Dengan perasaan sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa YDH Orang Kaya Indera Segara YM Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi Bin Tengku Haji Hussin telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi di HTAA. Jenazah dibawa balik ke Kediaman di Jalan Halimi Pekan, Pahang dan dimakamkan selepas Zohor hari ini..
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fuanhu
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Mohon rakan, taulan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Al-Marhum..
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Tradisi memasak bubur Asyura teruskan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan di kalangan ahli kariah dan penduduk di taman perumahan di FELDA Jengka 24.
Sebanyak 600 bekas bubur Asyura disediakan UMNO Cawangan Jengka 24.
Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud berkata, program dianjurkan secara gotong-royong itu mendapat kerjasama baik daripada AJK UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan, Puteri UMNO dan Pemuda UMNO Cawangan berkenaan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jodoh pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh bersama pasukan Pahang menghampiri penghujungnya.
Pengurus pasukan Pahang Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan Sumareh yang masih memiliki baki kontrak sehingga 2022 sudah tidak mempunyai hati bersama pasukan berkenaan selepas pemain sayap kebangsaan itu tidak menyertai sesi latihan skuad Tok Gajah sejak sebulan lepas.
Menurut beliau, sikap yang mencerminkan seseorang pemain tidak profesional itu telah dibawa ke peringkat tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk tindakan selanjutnya.
“Pihak tertinggi PBNP akan membuat keputusan selanjutnya serta tindakan disiplin yang bakal diambil. Buat masa sekarang saya tak boleh komen dari sudut tindakan.
“Cuma saya melihat dalam hal ini, hati Sumareh mungkin tidak lagi bersama Pahang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kali ke-56 di sini, hari ini.
Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh sebelum ini mendedahkan pemain kelahiran Gambia berusia 27 tahun itu tidak menyertai sesi latihan, sekali gus menjejaskan persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bersambung semalam.
Pada masa sama, Mohammed Suffian berkata pihaknya tidak didatangi mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat Sumareh, sekali gus menafikan terdapat unsur tappingup (merekrut pemain ketika masih terikat dengan kontrak bersama pasukan lain).
“Mungkin ada pasukan yang berhubung secara peribadi dengan beliau, itu kami tak ada pengetahuan tetapi proses sebaiknya pemain itu datang berjumpa dengan pengurusan tertinggi secara bersopan-santun untuk berbincang. Sebagai contoh isu perpindahan Matt Davies yang tampil berbincang terlebih dahulu,” tambah beliau.
Sementara itu, Sumareh dalam hantaran terkini dalam akaun Instagram miliknya memohon maaf kepada peminat dan penyokongnya.
“Sayangnya perkara terjadi seperti ini, saya tidak berniat untuk mungkir janji mengenai sokongan saya terhadap kelab berprestij ini. Bagaimanapun, kadang kadang sesuatu perkara tidak berlaku seperti yang dirancang. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
“Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lanjut. Hanya masa yang akan menentukannya,” kata Sumareh.
Sumber: BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di simpang tiga Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di sini, hari ini.
Samsuna Jamaludin,58 maut apabila sebahagian kanan kereta jenis Proton Persona dipandu beliau remuk teruk.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Samsuna Jamaludin, 58,dalam perjalanan dari Mempaga ke Lurah Bilut.
“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai tiba-tiba kereta dipandu mangsa keluar dari Simpang Mempaga secara mengejut mengakibatkan pemandu bas tidak sempat mengelak lalu terlanggar di bahagian sisi sebelah kanan kereta.
“Akibat kemalangan tersebut menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.
Tambahnya, pemandu dan 11 penumpang bas tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Malam kejadian, kedua-dua pasangan suami isteri terlelap kat ruang tamu. Mungkin kepenatan. Tiba-tiba, seseorang berjaya pecah masuk rumah mereka. Bertopeng dan pakai baju ala askar. Apa yang jadi? Mereka tidak tahu perompak itu sebenarnya perogol bersiri.
Tanpa disangka-sangka, perompak kemudian terus memukul suami (mangsa) menggunakan senjata api dipercayai senapang buatan sendiri. Bertalu-talu sampai mangsa lemah dan tidak bermaya. Isteri mangsa cuba menghalang perompak namun dia diugut akan dipukul sekali macam suaminya.
Melihat keadaan suaminya dalam keadaan lemah, isterinya mula ketakutan. Perompak ada di depannya. Perompak kemudian menutup muka isteri mangsa dengan pakaian dan bagi amaran kepadanya supaya diam dan jangan cuba buat apa-apa.
Perompak bagitau isteri mangsa, kawan perompak ada di luar rumah. Tetapi perompak itu sebenarnya berseorangan. Dia hanya cuba menakut-nakutkan isteri mangsa. Dalam keadaan muka bertutup itu, isteri mangsa dapat mendengar perompak itu mengeledah rumah.
Perompak kemudian tanya isteri mangsa sama ada senjata api disimpan di dalam rumah. Diapun menjawab ‘tiada’. Ketika ini, mangsa masih tidak sedarkan diri. Mendengar jawapan mangsa yang mengatakan tiada senjata api disimpan, perompak kemudian naik angin.
Mangsa yang berada dalam keadaan lemah terus dipukul. Isterinya merayu kepada perompak supaya jangan bunuh suaminya. Pujukan tersebut tidak dilayan. Sebaliknya, mangsa terus dipukul sampai lembik. Tiba-tiba, perompak itu bangun dan bertindak di luar dugaan.
Dia merogol isteri mangsa. Isteri mangsa merayu dan bagitau perompak bahawa dia sedang mengandung. Lagi sekali, perompak bertindak kejam dengan mengabaikan pujuk rayu. Isteri mangsa kemudian dirogol. Di depan suami, mangsa dirogol perompak. Memang tidak berhati perut.
Kemudian, perompak itu mengeledah rumah mangsa untuk kali kedua. Dalam 20 hingga 25 minit kemudian, perompak tanya isteri mangsa ‘mana kunci kereta?’. Kunci kereta kemudian ditunjukkan di mana disimpan. Isteri mangsa kemudian dapat mendengar bunyi pintu dan but.
kereta dibuka. Perompak kemudian masuk balik ke dalam rumah. Lagi sekali dia bertanya soalan yang sama. ‘Ada tak pistol di dalam rumah ni?’. Isteri mangsa terus jawab tiada. Suspek kemudian naik angin dan marah. Akibatnya, isteri mangsa dirogol kali kedua. Mangsa.
masih lagi tidak sedarkan diri di atas lantai. Isteri mangsa merayu pada perompak disebabkan dia tengah mengandung. Tetapi rayuan itu tidak dilayan. Kemudian, baru lah perompak tiba-tiba meminta maaf kepada isteri mangsa.
Sebelum melarikan diri, perompak sempat merampas gelang yang dipakai isteri mangsa. Setelah perompak berjaya melarikan diri, isteri mangsa kemudian pergi meminta bantuan. Dia memandu kereta menuju ke Hospital Bentong dan berjumpa dengan pengawal keselamatan di situ.
Mangsa ketika ini masih terbaring tidak sedarkan diri. Kejadian ini terus dimaklumkan pada unit kecemasan Hospital Bentong yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Ketika menuju pulang ke rumah, isteri mangsa terserempak dengan polis peronda.
Polis peronda terus hubungi Ibu Pejabat Polis Bentong untuk bantuan. Polis kemudian terus pergi ke lokasi kejadian. Mangsa terus dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia keesokan paginya.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala kerana dipukul dengan objek tumpul (severe head injury due to blunt force trauma). Beberapa hari kemudian, suspek berjaya ditangkap polis. Senjata api yang digunakan suspek ketika merompak dan barang curi juga dapat dijumpai ketika tangkapan.
Ahli kimia kemudian mengesahkan air mani yang dijumpai pada kain yang dipakai isteri mangsa dan pada tilam berpadann dengan DNA suspek. Suspek kemudian didakwa atas kesalahan membunuh, merogol dan merompak di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan suspek bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan. Suspek dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh. Hukuman penjara dan sebatan dikenakan kepada suspek atas kesalahan merompak dan merogol.
Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Ogos 2017. YAA Mohtarudin Baki, Zakaria Sam dan Abang Iskandar memutuskan suspek bersalah atas kesemua kesalahan yang dipertuduhkan.
Peguam bela suspek membuat rayuan di mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan. Pada Ogos 2018, panel 5 hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Richard Malanjum telah memutuskan hukuman dan sabitan ke atas suspek dikekalkan. Suspek kekal bersalah.
Kesemua hujahan pembelaan oleh peguam bela suspek ditolak mahkamah. Peguam bela berhujah senjata yang digunakan suspek ketika merompak sebenarnya berbeza dan bukannya seperti yang dirampas polis. Hujahan ini ditolak mahkamah. Bukti pakar jelas menunjukkan mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul. Jadi, ‘the intended injuries that were inflicted were sufficient in the ordinary course of nature to cause death’. Ini bersesuaian dengan seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan bagi membuktikan wujudnya kesalahan membunuh.
Kes menyayat hati ini berlaku di kawasan perumahan di Jalan Tras Bentong, Pahang pada November 2012.
Yang mengemparkan adalah suspek dalam kes ini pernah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2014 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh kerana membunuh seorang remaja perempuan di Kg Ketari, Bentong.
Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan menetak dan menghiris leher serta merogol remaja tersebut di dalam sebuah bilik pada Mac 2009. Hukuman gantung sampai mati ke atas suspek dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes bunuh remaja perempuan itu, peguam bela dapat timbulkan keraguan mengenai persoalan samada mangsa dirogol sebelum atau selepas dibunuh (Rudy Jupri v PP). Jadi, suspek dibebaskan atas tuduhan rogol dan tiada rayuan dibuat pendakwa raya. Suspek hanya bersalah membunuh.
Suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan hukuman gantung sampai mati dikekalkan.
Ketika kes rompak di atas berlaku, suspek belum ditangkap polis untuk kes bunuh remaja perempuan. Suspek berjaya ditangkap polis pada 14 Nov 2012 iaitu beberapa hari selepas kes rompak. Suspek dikatakan menyerang anggota polis dengan parang di bukit Taman Syahbandar Kuantan.
*sumber – Sir kamarul (@kamarul14)
Bekas Peguam Mahkamah Tentera.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Highway Karak sewaktu mula dibuka pada tahun 1978.
Waktu tu korang umur berapa?.. mesti masuk terowong suka sangat… 😁😁😁
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pertemuan bersejarah di Raub. UMNO dan PAS buat pertama kalinya bermesyuarat hari ini yang dipengerusikan bersama oleh Dato Abd Aziz Kiram dan Dr Hj Mohd Nilam Abd Manap.
Moga pertalian politik ini terus utuh demi manfaat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang bayi ditinggalkan di dalam kereta secara bersendirian walaupun tingkap belakang terbuka sedikit. Mana mak dan ayahnya ya? Nasib baiklah pekerja Tesco dapat selamatkan budak tu.
Kalau nak tahu, kejadian ini berlaku di Tesco SEAGATE Penang. Dah banyak sangat kes budak lemas dekat dalam kereta atas sebab kecuaian diri sendiri.
Kepada ibu bapa di luar sana, jangan sesekali tinggalkan anak di dalam kenderaan walaupun memberi alasan nak cepat. Sayangilah anak-anak korang tu.
Sumber: PenangKini
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ISU PERCEROBOHAN TANAH DI PAHANG DAN CADANGAN PENYELESAIAN NYA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Mengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Malaysia dengan kebesaran dan kemuliaan yang dikurniakan Allah, Raja Segala Raja.
Ampun Tuanku,
Dengan segala hormat dan takzimnya patik merafakkan sembah dan berdoa ke Hadrat Allah Subhanahu Wata’ala,
Pada hari penghulu hari jumaat ini… mudah-mudahan Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam bimbingan, perlindungan, afiat dan kerahmatan dari Allah setiap masa dan berlanjutan sampai akhirat nanti.
Ampun Tuanku,
MEMOHON SEMBAH MAKLUM PANDANGAN PATIK AKAN PERLUNYA TUANKU CAMPUR KUASA DALAM PENCEROBOHAN TANAH TUANKU DI RAUB PAHANG
Daulat Tuanku!
Patik dengan penuh takzim menerusi warkah ini, ingin merafakkan sembah akan
Ketidak puasan hati kami orang melayu akan pencerobohan tanah hutan simpan di raub sebanyak 4400 hektar…
Dan kami difahamkan persatuan masyarakat cina di raub serta ahli-ahli politik membawa isu ini ke parlimen untuk mendapatkan geran…serta menghalal kan percerobohan tanah berpuluh-puluh tahun lama nya…
Tuanku merupakan payung kepada semua orang Melayu-Islam dan kaum lain selaku hamba-hamba rakyat Tuanku yang menjunjung kasih Tuanku sebagai Raja mereka.
Orang Melayu-Islam di Malaysia
sememangnya terkenal dengan ketaatan dan kesetiaan mereka terhadap Raja-Raja dan berpegang teguh bahawa Tuanku merupakan Ulul-Amri (Amir) untuk negara.
Kami teguh di belakang raja-raja melayu ketika pengkhianat negara cuba ingkar titah tuanku dalam menguatkuasa tulisan jawi di pahang..dan Kami juga teguh di belakang raja-raja melayu ketika pengkhianat negara cuba menandatangani statut-rom & icerd…
Justeru, bukan hanya Tuanku merupakan satu-satunya ketua untuk orang Melayu-Islam dan ketua kepada semua rakyat Malaysia, Tuanku turut merupakan satu-satunya harapan rakyat agar sistem pentadbiran di negara tercinta ini sentiasa berpaksikan kebenaran dan tidak tersasar dari nilai peradaban Islam.
Ampun tuanku…jika penceroboh tanah di raub tidak dihukum mahu pun didenda..dan mereka pun masih berdegil tak mahu menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai dan hasil tahunan….
Jangan lah pula mereka di beri kesempatan meneruskan lagi pencerobohan tanah itu…
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini..prejudis dan sentimen perkauman semakin kuat dan menebal..seolah-olah kami orang melayu semakin ditindas…terutama bila melibatkan perundangan negara…
Contoh nya..bila sesuatu kesalahan pencerobohan tanah melibatkan orang melayu..maka dengan pantas diambil tindakan dan di jatuh hukum..
Jika kaum lain melakukan pencerobohan tanah…ahli-ahli politik..ngo-ngo menunjukkan taring untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya berlembut untuk menghalalkan pencerobohan tanah ..sedangkan hakikatnya yang salah tetap salah dan perlu dihukum…
buah fikiran patik..jika kerajaan mahu berlembut dengan tuntutan penceroboh tanah..dan untuk berlaku adil juga kepada kami orang melayu…kami mohon 60% dari 4400 hektar tanah itu untuk kami orang melayu usahakan…
Iaitu 2640 keluarga mendapat manfaat jika setiap keluarga mendapat 1hektar sahaja..patik cukup yakin..jika peluang ini dibuka..pasti kami orang melayu cukup berbesar hati dan merebut peluang ini tuanku walaupun kami di sana nanti berumah beratapkan zink,berdindingkan papan…
Dengan kehadiran kami sebagai generasi pekebun baru dan menduduki petempatan di kawasan raub akan mengubah landskap geoglogi politik seteruskan akan mematahkan usaha pencerobohan tanah yang pasti berulang semula jika isu ini menjadi senyap nanti
Biarlah kami yang menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai dan hasil tahunan kepada kerajaan negeri pahang..
Tidak lah zalim buah fikiran patik jika dibandingkan pencerobohan tanah hampir 40 tahun dan mengaut keuntungan berbilion ringgit..malah menyebabkan kerajaan negeri pahang kerugian cukup banyak kerana penceroboh tanah tidak membayar cukai dan hasil tahunan…
Ampun Tuanku, salah dan silap pembicaraan patik harap diampun,
Ampun tuanku…biarlah kami 2640 keluarga ini..yang diberi nafas baru ini.. mengusahakan tanah tuanku dengan kudrat , peluh serta darah kami sekali pun ..dan kami sedia menjunjung taat titah tuanku demi memakmurkan lagi negeri pahang tercinta ini…
Patik dengan ini mengakhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekali lagi mempersembah pohonan ampun atas apa jua kekhilafan patik menerusi warkah ini.
Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala melanjutkan usia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
IRWAN SYAMSUL
RAKYAT NEGERI TUANKU
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!