KUALA LUMPUR – Umno berhasrat untuk mengelakkan pertembungan sesama parti dalam kerajaan ketika pilihan raya negeri (prn) melaka pada 20 november ini.
Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob berkata, justeru majlis tertinggi umno memberikan mandate kepada beliau berunding dengan parti dalam kerajaan untuk elak pertembungan sehingga boleh menyaksikan tiga penjuru.
Ismail sabri yang juga naib presiden umno kemudian menjejaskan rundingan itu masih berlangsung .
Kata beliau, pertembungan tiga penjuru di prn melaka hanya akan merugikan mana-mana parti dalam kerajaan.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Seperti kita tahu ada tiga parti di semenanjung ini yang menyokong kerajaan, jadi kita berusaha untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti dalam kerajaan.
Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ada pihak lain yang mendapat faedah dan memang mereka tunggu sahaja supaya parti dalam kerajaan ini bertembung antara satu sama lain. Kalau bertembung, mereka yang untung. Bak kata pepatah, antan lesung berlaga sesama sendiri, beras tertumpah, ayam yang kenyang. Kita sedang mengadakan rundingan,
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan hari belia negara 2021 pada sabtu.
Pada khamis lalu, umno memutuskan kerjasama dengan pas akan diteruskan untuk menghadapi prn melaka sejajar ketetapan perhimpunan agung umno sebelum ini.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR- Pendaftaran automatik pengundi 18 tahun akan ditetapkan bermula 1 januari 2022 setelah kabinet memutuskan tidak merayu keputusan mahkamah tinggi sarawak.
Perdana menteri , datuk seri ismail sabri i yaakob berkata, kerajaan boleh merayu terhadap keputusan mahkamah yang memerintah kan suruhanjaya pilihan raya (spr) dan kerajaan untuk melaksanakan undi 18 menjelang 31 disember tahun ini.
Sebaliknya jemaah menteri memutuskan untuk tidak merayu keputusan berkenaan kerana mahu menghargai peranan anak muda di dalam mencorakkan arah tuju demokrasi negara.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Mahkamah tinggi sarawak telah menetapkan bahawa pendaftaran pengundi (undi18) bermula 1 januari 2022.
Sebelum itu spr memaklumkan undi18 boleh dilaksanakan pada september 2022 kerana masalah pentadbiran melibatkan pelbagai agensi.
Apabila mahkamah buat keputusan, kerajaan boleh merayu. Tetapi bagi menghargai anak muda, kita tidak akan merayu, maka keputusan (mahkamah) kekal
,katanya ketika berucap dalam majlis sambutan hari belia negara 2021.
Pada 3 september lepas, mahkamah tinggi kuching memerintah kan spr dan kerajaan melaksanakan undi 18 menjelang 31 disember tahun ini.
Terdahulu ismail sabri berkata , kerajaan sebelum ini meminda perkara 119 perlembagaan persekutuan bagi membolehkan had umur mengundi di turunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilakukan.
Katanya , ia bakal meningkatkan bilangan pengundi muda yang berumur 30 tahun ke bawah iaitu dengan anggaran seramai 3.9 juta orang sehingga 31 disember 2021.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah meminggirkan atau meninggalkan golongan belia dalam sebarang pengumuman kepada negara termasuk bajet 2022.
Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob berkata, beliau melihat banyak komen negatif khususnya dalam kalangan golongan belia selepas belanja wan di bentang kan menteri kewangan , tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz semalam.
Sebaliknya kata beliau , terdapat 25 insentif telah dimasukkan kerajaan dalam bajet 2022 kepada golongan belia sama ada secara langsung atau tidak langsung.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Kerajaan tidak pernah dan tidak akan megenepi golongan belia di dalam ape saja yg di umum kan…. Pastinya golongan belua di berikan keutamaan sebab itu saya kat akan tadi bahawa masa depan negara bergantung pada golongan belia tak mungkin terdapat 25 insentif kepada anak muda melalui bajet kali ini sama ada secara langsung atau tidak, cuma kita tak letakkan peruntukan kepada belia di bawah satu topik.
Katanya semasa berucap sempena majlis sambutan hari belia negara 2021 pada sabtu.
Selain itu , perdana menteri berkata, kerajaan juga memberi komitmen menerusi jamin kerja dengan 600,000 peluang pekerjaan bagi Membantu golongan muda
Sehubungan itu , ismail sabri memberi jaminan apa sahaja ke hendak dan keperluan golongan belia akan sentiasa diambil perhatian.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pingu, watak penguin yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat tak kira la yang kanak kanak hingga la yang dewasa pun ada yang masih lagi meminati cerita Pingu ni.
Pingu bermula apabila seorang warga Jerman yang bernama Otmar Gutmann yang juga seorang pengarah dan juruanimasi membuat ‘stop motion’ dari tanah liat. Pembikinan cerita Pingu ni bermula sekitar tahun 1980an, tayangan Pingu ini bermula pada 28 May 1986 hingga 3 March 2007
Dia mencipta karakter Pingu ini yang diterbitkan sebanyak 156 episod selama 6 siri. Badut Itali yang terkenal iaitu Carlo Bonomi menggunakan suaranya selama 4 siri yang pertama.
Dia menggunakan bahasa yang dituturkan melalui bunyi yang dikenali sebagai Grammelot dan dari situ Pingu menggunakan teknik yang sama untuk membuat bahasa mereka sendiri yang dikenali sebagai Penguinese.
Cerita Pingu ini menggunakan teknik stop motion, satu teknik yang menggerakkan satu pergerakan dan gambar akan diambil kemudiannya disunting menjadi satu cerita. Mereka akan berulang kali untuk membuat gerakan tersebut supaya hasilnya kelihatan lancar.
Bahasa Penguinese ni mengeluarkan bunyi yang tersendiri seperti Noot Noot yang cukup sinonim dengan Pingu itu sendiri. Pingu yang berkisarkan sebuah keluarga pinguin di Antartika hidup dan bekerja di benua ais tersebut.
Watak Pingu merupakan watak utama dalam cerita tersebut dan watak sampingan seperti Pinga yang juga adik kepada Pingu serta rakan baiknya Robby yang merupakan seekor anjing laut.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PUTRAJAYA – Menteri kewangan, tengku datuk seri zafrul tengku abdul aziz dilihat meninggalkan kementerian kewangan menuju ke parlimen bagi pembentangan belanja wan 2022, jam 3.03 petang jumaat.
Tengku zafrul yang menjawat jawatan berkenaan bagi tahun kedua itu turun daripada pejabatnya menuju ke lobi utama kementerian sebelum menyertai bacaan doa yang di ketuai pegawai hal ehwal islam kementerian kewangan, ustaz mohamad zukrillah ismail.
Beliau yang segak mengenakan baju melayu berwarna ‘peach lengkap dengan sampling sambil memegang beg sampul hitam dengan tenunan emas yang mengandungi teks ucapan belanja wan 2022.
Turut bersama mengiringi tengku zafrul ke parlimen ialah kedua-dua timbalan nya , mohd shahar abdullah san yamani hafez musa .
Tengku zafrul sebelum ini dilaporkan berkata , Belanja wan 2022 akan menumpukan kepada strategi 3m iaitu memulih kehidupan , membina semula daya tahan dan memang kini pembaharuan .
Beliau berkata, kerajaan akan terus komited membantu rakyat yang masih terjejas serta menyokong ke langsung an perniagaan dalam belanja wan 2022.SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Kementerian pelancongan , seni dan budaya malaysia (motac) telah memperuntukkan agihan baucar diskaun bernilai rm10.00 setiap satu yang akan diedarkan di 167 buah kedai buku terpilih dan satu kedai buku dalam talian (e-sentral) di bawah seliaan persatuan penerbit buku malaysia (mabopa) dan persatuan penjual buku malaysia (mba).
Menteri nya , datuk seri nancy shukri berkata ia akan dapat memberikan manfaat kepada 88,500 orang penerima dan layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak rm20.00 dan ke atas dalam satu resit transaksi
datuk seri nancy shukri /menteri pelancongan
Sebagai sebuah kementerian bertanggungjawab bagi memperkasakan seni, budaya dan warisan berteraskan kebudayaan negara saya sentiasa menyokong usaha untuk melestarikan budaya membaca dan meningkatkan industri buku.
Beliau berkata demikian pada majlis program penebusan baucar buku semarak membaca di pnm pada khamis.
Nancy berkata usaha ini adalah merupakan suatu titik usaha yang sangat baik merangkumi pelan pemulihan sektor industri buku dalam usaha membantu merancak kan semula industri perbukuan negara yang terkesan akibat penularan pandemik covid-19.
Ujarnya , motac berharap agar inisiatif program sebegini mampu memupuk keluarga malaysia dalam membudayakan amalan membaca dan dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku sekaligus ia sebagai langkah kerajaan membantu merancak serta memulihkan semula industri buku tempatan.-SAHIH
“
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tahun 1960an : Keberangkatan DYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ke Temerloh .. baginda sedang meninjau tapak untuk dibina Bangunan Majlis Bandaran Temerloh ( Kini Dewan Tun Razak )
Tahun 1960an : Jambatan akan ditarik apabila paras air Sungai Pahang telah hampir mencecah lantai jambatan.
Jambatan lama dilihat dari sudut arah Temerloh ke Maran
Feri yang membawa kenderaan berat menyeberangi Sg. Pahang
Kenderaan Tentera British sedang menyeberangi Sg. Pahang dengan menaiki feri . disebelah kiri kelihatan keadaan asal bahagian tengah jambatan yang ketika itu belum roboh dihanyutkan air bah.
Tahun 1960an : Apabila jambatan tenggelam maka semua kenderaan yang datang dari arah Maran nak ke Temerloh terpaksa menaiki feri ni.
Tahun 1960an : Bas Maran iaitu bas Syarikat Maran Transport Berhad juga terpaksa menaiki feri ini untuk sampai ke Bandar Temerloh
Tahun 1963 : Jalan Tengku Bakar .. kesibukan pada hari lawatan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Dari Jalan Haji Ahmad Shah ke Jalan Tan Sri Yahaya suatu ketika dahulu .. dihadapan simpang terdapat satu papan iklan tayangan wayang gambar Panggung Wayang Seri Semantan. Kelihatan lorong disebelah bangunan kedai kayu yang ditengah itu masih kekal sampai kehari ini. Bangunan kayu tersebut kini adalah Kedai buat papan iklan Berserk
Masjid lama Bandar Temerloh atau Masjid lama Bandar Mentakab? Siapa diantara kita yang dapat membuat pengesahan .....
Tahun 1945 : Taman Kenangan Temerloh .. dibelakang kelihatan kawasan berbukit dimana terletaknya Istana Seri Udara
Pekan Sari Temerloh suatu ketika dahulu ... cuba anda teka dimana lokasi ini sekarang?
Jambatan Temerloh
Dalam tahun 1971, jambatan lama Temerloh yang merintangi Sungai Pahang telah musnah akibat dilanda banjir besar Temerloh.
Atas tujuan pembinaan baru, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah membina sebuah jambatan berukuran panjang 575-m menggantikan jambatan lama. Jambatan baru dikenali dengan Jambatan Sultan Ahmad Shah FT2.
Jambatan Sultan Ahmad Shah lebih tinggi dari jambatan lama, membentuk jambatan kelas pertama untuk tujuan penukaran laluan di Pahang menghubungkan Jalan Persekutuan 10. Projek jambatan baru termasuklah jalan baru menghubungkan Temerloh dan Mentakab, menyebabkan jalan lama seksyen Temerloh-Mentakab digazetkan sebagai Jalan Persekutuan 87.
The construction of the Sultan Ahmad Shah Bridge was completed in 1974.
Pekan Sari Temerloh
Setelah penempatan baru dibuka seberang Kuala Sg Semantan oleh Panglima Bagus dari Perak yang berkahwin dengan anak perempuan keturunan Tuk Suji Bilang, dari semasa kesemasa semakin ramai peniaga samada penduduk tempatan atau peniaga luar yang menggunakan Sg Pahang menjadikan tebing Sg Semantan ( Temerloh Explande ) sebagai tempat pertukaran barangan (berniaga).
Aktiviti ini dipercayai bermula sekitar awal tahun 1800an dengan ketibaan orang Kampar yang terkenal sebagai peniaga yang gigih. Kemajuan pusat perniagaan ini sebagai pusat perniagaan termaju di pendalaman semenanjung sehingga matawang sendiri dinamakan nukud semantan telah digunakan dan dikuatkuasakan.
Begitulah sejarah awal pekan sehari temerloh yang kini dipercayai telah berusia lebih 250 tahun.- SAHIH
Rujukan : KELAB TEMERLOH KOI, portal Negeri pahang .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mari kita mengenali Definisi dos primer, dos tambahan dan dos penggalak
🔵 Dos Primer (Primary series)
👉Merupakan bilangan dos lengkap yang perlu diterima oleh individu yang layak bagi mendapatkan rangsangan imun yang optima
👉Contohnya dos primer untuk vaksin Comirnarty, CoronaVac dan AstraZeneza terdiri daripada dos pertama dan dos kedua manakala bagi vaksin Convidecia ( CanSino) dan Janssen terdiri daripada satu dos sahaja.
🟢Dos tambahan
👉🏽 Dos tambahan merupakan dos vaksin yang diberikan selepas menerima vaksin dos primer untuk mendapatkan rangsangan imun yang optima.
👉🏽Dos tambahan perlu diberikan kepada individu tertentu yang layak sebagai sebahagian daripada dos primer.
🟤 Dos penggalak
👉🏿Dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang telah mendapat rangsangan imun yang optima tetapi tahap imuniti menurun selepas 6 bulan menerima dos primer lengkap.
Rujukan: Interim statement on booster doses for COVID-19 vaccination, 4 Oktober 2021 oleh World Health Organization) -SAHIH
KKM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KENALI Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. . Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. . Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi. . Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. . Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
. Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. . Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. . Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. . Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. . Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ . Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50. .
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. . Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya. . Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. . Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. ‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya,banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel. . Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. . Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. . Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi . isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. . Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
. ‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. . ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. . Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. . ‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan . bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Sebanyak rm1 bilion pendapatan mampu dicapai kerajaan membabitkan sektor kebudayaan menjelang tahun 2025.
Perdana menteri datuk seri ismail sabri yaakob yang menyatakan keyakinan tersebut berkata , sasaran dapat dicapai menerusi pelbagai i strategi pembangunan dan program yang telah di susun rapi.
Katanya , bagi memastikan hasrat tersebut direalisasikan, kerajaan telah merangkap strategi merangkumi pendidikan di peringkat prasekolah, rendah dan menengah.
datuk seri ismail sabri yaakob / perdana menteri
Antaranya permata genius dan tunas budaya yang cekal dalam mengakrabkan anak-anak keluarga malaysia kepada seni, budaya dan warisan. Strategi ini merangkumi pendidikan seperti di peringkat pra sekolah rendah dan menengah seperti pepatah, jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kini, semua institusi pengajian tinggi telah pun meletakkan aktiviti kokurikulum sebagai pra-syarat bagi melengkapkan pengukuran tahap kecemerlangan mahasiswa
Katanya menerusi ucapan pelancaran dasar kebudayaan negara 2021 (daken 2021) pada selasa.
Dalam pada itu , ismail sabri berkata , daken 2021 digubal berlandaskan lima prinsip yang terdapat dalam keluarga malaysia dengan menggariskan hala tuju malaysia untuk menjadi ‘negara maju rakyat berbudaya
Lima prinsip tersebut adalah keterangkuman , ke bersamaan , semangat kebangsaan, keterbukaan dan menyeluruh.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!