PRODUK IKS PERINGKAT DUNIA (GLOBAL HALAL)
Kerajaan negeri Pahang berharap program seperti Persidangan Pemasar Global (Halal) dapat diadakan di setiap daerah di negeri ini bagi menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan memasarkan produk mereka di pentas antarabangsa.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini kerana program sebegini dilihat berkesan dalam membantu pemain Industri Kecil dan Sederhana (IKS) melangkah lebih jauh hasil perbincangan dan penjelasan diberikan oleh Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED).
“program macam ni sekurang kurangnya perbincangan atau pun mungkin pihak usahawan ada yang ingin mereka bagi tahu kepada pembangunan usahawan boleh dibincangkan disitu dan mereka akan ke atasan yang lebih cantiknya hari melibatkan agensiagensi kerajaan juga dan ini satu usaha sangat baik dan saya usaha ini akan diteruskan di dearah lain ..kemudia saya dengar cerita tadi ada menerejah ke pasaran global ..bukan setakat local saya kita nak pergi keperingkat antarabangsa .”katanya.
Jelasnya lagi ada produk usahawan bumiputera yang berjaya dipasarkan di Jeddah dan amat berharap usaha seperti ini diteruskan dan dikekalkan sehingga benar-benar berjaya .
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan itu di Dewan Dato’ Zaharuddin Abu Kassim, Kampung Ketam di Kerdau Pahang .
Antara yang hadir pada majlis sama ialah MCED, Datuk Fadhil Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan.
Lebih 400 orang usahawan menyertai persidangan yang julung kalinya diadakan di negeri ini anjuran MCED dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.
Sementara itu, Presiden MCED Datuk Nazilah Idris berkata program sebegini berupaya menghimpunkan ramai usahawan bumiputera dan memudahkan tugas pihaknya membantu mereka memasarkan produk IKS terutama secara dalam talian.
jelasnya jom order online ni adalahkita nak jemaahkan ramai ramai produk iks didalamnya mereka ini bukan saja dapat untung runcit dari jualan dalam portal e-dangang ini tetapi mereka dapat keuntungan atau pun pendapatan lain sampingan jika mereka lebih ramai ada dalam portal tersebut ,,maksudnya makin ramai yang meletakkan produk mangkin banyak pendapatan mereka sebab kita bergerak secara berkumpulan .
Portal Jom Order Online yang kini menjadi salah satu platform utama bagi usahawan tempatan di Malaysia dalam memasarkan produk keluaran tempatan di dalam dan luar negara.
Menurutnya lagi ,Jom Order Online akan berkembang ke peringkat global sebagaimana Shopee, Lazada dan Zalora.oleh itu semua usahawan di luar sana diminta segera mendaftar, siapa tahu produk anda akan digemari oleh penduduk di negara luar.
#SAHIH
#yangpastisahih