Setor rumah di Taman Inderapura terbakar sepenuhnya
JERANTUT – Kejadian setor sebuah rumah di Jalan 6, Taman Inderapura dekat sini terbakar sepenuhnya pada jam 9.30 pagi hari ini
Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut, , Shuaimi Muhammad melaporkan, kejadian kebakaran setor berkeluasan 15 kaki x 20 kaki jenis separuh kekal yang dijadikan tempat simpanan barang lusuh dan baja.
Katanya, pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki, nozle dan satu aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba.
“Seramai lapan anggota BBP Jerantut bersama dua buah jentera digerakkan ke tempat kejadian. Kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Memasak mi segera di stesen minyak Genting Highlands undang kebimbangan orang ramai
BENTONG – Perbuatan sekumpulan pemilik kenderaan memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands mengundang kebimbangan dan kegusaran orang ramai yang berada di situ.
Kejadian itu ditularkan melalui satu klip video berdurasi 50 saat memaparkan kumpulan itu sedang melakukan aktiviti memasak.
Ketua Polis daerah Bentong, Superitendan Zahiam Mohd Khar berkata, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima satu laporan polis berkaitan kes itu kira-kira jam 12.35 tengah hari, hari ini.
“Hasil siasatan pihak polis mendapati, klip video tersebut telah tular melalui satu laman sosial Twitter (X) dan telah dimuatnaik pada 13 mei 2024.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya melalui siaran media hari ini.
Zaiham berkata, beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
“Pihak polis Bentong akan mengambil tindakan tegas dan akan membuat operasi bersepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.
“Pihaknya mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan yang berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain yang melalui lokasi berkenaan,” katanya. – SAHIH.
Video : https://pandulaju.com.my/masak-mi-segera-di-stesen-minyak-genting-highlands-kumpulan-honda-jazz-teruk-kena-kecam/
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pergunungan Titlis yang puncaknya sering diselimuti salji ialah sebuah gunung yang terletak di Uri Alps, bersempadan antara Canton Obwalden dan Bern pada ketinggian 3,238 meter (10,623 kaki) dari atas paras laut menjadi idaman setiap pengunjung ke Switzerland.
Pengunjung Dari Malaysia berada di Pergunungan Titlis,Switzerland
Pergunungan ini merupakan puncak tertinggi antara Bernese Oberland dan Switzerland Tengah dan boleh diakses dari Engelberg di sebelah utara dan terkenal sebagai tapak kereta kabel berputar pertama di dunia.
Sistem kereta kabel menghubungkan Engelberg (996 meter /3,268 kaki)) ke puncak Klein Titlis pada ketinggian 3,028 meter ( 9,934 kaki)) melalui tiga peringkat Gerschnialp (1,262 m /4,140 kaki), Trübsee (1,796 m /5,892 kaki) dan Berdiri (2,428 m /7,966 kaki).
Pada 2016, laluan terus telah dibina yang memintas Geraschnialp ke Trübsee.
Pergunungan Titlis di Engelberg terletak kira-kira sejam perjalanan dari Lucerne, dalam perjalanan ke situ pengunjung disajikan dengan pemandangan yang indah.
Indahnya Pergunungan Titlis,Switzerland
Setibanya di Stesen Engelberg, terdapat dua pilihan untuk ke Stesen Gondola Titlis.
Pertama dengan menaiki bas shuttle percuma ataupun dengan berjalan kaki mengambil masa kira-kira 10 minit dari Stesen Engelberg.
Terdapat gondola Rotair (berputar) dari stesen gondola Strand ke Titlis.
Dari “base station” boleh menaiki gondola biasa dan bertukar ke gondola Rotair dan turun di Stesen Strand.
Gondola Rotair ini berbentuk bulat dan akan berpusing 360 darjah, semua pelancong dapat menikmati keindahan sekeliling pergunungan Titlis.
Keindahan memukau dengan salji memutih keseluruhan kawasan pergunungan itu sehingga pengunjung sukar untuk meninggalkan tempat ini. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hasrat penunggang maut dalam perjalanan jumpa tunang
LIPIS : Seorang penunggang motosikal berhasrat bertemu tunang di Kampung Batu Balai tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di KM 9, Jalam Jerantut- Benta berdekatan Kampung Kemahang, pada jam 1.20 tengah hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, penunggang yang maut, Ahmad Solihin Fazuni berusia 21 tahun dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu menuju ke rumah tunangnya di Kampung Batu Balai, Jerantut.
“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa melalui jalan berselekoh dan motosikal yang ditunggangnya telah bertembung dengan lori treler dengan muatan tandan sawit yang dipandu oleh awrag temoatan berusia 40 tahun yang datang dari arah Jengka, Maran
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes disiasat bawah seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan (APJ) 1987.
Katanya, penunggang motorsikal berada di bawah lori treler itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Katanya, pihak polis memohon Kerjasama pihak yang melihat kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sungai Tembeling dekat Kampung Bantal Seberang mula mengering ekoran musim kemarau
50 penduduk Kampung Bantal mengadakan solat istisqa’ di Ulu Tembeling, Jerantut
JERANTUT : Lima puluh orang jemaah penduduk Kampung Bantal menyertai solat sunat istisqa’ dua rakaat dengan diimamkan oleh Kadi Daerah Jerantut, Izzuddin Datuk Abd Mutalib di dataran berpasir, Kampung Bantal Seberang, kira-kira jam 11.30 pagi, hari ini.
Solat tersebut diadakan ekoran musim kemarau yang berlaku hampir kira-kira tiga bulan menyebabkan keadaan sungai tersebut semakin cetek dan menjadi seolah-olah padang pasir.
Kata Izzudin, mereka mengadakan solat sunat itu memohon kepada Allah SWT ampunkan segala dosa dan menurunkan hujan serta rahmat daripadaNya untuk menghindarkan daripada bencana lain
“Kita berikhtiar dan memohon daripada maha esa agar dapat menurunkan hujan khsusunya di Sungai Tembeling setersunya ke Sungai Pahang yang menjadi sumber pendapatan kebanyakan penduduk yang tinggal di persiisran sungai ini.
“Kita memilih lapangan solat sunat istisqa’ di dataran berpasir Sungai Tembeling untuk krana kawasan di daerah ini memandangkan fenomena El-Nino dan cuaca sangat panas berlanjutan hampir tiga bulan di kawasan ini,” katanya ,” katanya selepas menunaikan solat sunat tersebut di Kampung Bantal, Ulu Tembeling dekat sini, hari ini.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Warga emas maut dalam kemalangan setelah selesai beraya di Kelantan.
LIPIS : Seorang warga emas wanita berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta yang dipandu anak lelakinya terlibat dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) dekat sini pada jam 6.45 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, ketika tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu oleh lelaki warga tempatan bersama ibu, isteri dan tiga anak telah melanggar belakang lori yang membawa muatan kayu getah ke sebuah kilang kayu di Padang Tengku.
“Dalam siasatan awal, kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori tersebut.
“Kedua-dua kenderaan tersebut dari arah yang sama dan kereta itu yang datang dari arah Kampung Labok, Machang untuk pulang ke Puncak Alam setelah selesai bercuti hari raya, “katanya dalam kenyataan media, semalam.
Katanya, wanita yang maut, Sharifah Abu Bakar yang duduk di hadapan bahagian penumpang meninggal dunia, manakala pemandu kereta, isteri pemandu dan ketiga -t iga anaknya yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk mendapat rawatan selanjutya.
“Pemandu lori seorang warga tempatan bersuai 51 tahun tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masjid Felda Jengka 24 julung kali ada majlis Tadarus secara besar-besaran
JERANTUT – Buat julung kalinya program Tadarus Al-Quran diadakan secara besar-besaran dengan disertai 200 peserta menyertai majlis itu di Masjid Assobirin Felda Jengka 24 dekat sini.
Razak Daud menympaikan sumbangan kepada peserta Tadarus di Masjid Assobirin Felda Jengka 24.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, sebelum ini majlis tadarus hanya diadakan dalam bilangan peserta yang kecil.
“Buat julung kalinya dalam tempoh 40 tahun, majlis secara besar-besaran ini berjaya diadakan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
“Oleh kerana kesedaran masyarakat dalam betapa pentingnya menghidupkan bacaan Alquran dalam bulan Ramadan, maka bilangan untuk menyertainya bertambah,” katanya di sini.
Katanya, di majlis itu 200 peserta yang menyertai majlis tadarus itu turut menerima sumbangan sebagai tanda kerjasama yang diberikan walaupun dalam kesibukan tugas harian dan mereka ini juga adalah tenaga kerja yang menyediakan masakan bagi majlis Iftar di Masjid Assobirin Felda Jengka 24.
“Kita akan teruskan program seperti ini di tahun hadapan dalam bilangan yang besar dan akan berfokus kepada generasi muda.
“Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan Felda yang turut memberi sokongan yang terbaik serta turut dibantu GPW yang memainkan peranan yang berkesan,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mahu menunaikan solat sunat Aidilfitri terpaksa balik kerana setiap ruang majlis Assobirin telah dipenuhi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dr Abdul Fattah (depan lima dari kanan) merakam kenangan bersama-sama penerima baucar Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2024/1445H, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bukan sahaja maju dalam perniagaan tetapi turut mengambil usaha untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib dalam meneruskan kehidupan harian.
Justeru itu, ANGKASA bersikap ambil peduli membantu mereka itu terutama dalam situasi sekarang apabila terpaksa berdepan dan menghadapi pelbagai masalah ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dr Abdul Fattah Abdullah
Presidennya merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, berkata masalah sedemikian belum pernah berlaku dan beliau khusus ANGKASA turut menerima tempias apabila bermacam-macam orang meminta bantuan.
Menurutnya, perkara itu berlaku apabila harga beras di samping barangan makanan asas melambung tinggi harga dan keadaan itu sudah pasti menjadi bebanan serta terkesan kepada keluarga yang memiliki ramai tanggungan menetap di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
Tambahnya, perkara sedemikian amat jauh berbeza bagi mereka yang menetap di kampung kerana boleh melakukan pelbagai ikhtiar bagi menyara keluarga seperti bercucuk tanam atau berternak tetapi di bandar apabila tiada duit akan menimbulkan masalah.
“Dalam hal sedemikian biasanya anak-anak tidak faham masalah dihadapi keluarga mereka kerana itu ANGKASA terpanggil untuk membantu seperti memberi baucar untuk membeli barangan makanan asas seperti beras, susu, gula, tepung gandum dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) CoopCare Rezeki Ramadan ANGKASA 2024/1445H di Dewan Dato’ Mohd Ali Baharum, Wisma Ungku A. Aziz ANGKASA, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Pada program itu, Dr Abdul Fattah menyampaikan tiga baucar bernilai RM1,000 kepada tiga rumah kebajikan iaitu Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Pusat Jagaan Rumah Nur Sakinah dan Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal (Hajah Kamariah).
Manakala baucar RM100 diberikan kepada 70 kariah masjid sekitar Kelana Jaya, 50 kakitangan ANGKASA dan 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata. Semua baucar itu untuk pembelian barangan makanan asas di ANGKASAMART.
Beliau berkata, walaupun jumlah baucar itu tidak seberapa namun diharapkan dapat meringankan bebanan keluarga yang terbabit terutama untuk mengembirakan hati mereka dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Jelasnya, seperti tahun sebelum ini ANGKASA menyediakan peruntukan yang besar untuk program CSR walaupun menyedari mereka disantuni dan dibantu itu sudah menerima pelbagai bantuan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau korporat lain.
“Ini sekali gus menunjukkan kami berada di luar sentiasa bersikap ambil peduli nasib mereka yang timpa musibah dan akan berusaha untuk membantu setakat termampu supaya masalah berkenan tidak terus menjadi beban,” ujarnya.
Dr Abdul Fattah menjelaskan, program berkenaan dilancarkan dengan bertujuan membantu mereka dalam kalangan asnaf dan kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Petaling Jaya bersempena dengan penganjuran Karnival ANGKASAMART Kelana Jaya yang bermula pada 26 Mac 2024.
Menurutnya, projek barangan asas 100 (BA 100) merupakan inisiatif ANGKASA bagi menawarkan pembelian barangan asas dengan harga berpatutan dalam usaha membantu rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
“Ia juga usaha ANGKASA untuk mendapatkan sokongan penuh kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Program CSR ANGKASA ini juga adalah inisiatif kami memenuhi tanggungjawab sosial dari segi menyumbang dalam usaha, tenaga serta keperluan sosioekonomi masyarakat yang memerlukan bantuan dan sebagainya,” ujarnya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Mohd Syukri Bakar turut memasang dua unit tangki besar untuk menampung keperluan harian keluarganya.
Penduduk Kampung Bukit Nikmat sering terputus bekalan air
JERANTUT – Penduduk Kampung Bukit Nikmat dekat sini sering terputus bekalan air dan mengambil inisiatif membuat tangki, membeli tong dan menyediakan besen menyimpan bekalan air bersih sejak dua tahun lalu.
Usaha itu dilakukan berikutan masalah air yang dihadapi kira-kira lima tahun lalu yang didakwa berpunca daripada masalah paip yang kerap pecah.
Peniaga kedai makan, Rosnida Mansor berkata, dia membelanja kira-kira RM500 dengan memasang tangka besar dan tangki mini di kedainya.
“Sejak berniaga di sini lebih lima tahun lalu, perniagaan terganggu kerana sering terputus bekalan air,
“Sedikit sebanyak merencat perniagaan oleh itu saya ambil keputusan beli tong simpan air sejak dua tahun lalu untuk lancarkan urusan,” katanya.
Seorang penduduk Kampung Bukit Nikmat Hulu, Mohd Syukri Bakar, 45, berkata, walaupun ada alternatif pihak berwajib menyediakan tangki dan menghantar air ketika berlaku putus bekalan, tetapi masih tidak mencukupi kerana kemudahan itu digunakan oleh banyak rumah.
“Masalah ini tidak selesai walaupun ada bekalan air dihantar ke kampung ini oleh pihak berkaitan tetapi masih tidak mencukupi dan selesai.
“Saya telah menyediakan dua buah tangki besar berjumlah 4, 500 liter untuk menampung keperluan rumah sendiri tetapi cuma bertahan hingga dua tiga hari sahaja,” katanya.
Katanya, kekerapan paip lama berlaku kebocoran walaupun segera dibaiki oleh pihak berwajib, tetapi penduduk yang tinggal berjauhan dari jalan dan tempat tinggi akan menghadapi masalah yang teruk.
Katanya, difahamkan, masalah paip pecah berikutan paip lama dianggar berusia lebih 40 tahun yang menjejaskan kira-kira 2,000 penduduk.
Sementara aktivis masyarakat, Datuk Ridzuan Mansor berkata, di Kampung Bukit Nikmat dan kampung-kampung lain yang menggunakan saluran paip utama tersebut kerap menghadapi terputus bekalan air.
“Di kampung ini yang terletak kira-kira di penghujung saluran paip, selang sehari akan mengalami masalah air, malah hampir kira-kira seminggu.
Katanya, diharap pihak kerajaan dapat menggantikan paip lama supaya kemudahan bekalan air ke kampung itu dan di kampung berdekatan tanpa gangguan selain jaminan kesihatan penduduk pada masa akan datang.
“Pihak kerajaan perlu membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu berdekatan perkampungan pesisir Sungai Pahang bagi menampung bekalan air daripada LRA Jengka Lapan memandangkan bilangan pengguna semakin meningkat.
“Selain Kampung Bukit Nikmat, kampung lain yang terjejas termasuk Kampung Masjid , Kampung Kedondong, Kampung Batu Leja, Kampung Kelola yang terletak di sepanjang Jalan Pulau Tawar- Bukit Nikmat turut mengalami masalah yang sama.- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN : Sebuah rumah separuh kekal terbakar hampir sepenuhnya di Blok 20, Jengka 20, pada jam 8.27 malam ini.
Komander Operasi, Nor Dzaini Md Zin melaporkan rumah jenis separuh kekal berukuran 30 kaki x 80 kaki, mengalami 95 peratus terbakar tetapi tidak melibatkan mangsa.
Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bompa dan Penyelamat Bandar Jengka bersama sebuah jentera turut di bantu oleh lima anggota dari BBP Kuala Krau (Balai Bantuan) bersma sebuah jentera.
“Anggota bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos sepanjang 100 kaki dengan bantuan air tangki pam jentera bomba,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!