Treler melintang laluan ke Kuala Tembeling, orang ramai berhati-hati
JERANTUT – Orang ramai yang menggunakan laluan ke Kuala Tembeling berhati-hati kerana berlaku sebuah treler yang gagal mendaki Bukit Mentimun dan melintang di atas jalan itu, kir-kira jm 7.00 pagi ini.
Sehingga sekarang dilaporkan hanya kenderaan kecil boleh melalui kawasan sempit yang melepasi kawasan kejadian.
Seorang pengguna laluan itu yang dikenali Suhaimi berkata, kawasan laluan berbukit ke Kuala Tembeling atau sebaliknya memang kerap berlaku kejadian kenderaan berat yang sering tersangkut berlaku.
“Apabila berlaku kejadian seperti ini mengakibatkan pengguna laluan itu terganggu sehingga kenderaan berat itu dialihkan.
“Kadang-kadang terganggu sehingga berjam-jam untuk melepasi kawasan itu selepas kenderaan dialihkan,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : ANGGOTA APM membantu menghantar 11 calon SPM ke SMK Kampung Raja dekat sini, berikutan jalan ditutup ekoran berlaku tanah runtuh. ihsan APM Cameron Highlands
11 calon SPM SMK Kampung Raja naik trak APM ke sekolah
CAMERON HIGHLANDS : Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu menghantar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Raja dekat sini, berikutan jalan ditutup ekoran berlaku tanah runtuh.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang Tiga, Blue Valley, Cameron Highlands pada jam 3.15 pagi ini.
Pegawai APM Daerah Cameron Highlands , Leftenan (PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi berkata, seramai 11 calon SPM dari SMK Kampung Raja diangkut ke sekolah berkenaan menggunakan beberapa buah trak.
“Calon yang tinggal di sekitar Prima Kampung Raja, Blue Valley dan sekitar Lojing dibantu untuk diangkut ke sekolah berkenaan pada jam 7.30 pagi.
“Kejadian tanah runtuh itu berlaku dipercayai telah mengalami kejadian hujan lebat yang berterusan bermula dari petang semalam sehingga pagi ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Sembilan belas bayi tahun baharu 2025 dilahirkan di negeri ini, hari ini.
Bayi pertama lelaki dilahirkan pada jam 12.12 pagi antara sepuluh bayi lelaki dan sembilan bayi perempuan dilahirkan.
Sepuluh kelahiran berlaku di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, dua di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, Bentong (2), Lipis (2), Raub (1), Pekan (1), Cameron Highlands (1).
Kelahiran mengikut kaum, sepuluh bayi Melayu, Orang Asli (3), Cina (2), India (1), lain-lain (3). Manakala, 15 kelahiran biasa dan empat melalui pembedahan sehingga jam 11.00 pagi ini. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Safwan Ramlee (kanan) bersama-sama pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan merakamkan kenangan selepas bekerjasama membersihkan bilik warga emas dan kemudahan yang disediakan di PJNH.
Pelajar Maahad Tahfiz serta program jalinan mesra
MEMBENTUK sahsiah diri untuk memiliki keperibadian mulia dalam menuntut ilmu apabila berada dalam komuniti masyarakat menjadi pendorong kepada 25 pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan, Bandar Tasik Kesuma menyertai Program Jalinan Kasih di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor.
Program anjuran kumpulan Muslimah Masjid Rinching Hulu itu adalah untuk menyantuni warga emas yang terdampar di pusat jagaan berkenaan sebagai salah satu kegiatan amal kebajikan komuniti yang diadakan baru-baru ini.
Pengerusi maahad tahfiz berkenaan, Safwan Ramlee, berkata dia bersama-sama pelajarnya terpanggil untuk menyertai kumpulan muslimah apabila menyedari program itu memberi landasan terbaik dalam membentuk budi pekerti mulia.
Menurutnya, seharian pelajar terbabit mengikuti pengajian al-Quran dan agama mereka wajar diberi peluang untuk mendekati komuniti dengan membabitkan diri dalam program kemasyarakatan, belajar bersopan santun dan menghormati mereka yang lebih tua.
Mengagihkan sarapan kepada warga emas sebelum duduk untuk makan dan minum bersama-sama.
Tambahnya, program yang dianjurkan oleh kumpulan muslimah itu mampu memupuk nilai murni, serta beradaban perlu ada pada seseorang khusus generasi muda terutama mereka yang memiliki didikan agama kerana akan menjadi contoh dan teladan baik.
“Jika tidak bertindih dengan kegiatan di maahad tahfiz saya akan terus membawa pelajar untuk mengikuti program kemasyarakatan sedemikian termasuklah seperti mengunjungi rumah anak yatim, keluarga miskin, asnaf disamping membantu dalam kerja gotong-royong di masjid atau surau.
“Langkah ini juga sebagai menghormati serta menyokong program amal kebajikan komuniti yang dianjurkan jawatankuasa masjid termasuk membabitkan kumpulan muslimah,” ujarnya pada majlis perasmian program berkenaan di PJNH.
Turut hadir pada majlis itu, ketua kumpulan muslimah berkenaan, Hayati Yusuf; Setiausaha Masjid Rinching Hulu, Fadzil Mohd Abdullah; Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Bendahari Masjid Rinching Hulu, Rohana Sulaiman; Penolong Bendahari Pertubuhan Sukarelawan Kasih (PSK), Hasiatun Abdullah; ahli kumpulan muslimah; dan PSK.
Pada program itu, kumpulan muslimah dan PSK turut menghulurkan sumbangan barangan keperluan asas dan wang sebelum berganding bahu bersama-sama pelajar maahad tahfiz terbabit menyantuni warga emas dengan mengagihkan sarapan dan makan tengah hari, membersih bilik penghuni, kemudahan serta memotong rumput di luar pagar PJNH.
Berucap pada majlis itu, Hayati berkata, kumpulan muslimah berkenaan menzahirkan rasa terharu dan bangga dengan sikap bertanggungjawab dan amanah petugas PJNH selain dibantu sukarelawan menyantuni warga emas tanpa berasa jemu.
Jelasnya, kehadiran mereka ke pusat itu dengan mengadakan program amal kebajikan diharapkan dapat mengembirakan hati warga emas terbabit kerana ada antara mereka seperti yang dimaklumkan pihak pengurusan amat merindui ahli keluarga.
“Dengan membawa bersama-sama pelajar maahad tahfiz ini yang rata-rata masih remaja sekurang-kurang dapat meredakan kerinduan warga emas terhadap anak atau cucu mereka selepas sekian lama berpisah.
“Ia juga memberi pendedahan kepada pelajar tahfiz ini mengenai keperluan memelihara hubungan baik dengan ibu bapa sehingga mereka tua dan pergi mengadap Ilahi selain dapat menabur bakti kepada warga emas di pusat berkenaan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Rosmawati (duduk kiri) bersama-sama Ahli PUSPANITA Cawangan KKR, JKR dan CIDB merakamkan kenangan dengan warga emas Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang, Selangor.
PUSPANITA KKR manfaat sumbangan kepada yang memerlukan
Wang yang diinfak penyumbang kepada tabung Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dimanfaatkan semula untuk mereka yang memerlukan bantuan sebagaimana diuar-uarkan Kerajaan Madani.
Pengerusi PUSPANITA Kementerian Kerja Raya (KKR), Datin Seri Rosmawati Hassan, berkata saranan yang disuarakan Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan, Datin Sri Maheran Jamil dalam satu majlis baru-baru ini wajar diberi perhatian semua pucuk kepemimpinan PUSPANITA kerana masih ramai insan yang memerlukan pembelaan.
Rosmawati Hassan (empat dari kiri) melakukan gimik penyerahan barangan keperluan asas kepada Mohiadin.
Menurutnya, Yang Dipertua mahukan PUSPANITA bergerak aktif membantu masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum kerana mereka berhak menerima sumbangan yang diinfak penyumbang kepada PUSPANITA.
“Bagi pusat jagaan warga emas adalah tidak mampu untuk kita menjaga atau mengurus mereka, maka adalah bermanfaat jika PUSPANITA menghulurkan sumbangan yang diperlukan pihak pengurusan sebagai meringankan bebanan kos operasi,” ujarnya ketika menyuarakan saranan Yang Dipertua PUSPANITA.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ziarah Kasih anjuran PUSPANITA Cawangan KKR di Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), Beranang, Selangor, baru-bru ini.
Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado; Pengurus PJNH, Kairul Ahmad; dan wakil serta ahli PUSPANITA cawangan dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan pesara.
Program CSR berkenaan dimulakan dengan sesi suai kenal bersama pengurusan PJNH, warga emas, aktiviti permainan menyantuni penghuni yang dikendalikan oleh Setiausaha PUSPANITA Cawangan JKR, Normawati Mohamad, menukar cadar tilam dan diakhiri dengan makan tengah hari serta penyampaian sumbangan barangan keperluan asas disamping wang derma.
Rosmawati berkata, program CSR berkenaan merupakan usaha biro kebajikan PUSPANITA itu dalam merealisasikan kerja amal kebajikan serta menunjukkan keprihatinan KKR menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar termasuk mereka yang memerlukan pembelaan dan bantuan sokongan.
Menurutnya, usaha itu menepati saranan Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan yang menyarankan supaya wang sumbangan orang ramai digunakan atau dipulangkan semula kepada masyarakat menerusi program SCR termasuk di pusat jagaan warga emas sebagaimana diuar-uarkan Kerajaan Madani sekarang.
Justeru itu, tambahnya, program CSR berkenaan juga menjadi platform untuk PUSPANITA cawangan KKR meneruskan jalinan hubungan silaturahim dengan PJNH di samping sebagai penghargaan kepada pengurusan serta petugas yang jujur dan bertanggungjawab menjaga warga emas.
“Saya juga amat berharap program SCR ini turut membuka minda dan kesedaran serta memupuk semangat kepada ahli untuk bertanggungjawab menjaga ibu bapa selagi mereka masih hidup,” ujarnya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
NGO santuni penduduk PPR sekitar Lembah KlangMimi Liana Nasharuddin dan Mohd Nazri Abdul Latif (enam dari kanan) bersama-sama Ahli Bekind Malaysia dan PSK melakukan penyerahan sumbangan kepada PJMM.
PROGRAM Eco Free Market (EFM) menjadi medan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bekind Malaysia menyantuni dan meringankan bebanan kos hidup penduduk yang menetap di program perumahan rakyat (PPR) sekitar Lembah Klang sejak tiga tahun lalu.
Menerusi program yang menepati konsep inklusif di bawah Malaysia Madani itu juga NGO berkenaan turut membela nasib gelandangan, keluarga miskin, asnaf, anak yatim, pusat tahfiz dan pusat jagaan warga emas selain mereka yang ditimpa musibah supaya dapat meneruskan kehidupan.
Pengerusinya, Mimi Liana Nasharuddin, berkata program itu adalah platform digunakan oleh NGO berkenaan untuk mendapatkan pelbagai barangan termasuk keperluan asas harian yang akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.
Ahli Bekind Malaysia, Pertubuhan Sukarelawan Kasih dan warga emas merakamkan kenangan bersama-sama tetamu jemputan yang hadir pada Program Sarapan Santai Bersama Warga PJMM, Semenyih, Selangor.
Menurutnya, apabila program itu hendak diadakan di satu-satu lokasi, BeKind akan meneliti secara terperinci keperluan yang diperlukan oleh penduduk atau komuniti terbabit sebelum menguar-uarkan menerusi media sosial bagi mencari dan mengumpul sumbangan daripada pelbagai pihak.
Tambahnya, selain mereka menghantar ke tempat EFM, lokasi yang bakal dikunjungi seperti PPR akan digunakan untuk menjadi medan pengumpulan barangan sumbangan, manakala penduduk atau komuniti di situ akan dimaklumkan untuk datang mengambil barangan yang mereka perlukan.
Jelasnya, menjadi kebiasaan dan mematuhi peraturan PPR terbabit lokasi atau tempat menjadi pengumpulan barangan sumbangan orang ramai itu terlebih dipersetujui dan mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan bagi memastikan program EFM berjalan lancar.
“Penduduk atau komuniti PPR ini akan turun pada masa ditetapkan bagi mengambil keperluan untuk keluarga mereka seperti barangan dapur, pakaian terpakai, pinggan mangkuk dan sebagainya secara percuma.
“Bagi sesetengah program pula kami akan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh NGO lain di satu-satu tempat apabila dimaklumkan dengan menyumbangkan barangan yang diinfak orang ramai untuk diagihkan,” katanya ketika ditemui pada Program Sarapan Santai Bersama Warga Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, Selangor, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Kasih (PSK) baru-baru ini.
Pada program berkenaan, selain PSK menghulurkan sumbangan wang derma, Bekind Malaysia turut mengagihkan barangan keperluan asas seperti minyak masak, sabun pencuci, beras, gula, kicap dan sebagainya kepada PJMM.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi PJMM, Azman Rasman; Setiausaha dan Pengurus PJMM, Muhammad Syafiq serta Sazali Mohiden; Pengerusi PSK, Mohd Nazri Abdul Latif; Ahli Pertubuhan Seni Silat Gayung Patani Malaysia, Putrajaya; Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seksyen 6, Rinching, Selangor; dan Ahli Kelab Sukarelawan Mahmudah (KESUMA’24).
Program yang bermula jam 8.30 pagi itu dimulai dengan acara bersarapan bersama-sama warga emas PJMM, senaman ringan bagi membina kecergasan serta kesihatan, persembahan seni silat gayung Patani dan karaoke.
Mimi Liana berkata, program EFM mendapat sambutan memuaskan yang terpaksa diadakan dua kali sebulan di beberapa lokasi khususnya PPR yang berbeza kerana memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Jelasnya, mereka yang menyumbang itu boleh melihat sendiri bagaimana agihan dibuat oleh ahli Bekind Malaysia kepada penduduk atau komuniti, dan mereka sudah tentu berpuas hati apabila sumbangan berkenaan sampai kepada sasaran yang dihajati.
“Bekind Malaysia akan terus bertanggungjawab melaksanakan kerja amal kebajikan ini dengan amanah demi menyantuni dan membela mereka yang memerlukan sokongan serta bantuan untuk kelangsungan hidup disamping menyempurnakan hajat penyumbang atau penginfak,” ujarnya lagi.
Sementara itu Mohd Nazri berkata, program yang kali kelima diadakan itu adalah bagi merapatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah 130 ahli keluarga PSK dengan warga emas dan pengurusan PJMM, di samping menghulurkan sumbangan yang diinfak orang ramai.
Tambahnya, dengan cara itu juga PSK dapat menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai kewujudan pusat jagaan berkenaan yang memikul tanggungjawab secara sukarela menjaga warga emas yang memerlukan tempat berlindung selepas disisihkan ahli keluarga dan hidup sebatang kara.
Menurutnya, tanpa program sedemikian masyarakat mungkin tidak ambil peduli khususnya untuk berkongsi rezeki bagi membantu pengurusan pusat jagaan itu yang beroperasi tanpa mengenakan sebarang bayaran dan bergantung sepenuhnya kepada infak atau sumbangan orang ramai termasuk dari segi kewangan.
Jelasnya, pada program berkenaan, PSK menjemput ahli Seni Silat Gayung Patani untuk membuat persembahan pelbagai teknik serta tektikal persilatan gempur bagi menghiburkan hati warga emas sebelum mereka mengikuti acara karaoke.
“Di samping PJMM, sejak penubuhan PSK pada 2017 sudah membabitkan pelbagai program amal kebajikan seperti menziarah rumah anak yatim, pusat tahfiz, keluarga miskin dan asnaf serta pusat jagaan warga emas sekitar Semenyih, Bangi, Kajang dan Serdang.
“PSK amat berharap program amal kebajikan dianjurkan itu menepati juga saranan Malaysia Madani hari ini yang mahukan pelbagai usaha dibuat dalam membantu menzahirkan budaya sihat serta memupuk semangat muhibah dan perpaduan kaum,” ujarnya. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dua lokasi dinaik air, pengguna guna jalan alternatif ke Lipis
JERANTUT : Dua laluan ke bandar Kuala Lipis dari bandar Jerantut ditutup kepada semua kenderaan apabila laluan itu ditenggelami air pada jam 10..00 malam ini.
Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare (M) Sdn. Bhd, memaklumkan dua tempat yang ditenggelami air berlaku di Jambatan Sungai Kerak ditenggelami air sedalam satu meter dan pada jarak 60 meter.
“Manakala, jalan ke Kuala Lipis di Kampung Sepial turut ditenggelami air sedalam satu meter dan jarak ditenggelami air sejauh 450 meter.
“Kedua-dua lokasi itu menunjukkan trend air menaik,” katanya.
Katnya, pengguna laluan itu untuk ke Kuala Lipis boleh menggunakan jalan alternatif Jalan Jerantut- Benta-Lipis. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Tanaman ‘sawah padi’ beg poli di kawasan Pejabat Pertanian Daerah Jerantut
Selama ini umum mengetahui padi hanya boleh ditanam di kawasan yang luas seperti sawah konvensional.
Pejabat Pertanian Jerantut telah melakukan cubaan menanam padi boleh di dalam beg poli yang bersaiz 45 sentimeter (18 inci) dan sembilan beg poli boleh dimuatkan dalam satu meter persegi (1 meter pesegi).
Jurucakap Pejabat Pertanian Daerah Jerantut berkata, hasil padi boleh dituai kira-kira dua kilogram beras daripada sembilan beg poli.
“Andai ada 100 meter persegi , boleh memuatkan 900 beg poli dan menghasilkan 200 kilogram beras dan ini boleh membekalkan kepada keluarga yang menanam untuk kegunaan antara empat hingga lima bulan.
“Kepada orang awam yang mempunyai kawasan lapang di halaman rumah terutama di kawasan Felda atau kampung tradisional boleh mencuba kaedah tanaman padi dalam beg poli,” katanya.
Katanya, Kalau ada kawasan lapang seluas 100 meter persegi atau kawasan berukuran 10 meter x 10 meter, boleh memuatkan 900 beg poli.
“Kaedahnya sangat mudah hanya memerlukan penjagaan sahaja, pada peringkat awal tanah di dalam beg poli perlu dirawat.
“Tanah tu perlu menggunakan tanah jenis ‘topsoil’ yang telah digaul dengan baja, sebaiknya menggunakan baja organik dan tahap pH bersesuaian dalam bacaan antara 5pH ke 6pH.
Katanya, tanaman ini tidak perlu disiram kerana ada takungan yang berisi air yang melembabkan tanah dalam beg poli.
“Tuaian boleh dilakukan kira-kira tiga hingga empat bulan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto : Petugas diangkut menyeberangi Sungai Kerak semalam. -Ihsan APM Jerantut
12 orang petugas Ujian Lisan SPM diangkut dengan bot seberang Sungai Kerak, Jerantut
JERANTUT : Seramai 12 orang pengawas yang mengendalikan peperiksaan Ujian Lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diangkut dengan bot gentian kaca Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyeberangi Jambatan Sungai Kerak yang diitenggelami air, semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Daerah Jerantut berkata, kesemua petugas pengawas peperiksaan diangkut untuk melancarkan perjalanan tugasan Ujian Lisan SPM 2024 yang bermula pagi ini.
“Pengawas tersebut ditugaskan di dua sekolah iaitu, Sekolah Menengah Agama (SMA) Al- Basriah, Kuala Tembeling seramai enam petugas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tembeling seramai lima petugas, pagi ini.
“Apabila semua petugas sampai ke Seberang jambatan menghala ke Kuala Tembeling, semua petugas diangkut pula dengan menggunakan kenderaan pacun mepat roda,” katanya.
Katanya, kesemua mereka turut angkut balik menggunakan bot yang sama pada jam 4.00 petang tadi selepas sesi ujian lisan hari ini selesai.
“Laluan Jerantut – Kuala Tembeling telah ditenggelami air sedalam 0.76 meter dan jarak sejauh 80 meter di Jambatan Sungai Kerak dan trend air masih menaik. Manakala di Jambatan Kuala Teh, Kampung Teh masih boleh dilalui,” katanya. SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bangkai gajah hanyut di Sungai Pahang, nelayan sungai terkejut
JERANTUT : Seorang nelayan sungai terkejut melihat seekor bangkai gajah hanyut di Sungai Pahang di Lubuk Penor, Kampung Besul, dekat sini kira-kira jam 6.00 petang semalam.
Nelayan sungai itu, Azman Yusoff (54) berkata, dia telah turun ke kawasan sungai berseorangan di situ untuk menjaring ikan yang sudah menjadi kelazimannya.
“Saya memang mencari rezeki dengan menjaring atau memancing di sepanjang Sungai Pahang berdekatan kawasan Kampung Besul sehingga ke Kampung Pulau Mansok.
“Ketika saya menaiki bot dan mahu memasang jaring, saya terlihat ada objek terapung-apung dan menjangkakan kayu hanyut,” katanya.
Katanya, dia melihat bentuk agak pelik dan saiz yang agak besar, perasaan bimbang turut ada kerana selama menjadi nelayan sungai dia tidak pernah melihat objek pelik begitu dan berhati-hati mendekati objek itu
“Saya terkejut rupanya bangkai gajah bersaiz anggaran empat hingga lima depa berdasarkan badan gajah yang terapung.
“Di samping itu, banyak batang kayu hanyut dibawa arus deras dan saya membiarkan bangkai itu hanyut,” katanya.
Katanya, mungkin haiwan itu tergelincir ke dalam sungai dan dibawa arus deras menyebabkan lemas. Difahamkan, bangkai gajah yang hanyut itu telah sampai ke Bera.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!