BUDAK 10 TAHUN MATI LEMAS
DIPERCAYAI TERJATUH DI TEMPAT PERKELAHAN
HULU YAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut apabila terjatuh selepas dipercayai tergelincir di kawasan perkelahan Restu Ibu, Kampung Ulu Kalong, Hulu Yam Baru, dekat sini, pagi tadi.
KAWASAN perkelahan Restu Ibu yang dipercayai tempat mangsa terjatuh
Mangsa dikatakan berbasikal bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain, serta rakan mereka ke tempat perkelahan itu.
Difahamkan, kejadian malang berlaku ketika ibu mangsa pulang ke rumah untuk menghantar seorang anaknya yang mengadu sakit perut.
MANGSA dipercayai terjatuh di kawasan ditandakan dengan bulatan merah
Dia yang kembali ke lokasi kejadian terkejut apabila dimaklumkan mangsa lemas selepas terjatuh di kawasan perkelahan terbabit.