Agihan baucar diskaun di 167 kedai buku
Agihan baucar diskaun di 167 kedai buku
KUALA LUMPUR – Kementerian pelancongan , seni dan budaya malaysia (motac) telah memperuntukkan agihan baucar diskaun bernilai rm10.00 setiap satu yang akan diedarkan di 167 buah kedai buku terpilih dan satu kedai buku dalam talian (e-sentral) di bawah seliaan persatuan penerbit buku malaysia (mabopa) dan persatuan penjual buku malaysia (mba).
Menteri nya , datuk seri nancy shukri berkata ia akan dapat memberikan manfaat kepada 88,500 orang penerima dan layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak rm20.00 dan ke atas dalam satu resit transaksi
datuk seri nancy shukri /menteri pelancongan
Sebagai sebuah kementerian bertanggungjawab bagi memperkasakan seni, budaya dan warisan berteraskan kebudayaan negara saya sentiasa menyokong usaha untuk melestarikan budaya membaca dan meningkatkan industri buku.
Beliau berkata demikian pada majlis program penebusan baucar buku semarak membaca di pnm pada khamis.
Nancy berkata usaha ini adalah merupakan suatu titik usaha yang sangat baik merangkumi pelan pemulihan sektor industri buku dalam usaha membantu merancak kan semula industri perbukuan negara yang terkesan akibat penularan pandemik covid-19.
Ujarnya , motac berharap agar inisiatif program sebegini mampu memupuk keluarga malaysia dalam membudayakan amalan membaca dan dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku sekaligus ia sebagai langkah kerajaan membantu merancak serta memulihkan semula industri buku tempatan.-SAHIH
“