong dengan menaiki ambulan.
“Mangsa yang terselamat dan tidak cedera telah dihantar pulang ke MRSM Kuala Lipis dengan menggunakan bas yang lain,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penunggang motosikal maut, isteri patah kaki dalam kemalangan
JERANTUT : Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun maut di tempat kejadian manakala isterinya yang membonceng motosikal itu patah kaki dalam kemalangan di KM17, Jalan Jerantut-Benta, dekat Kampung Som, pada jam 10.20 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun telah hilang kawalan ketika tiba di tempat kejadian.
“ Pasangan itu yang menaiki motosikal jenis SYM yang datang dari Damak ke bandar Jerantut bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan.
“Tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta Myvi telah gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu,” katanya.
Katanya penunggang yang bertugas di Ladang Risda Damak, Jerantut cedera di bahagian kepala dan punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan.
“Keputusan ujian air kecing negatif setelah menjalankan ujian terhadap pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta itu ditahan polis. Kemalangan itu diklasifikasikan Sek 41(1) APJ 1987,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Seorang penduduk sedang merakamkan gambar air Sungai Tembeling yang mula melimpah masuk di dataran perniagaan Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut malam ini. – Foto : Ihsan Penduduk Kampung Banatal.
Penduduk pesisir Sungai Tembeling dinasihatkan siap sedia dengan banjir
JERANTUT – Orang ramai khususnya yang tinggal di pesisir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang diingatkan bersiap sedia dan berhati-hati kerana tanda awal bakal berlaku banjir akibat hujan lebat berterusan berlaku.
Air Sungai Tembeling telah melimpah masuk ke dataran perniagaan dan jeti di Kampung Bantal, pedalaman Ulu Tembeling telah berlaku kira-kira jam 10 malam tadi.
Limpahan air Sungai Tembeling mula masuk ke kawasan kedai kopi, jeti bot penambang dan beberapa buah kediaman pesisir sungai tersebut mulai dimasuki air dan siren amaran telah berbunyi.
Hujan lebat sejak tiga hari lalu di kawasan pedalaman ulu menyebabkan kenaikan paras air dua batang sungai utama, iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Sepia di kawasan pedalaman Ulu Tembeling.
Berasaskan laporan di laman sosial Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat dijangka berterusan di Pahang membabitkan kawasan pedalaman termasuk Jerantut antara terkesan sejak semalam.
Penduduk Kampung Bantal Seberang, Jamizan Rashid, 44, berkata, fenomena berkenaan kerap berlaku apabila hujan lebat di ulu sungai pada penghujung dan awal tahun.
“Air mula memenuhi dataran kampung ini meliputi pondok menunggu bot penambang berdekatan jeti, kedai kopi dan laluan simen ke kawasan rumah berdekatan.
“Walau bagaimanapun, kami tidak panik kerana sudah tahu air akan melimpah memandangkan pada petang semalam paras air Sungai Tembeling mulai meningkat naik di tangga jeti bot kampung ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS – Speed Sign Radar (SSR) satu alat teknologi tempatan boleh mengukur dan memberi amaran kepada pemandu untuk mematuhi had kelajuan kenderaan masing-masing ketika melalui laluan yang dipasang alat tersebut.
Abdul Rahman (2 dari kiri) sedang melihat sambil mendengar penerangan daripada jurutera JKR mengenai alat keselamatan Speed Sign Radar di Jalan Benta – Lipis berdekatan Stesen Timbang JPJ Benta.
Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama syarikat teknologi tempatan, Vectolabs Sdn. Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telahpun memasang tiga unit Speed Sign Radar (SSR) di laluan Jalan Benta ke Lipis, semalam.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, SSR satu sistem berasaskan teknologi Internet of Things (IoT) dan Radar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna jalan raya.
“Menerusi paparan had laju kenderaan masing-masing di dashboard dan boleh juga diakses melalui applikasi tertentu dan laman web.
Alat keselamatan Speed Sign Radar yang dipasang oleh Jabatan Kerja Raya bagi mengumpul data had laju kenderaan dan jumlah kenderaan di Jalan Benta – Lipis.
“Data yang diperoleh daripada SSR secara atas talian dan ‘real-time’ seperti bilangan, jenis dan kelajuan kenderaan akan direkodkan melalui gelombang oleh Radar terus dihantar ke pengstoran awam (cloud) melalui internet,” katanya di Jalan Benta- Lipis berdekatan Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta dekat sini.
Katanya, data tersebut dianalisis boleh dijadikan sebagai maklumat bancian pengguna kenderaan di jalan raya sebagai panduan untuk perancangan pembangunan dan penyelenggaraan jalan raya seluruh negara khususnya pemanduan di jalan raya khususnya kelajuan kenderaan dan aspek keselamatan lain.
“Data yang lengkap itu digunapakai oleh pihak berkuasa seperti Polis di Raja Malaysia dan JPJ bertujuan ketidakpatuhan had laju oleh pengguna jalan raya, setakat ini sebanyak enam unit SSR telah dipasang di laluan Sungai Buluh, Kelang, Pulau Pinang dan tiga unit di Lipis.
“Keutamaan JKR memasang SSR selain untuk memperoleh data tertentu, tetapi secara langsung dapat mendidik para pengguna jalan raya mengenai keselamatan ketika pemanduan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Turut hadir di majlis tersebut, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, Naib Presiden Perhubungan Korporat, Komunikasi Resort World Genting Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman dan Ketua Polis Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar.
RM 9 juta libat jenayah siber di Bentong
BENTONG : Sebanyak 251 kertas siasatan jenayah scammer telah dibuka di Daerah Bentong yang melibatkan RM9,109,183.08 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, manakala jumlah kes penipuan berjumlah RM735,481.99 telah berlaku pada tahun yang sama.
“Pihak polis percayai banyak kes penipuan scammer berlaku tidak dilaporkan disebabkan beberapa faktor, antaranya malu rasa tertipu atau bimbang diketahui orang lain, oleh itu hanya 251 kes yang diterima pihak polis Bentong sepanjang tahun lalu.
“Orang ramai dinasihatkan jangan mendiamkan diri sekiranya telah tertipu kerana terkait dengan jenayah siber ini dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk mendapat keadilan dan perlindungan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Taklimat Scammer Tipu Alam Maya dan Kekuatan Wanita Abad Ini di Dewan Majlis Perbandaran Bentong, hari ini.
Zaiham berkata, antara kerap menjadi mangsa adalah warga emas, penjawat awam yang baru bersara dan ada permintaan untuk berkawan (love scam) melalui laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan telegram.
Katanya, orang ramai perlu berhati-hati dengan kes penipuan atas talian dan sentiasa memaklumkan kes seperti ini kepada keluarga terdekat tidak terjerat atau menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di nombor 997 untuk melaporkan sebarang kejadian penipuan kewangan dalam talian. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Bekalan ikan patin sangkar sebagai bahan utama gulai masam tempoyak yang popular di daerah ini tidak mencukupi di sini.
Ketika ditemui, Bahriah Ramli di sebuah gerai menjual ikan sangkar di Kampung Jerantut Feri tidak mendapat bekalan untuk menjamu adik-beradiknya yang balik bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.
“Saya telah pergi ke Pasar Besar Jerantut untuk mendapatkan bekalan, ada lima penjual tetapi dimaklumkan bekalan ikan tidak mencukupi.
‘Saya bergegas ke kawasan gerai penjual ikan sangkar di Jerantut Feri, bekalan tiada, yang ada ikan tilapia sahaja,” katanya.
Seorang pembeli dari Subang, Selangor yang balik ke Jerantut untuk bercuti, Rosman Mat Jidin berkata, dia hanya mendapat ikan patin bersaiz kecil kira-kira 600 gram.
“Ikan kecil kurang sedap dibuat gulai masam tempoyak kerana isinya kurang lemak, lemak ikan patin itulah antara yang menyedapkan lagi juadah ini, tetapi saya beli juga sebab sudah lama tak makan gulai masam ikan patin Jerantut,” katanya.
Seorang penjual ikan sangkar , Mohd Ali Mat Isa (48) ketika ditemui berkata sejak awal Januari tahun ini bekalan sangat kurang.
Seorang penjual ikan sangkar di gerai Kampung Jerantut Feri, Mohd Ali Mat Isa (48) ketika ditemui berkata sejak awal Januari tahun ini bekalan sangat kurang.
“Kekurangan bekalan ikan patin dipercayai faktor antaranya air yang tersangat keruh mengakibatkan banyak benih ikan mati sebelum boleh dituai.
“Saya juga ada sangkar peliharaan ikan ini, setiap sangkar dimasukkan kira-kira 2,000 benih ikan bersaiz kira-kira 5 sentimeter (sm) hingga 7 sm, tetapi yang hidup kira-kira 700 ekor sahaja,” katanya ketika ditemui, hari ini
Seorang pembekal ikan sangkar, Mohd Hafiz Salbi (29) berkata, kira-kira 70 penternak ikan sangkar di sepanjang Sungai Pahang yang terletak di Kampung Perias dan Kampung Jerantut Feri mengalami perkara yang sama.
Mohd Hafiz Salbi, kekurangan bekalan sejak awal Disember lalu bakal berlaku kalau keadaan ikan mati berterusan,
“Hanya benih yang hidup antara 500 ekor hingga 700 ekor sahaja, dipercayai masalah air sungai yang tidak sesuai.
“Kekurangan bekalan sejak awal Disember lalu bakal berterusan kalau keadaan ikan mati berterusan, kalau ada bekalan saya terpaksa mengagihan dan mencatu kepada penjual ikan agar pembeli tidak kecewa,” katanya ketika menghantar bekalan ikan patin, hari ini.
Katanya, sekarang harga makanan ikan semakin mahal, RM 84 untuk 20 kilogram sekampit, berbanding sebelum ini kira-kira RM58.
“Manakala benih ikan patin sangkar, antara 25 sen hingga 30 sen seekor, sekarang berharga 40 hingga 45 sen seekor,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Laluan Jalan Benta-Jerantut berdekatan Pejabat Felcra Jaya Putra, Laluan FT64, Seksyen 35.10, ditutup kepada semua jenis kenderaan berat.
Jalan Benta – Jerantut ditutup kepada semua kenderaan berat
JERANTUT : Dua laluan utama di daerah Jerantut ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan seberat di bawah satu tan mulai hari ini.
Laluan yang ditutup itu, Jalan Benta-Jerantut berdekatan Pejabat Felcra Jaya Putra, Laluan FT64, Seksyen 35.10, ditutup kepada semua jenis kenderaan berat dalam tempoh hampir empat bulan berikutan terdapat kerosakan pada pembetung dan struktur jalan.
Kerosakan jalan turut berlaku berdekatan simpang masuk ke Felda Lepar Utara 9, 11 dan 12 dan pula ditutup untuk kerja membaikpulih mulai 24 Januari sehingga 5 Februari ini.-Foto JKR.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abd Rahman Mohamad berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut telah memberi notis berkaitan kerosakan jalan persekutuan itu yang terletak berdekatan kawasan Damak, Jerantut yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan di bawah satu tan sahaja.
“Akibat kerosakan tersebut, laluan itu ditutup kepada kenderaan berat mulai 24 Januari hingga 23 April ini kerana kerja membaikpulih pembetung dan kerosakan jalan akan dilakukan dalam tempoh tersebut.
“Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif FT234, Jalan Sungai Jan, Jerantut – Kuala Lipis dan Jalan Kerambit – Limau Purut – Mela, manakala notis makluman dan pelan laluan alternatif sedang dikemaskini dan akan dihebahkan,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, kerosakan jalan turut berlaku berdekatan simpang masuk ke Felda Lepar Utara 9, 11 dan 12 dan pula ditutup untuk kerja membaikpulih mulai 24 Januari sehingga 5 Februari ini.
“Laluan sementara turut akan dibuka sebagai laluan alternatif untuk kenderaan berat bawah satu tan untuk berulang alik dari ketiga-tiga buah Felda tersebut dan kawasan berdekatan.
“Penutupan sebelah laluan jalan untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya sambil berharap pengguna jalan raya mematuhi papan tanda dan arahan yang telah disediakan atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Jerantut menerusi talian 09-2663040,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Hassan mengesahkan kerosakan di dua buah laluan tersebut dan berharap pengguna jalan raya berhati-hati dan berwaspada khususnya kenderaan ringan di bawah satu tan yang melalui kawasan tersebutya.
“Anggota polis juga akan kerap membuat pemantauan di kedua laluan tersebut, manakala pihak berkenaan perlu memasang papan tanda lebih awal di kedua penghujung masuk ke laluan tersebut bagi mengelakkan kenderaan dikhuatiri terbabas ke kawasan hutan dan cerun di samping kemalangan lain,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mayat pendaki dikhuatiri lemas ditemui pada jam 11.20 pagi, hari ini
Mayat pendaki dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Merapoh ditemui
LIPIS : Pendaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Taman Negara Merapoh ketika turun dari Gunung Tahan berdekatan Kuala Juram, Merapoh ditemui kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh, pada jam 11.20 pagi, hari ini.
Mayat mangsa, Haniff Harun berusia 47 tahun yang beralamat di Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu ditemui oleh 30 anggota mencari dan penyelamat (SAR) yang bersambung pada jam 8.00 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, operasi mencari yang bersambung pada jam 8.00 pagi hari ini dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan pertama melakukan pencarian di sekitar sepanjang Sungai Tanum.
“Kumpulan kedua, melakukan operasi pencarian dari Kuala Juram ke hilir sungai, manakala sekumpulan lagi menggunakan bot menyusuri sengai tersebut.
“Mayat mangsa ditemui tersangkut di dalam sungai pada jarak 300 meter dari mangsa dihanyutkan pada jam 11.20 pagi,” katanya melalui kenyataan, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Pasangan mempelai meredah banjir dengan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk ke rumah pengantin perempuan yang dinaiki air, tengah hari, semalam.
Pasangan pengantin dibawa meredah banjir untuk ke rumah pasangannya,. -Foto APM jerantut
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Jerantut, Kapten (PA) Muszaidi Musa berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.00 tengah hari, Sabtu.
Katanya, 10 orang anggota APM Jerantut menggunakan bot gentian kaca memberi bantuan kepada keluarga pengantin tersebut untuk mengangkut pengantin dan tetamu lain menyeberangi kawasan yang ditenggelami air.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemakmuran Kampung, (JPKK) Kampung Sempadan, Jamsuri Salamen berkata, kejadian hujan lebat berlaku tanpa henti sejak Jumaat sehinnga Sabtu tengah hari.
“Oleh itu, kami memohon pihak APM membantu pasangan itu, Afifah Jamisan dan Muhammad Amirul Asyraf Muhammad Daud untuk diangkut dengan bot APM ke rumah pengantin perempuan kerana laluan Jalan Sungai Relai 8, Kampung Sempadan yang ditenggelami air kira-kira 1.5 meter dalam dan sejauh kira-kira 10 meter.
“Selain itu, agar majlis kenduri kahwin itu tidak tergendala dan dapat diteruskan serta berjalan lancar, saya berterima kasih kepada pihak pengurusan APM Jerantut,” katanya.-Sahih.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Anggota SAR melakukan bantuan di tempat kejadian di SUngai Tanum, Taman Negara Merapoh, hari ini.
Seorang pendaki dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Merapoh
LIPIS : Seorang pendaki, Haniff Harun berusia 47 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Tanum, Taman Negara Merapoh ketika turun dari Gunung Tahan berdekatan Kuala Juram, Merapoh dekat sini hari ini.
Mangsa, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu, bersama 10 orang lagi telah mendaki pada 20 Januari melalui Merapoh dan dijangka turun semula pada 24 Januari.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata, akibat cuaca hujan, kumpulan ini telah berpatah balik ke Kuala Juram yang turut dipandu oleh seorang malim gunung dan seorang porter.
“Semasa perjalanan pendakian hujan lebat berlaku menyebabkan kumpulan pendaki itu tidak dapat meneruskan perjalanan dan berpatah balik ke Kuala Juram sehinggalah dimaklumkan mengenai kejadian mangsa dihanyutkan air Sungai Tanum.
“Beg galas mangsa telah dijumpai tidak jauh dari tempat kejadian, mangsa masih belum ditemui lagi,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!