TENAGA pengajar sekolah memandu maut, manakala ibunya parah selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka dihempap besi winch daripada kren di Kilometer 91 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran.
Kejadian pada 9.45 malam semalam, menyebabkan Mohd Faizal Ismail, 38, meninggal dunia di lokasi dan ibunya, Fatimah Mat Hussain, 72, dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan.
Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, ketika kejadian, mangsa memandu di belakang kren berkenaan dari Temerloh menghala ke Maran.
“Besi winch dipercayai jatuh daripada kren yang bergerak itu sebelum menghempap bumbung dan cermin hadapan kenderaan mangsa.
“Pemandu kereta, Mohd Faizal meninggal dunia dan ibunya mengalami pendarahan di kepala, patah pergelangan tangan kiri dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya hari ini.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian atau pemilik kren supaya menghubungi balai terdekat untuk membantu siasatan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian kerana kecuaian.
Sumber: HarianMetro
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerusi tayar terpakai yang dibuat untuk mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) enam bulan lalu mendapat sambutan dan kini menjadi sumber pendapatan lumayan, kata Mat Jmn Ijam, 59.
Peneroka Felda Jengka 24 Jerantut Pahang ini, berkata, ketika PKP, masa banyak terluang di rumah kerana tidak boleh keluar, menyebabkan beliau sering melayari media sosial dan terjumpa idea membuat kerusi dari tayar terpakai ini.
“Dari situ sifat ingin mencuba, membuak, apatah lagi di rumah nii terdapat banyak longgokkan tayar lama di dalam stor yang sebelum ini sering dijadikan tenpat menanam bunga,” katanya.
Beliau berkata, apabila siap kerusi tayar terpakai ini agak selesa di duduki dan menjadi kerusi santai yang unik dan sesuai di setiap kediaman terutama di kawasan luar rumah kerana ia lasak dan tahan pada cuaca panas atau hujan. .
Menurutnya kerusi itu mendapat perhatian peneroka dan anak muda di sini apabila melihat kerusi itu di depan rumah saya dan mereka mula menyebarkan melalui facebook dan mula menjadi viral.
Katanya dari situ orangramai mula membanjiri rumah untuk melihat yang tertarik dengan keunikan dan ketahanannya. Mereka mula membuat tenpahan untuk mengisi halaman rumah masing masing dan kini saya tidak menang tangan menyiapkannya.
Katanya, pada masa ini beliau membuat tempahan khas tayar terpakai dari kedai tayar di Jerantut bagi memenuhi tempahan dari pelanggan.
Mat Jan berkata, beliau menggunakan peralatan yang asas untuk membuat kerusi itu, iaitu tayar terpakai, tali dan pita pelekat, selain gerudi sebagai alat penebuk lubang.
“Satu kerusi memerlukan tiga tayar dengan satu daripadanya diukir dan dipotong khas untuk dijadikan penyandar.
“Saya membuat kerusi ini pelbagai saiz, bergantung kepada jenis tayar yang digunakan dan dijual dengan harga RM 60 ke RM 70 setiap satu,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini dia sudah menjual lebih 100 kerusi itu di kalangan peneroka FELDA Jengka dan orang luar dan setiap hampir setiap hari ada orang membuat tempahan.
** Jika sesiapa yang berminat untuk tempahan anda boleh terus telefon terus ke Pak Jam
+60 11-2195 6042
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Pemangku Raja Pahang, KDYMM Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi putera raja pertama berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan di Jerantut dekat sini yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung.
Menerusi Eksesais Kembara Makmur, ekspedisi memanjat gunung berkenaan bermula pada 1 Ogos lalu dan berakhir hari ini.
Eksesais itu disertai lebih 60 orang terdiri daripada pegawai dan anggota 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Unit Tindakan Khas dan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin merakamkan ucapan tahniah kepada KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas kejayaan menawan puncak gunung berkenaan.
Menurutnya, beliau berbangga dengan kejayaan Pemangku Raja Pahang sampai ke puncak Gunung Tahan yang setinggi 2,187.
“Eksesais Kembara Makmur berjaya mencipta rekod KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah putera raja pertama berjaya menawan puncak Gunung Tahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, kejayaan Pemangku Raja Pahang merupakan satu titik tolak menunjukkan baginda begitu menyokong pelancongan domestik apabila menjadikan Gunung Tahan sebagai destinasi pilihan.
“Diharap, dengan aktiviti sebegini dapat merancakkan lagi pelancongan domestik negara dan pelancongan negeri Pahang khasnya,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kenyataan Media Fadzli Bin Mohamad Kamal Ketua Pemuda UMNO Raub
30 Julai 2020
Kesal dengan tindakan biadab ADUN Tras dari DAP, Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di Pahang.
Tambah keterlaluan apabila Chow Yu Hui menuduh Kerajaan Negeri Pahang memaksa pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk melaksanakan dasar tersebut.
Malah, beliau secara lantang menyatakan pelaksanaan tulisan jawi harus dilakukan menerusi galakan dan secara sukarela, bukannya secara paksaan.
Tindakan Chow Yu Hui ini jelas mencabar titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah agar penggunaan tulisan jawi diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan di seluruh Pahang, demi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.
Tindakan Chow Yu Hui ini juga menunjukkan betapa DAP sudah ketandusan isu untuk diketengahkan.
Ini kerana, majoriti pemilik premis perniagaan di seluruh Pahang termasuk bukan Melayu sudahpun melaksanakan dasar ini dan mempamerkan tulisan jawi di papan tanda premis mereka sejak awal Januari lalu.
Saya cabar Ahli Parlimen DAP Raub, YB Tengku Zulpuri dan ADUN DAP Ketari, YB Young Syefura Othman menyatakan pendirian berhubung isu ini. Adakah mereka setuju dengan tindakan Chow Yu Hui?
Hakikatnya DAP semakin dilupakan di Pahang. Wakil rakyat mereka sudah sekian lama hilang dari radar terutama sejak tumbangnya Kerajaan PH pada Februari lalu.
Kini DAP mahu kembali dilihat relevan, di saat ramai menjangkakan PRU-15 akan berlangsung pada bila-bila masa. Tetapi isu yang dibangkitkan membuktikan DAP benar-benar terdesak untuk meraih perhatian dan sokongan rakyat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sebagai langkah berjaga-jaga membendung penularan Covid-19 di negara itu, Arab Saudi mengambil beberapa langkah termasuk menyekat semua penerbangan keluar dan masuk negara itu selain menggantung sementara urusan umrah.
Menurut data Universiti Johns Hopkins, ada lebih 1,500 kes Covid-19 di negara itu setakat ini dengan mencatat 10 kematian.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LIPIS: Sebuah rumah dihanyutkan air akibat hujan lebat sejak malam kelmarin di Pos Lenjang dan Pos Titom, dekat sini.
Turut rosak, sebuah jambatan konkrit dan tiga rumah penduduk.
Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad, berkata tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kerana rumah mereka ranap akibat fenomena kepalaair.
“Laluan ke kampung dalam Pos Lenjang dan Pos Titom tidak boleh dilalui selepas jambatan di Pos Lenjang terputus dan pemantauan semasa mendapati keadaan air Sungai Lenjang masih deras,”katanya.
Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan, Shahrul Nizam Nasir, berkata tiga buah rumah ranap dilanda kepalaair termasuk kejadian tanah runtuh akibat daripada hujan lebat di Pos Lenjang, berdekatan simpang masuk ke Pos Titom.
“Pasukan Bomba melakukan pemantauan bagi memastikan lokasi kejadian berada di dalam keadaan selamat,”katanya.
Katanya, Pejabat Daerah Lipis, Jabatan Kerja Raya, Angakatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat ADUN Jelai dan Pejabat Penghulu Mukim Ulu Jelai turut terbabit dalam operasi menyelamat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JengkaBakery merupakan kilang pembuat roti yang terkenal di sekitar Jengka, Maran dan Jerantut. Jika ditanya roti sardin yang paling sedap sudah tentulah pelanggan akan menjawab roti sardin Jengka 11 atau JengkaBakery.
Kilang ini telah dibuka pada 3 Mei 1984 di Jengka 11.
#SAHIH
#YANGPASTISAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Anak pakcik tampil untuk memberi penjelasan setelah viral
Aku tak nak cakap banyak biar video berbicara Walaupun dia salah tapi dia berniaga tu bukan untuk kaya pun..sekadar untuk sesuap nasi..
Bukannya dia pacak payung pacak khemah ke apa pon..so xperlu perlaku mcm tu.
Penjelasan daripada anak pakcik siti norfadhilla
Assalamualaikum saya anak kandung kepada orang tua yang kalian kasari tu. Dia tu ayah saya . Saya mengaku memang dia degil dan kami pernah membuat permohonan lesen dll tapi tak diluluskan mungkin atas faktor lokasi atau lain2 .
Tapi ayah saya tiada pilihan lain dan tempat lain dan dia hanya boleh menjual jagung dan disahkan menghadapi Retinitis Pigmentosa yang menggaggu penglihatan ayah saya .
Untuk pengetahuan kalian ayah saya marah dalam video ni sebab mereka datang tinggikan suara dan cakap “sampai bila ENGKAU nak berlakon buta ?”
Padahal ayah saya memang ada bukti surat doktor dan memang tidak dapat diubati . Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya .
Dia memang sangat tertekan kerana tak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata macam tu . Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya .
Kalau dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni . Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan merompak . Saya sangat kecewa dengan semua ni .
“Terima kasih Ustaz Ebit Lew di atas keprihatinan ustaz. semoga Allah sahaja membalasnya.”
Sumber – Aman Shah ||
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MusangKing boleh cecah RM 120 sebiji. Duri hitam pun sama.
Tauke kebun durian senyum lebar. Eleh berapa kerat tauke kebun durian orang kita punya? Tahu maksud orang kita? Tak tahu sudah, pakai topeng dan duduk rumah!
Bukan pelik pun orang kita tertinggal dalam banyak bidang. Durian ini sudah beribu tahun wujud di Pahang. Akhirnya orang kita kena beli durian mahal di tanah air sendiri.
Kenapa dan mengapa durian jadi mencanak harganya. Cara pemasaran, pemasaran dan pemasaran. Bab lain nombor 13.
Kenapa dan mengapa orang kita tidak dapat kuasai pasaran durian di negeri sendiri. Negeri aku, saya, kas, kawan, koi, awokme dan deme.
Apa puncanya, yang pasti bukan salah cik corona 19, 20 dan 21.
Siapa yang kena jawab dan ambik tanggungjawab? Kerajaan? Pekebun? Makcik Kiah? Pakcik Kordi?
Apa cadangan dan saranan supaya ramai orang kita terlibat di dalam industri bernilai tinggi. Durian salah satu darinya.
Mesti ada caranya bukan? Ada kaedahnya tetapi tidak sesuai tulis di sini. Kalau tulis buat bengkak jari je.
Sumber: FacebookIsmaNazombinAbdulHamid
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kira kira 100 pekebun durian MusangKing mengalami kesukaran memasarkan hasil durian mereka apabila jambatan Bailey yang menghubungi kawasan kebun runtuh sejak lima hari lalu disebabkan arus deras.
Keadaan itu berlaku disebabkan hujan lebat serta Sungai Pertang menjadi besar dengan terdapat kepalaair lalu meruntuhkan tebing sungai dan menyebabkan jambatan Bailey itu roboh.
Seorang pekebun durian, Micheal Chan berkata, laluan itu penting kerana menjadi jalan utama ke kebun MusangKing di kawasan Lembah Temir dan bila berlaku terputus hubungan menyebabkan pekebun sukar memasarkan durian mereka ke Raub dan Lembah Klang.
“Sekarang ini musim durian MusangKing dan jalan ini dilalui kira kira 300 kenderaan setiap hari khususnya membawa hasil durian dari kebun.
“Sekarang ini kami terpaksa menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama, melalui jalan di FELDA Lembah Klau yang lebih jauh dan mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Raub selain agak sukar kerana banyak rosak,” katanya.
Ketua kampung Sungai Klau, Lai Bee Pang berkata, penduduk memerlukan jambatan baru yang lebih kukuh kerana di sini merupakan pusat pengeluaran durian MusangKing utama di Raub.
Katanya pada masa ini, pekebun durian telah mengumpul wang untuk membuat jambatan sementara bagi membolehkan mereka membawa hasil durian ke Raub dan Lembah Klang setiap hari.
Beliau berkata, pekebun juga risau kerana jambatan sementara yang mereka bina itu tidak boleh tahan lama, selain bimbang jika hari masih hujan dan kemungkinan jambatan ini mungkin juga boleh dibawa arus deras.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin, ketika meninjau kawasan berkenaan, berkata laluan ini merupakan laluan utama penduduk kampung untuk ke Raub dan juga laluan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk ke pusat agropelancongan durian MusangKing iaitu Lembah Temir.
“Pada masa ini terdapat hakisan pada stuktur jalan dan jambatan Bailey itu roboh serta hanyut dibawa arus sungai disebabkan hujan lebat di sebelah pagi minggu lalu.
“Air sungai besar dan limpahan air banjir dengan arus yang laju dan deras menyebabkan kawasan itu terjejas dan mengalami kerosakan sepanjang 40 meter meliputi jambatan serta hakisan pada struktur jalan serta bahu jalan,” katanya.
Kerajaan negeri telah memohon kepada JKR Pahang untuk pemasangan sementara jambatan Bailey di lokasi tersebut.
Katanya, JKR Raub sebelum ini telah memohon peruntukan pada setiap tahun untuk menggantikan jambatan Bailey ini kepada jambatan kekal jenis konkrit bertulang yang lebih selamat dan kukuh.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!