‘Rose Ajwa Coffee’ pilihan terbaik sahur & berbuka Ramadan
‘Rose Ajwa Coffee’ pilihan terbaik sahur & berbuka Ramadan
TEMERLOH – Menjelang Ramadan, minuman yang memberi tenaga berpanjangan dan menyokong kesihatan menjadi pilihan ramai. Justeru, Rose Ajwa Coffee With Stevia keluaran Bellanies tampil sebagai antara pilihan terbaik sepanjang bulan berpuasa.
Pengasas Bellanies, Rosyatina Wahab, berkata kopi berkenaan dirumus khas bagi membantu tubuh kekal bertenaga ketika berpuasa, selain sesuai diminum ketika sahur dan selepas berbuka.
“Ketika Ramadan, kita perlukan minuman yang bukan sahaja sedap, tetapi membantu beri tenaga dan rasa kenyang lebih lama.
Rose Ajwa Coffee mengandungi ekstrak premium kurma Ajwa dan bahan sunnah yang sangat sesuai diamalkan ketika berpuasa,” katanya.
Menurutnya, penggunaan stevia sebagai pemanis semula jadi menjadikan kopi ini pilihan lebih baik bagi mereka yang mahu mengawal pengambilan gula sepanjang Ramadan.
Gabungan kopi berkualiti tinggi bersama ekstrak kurma Ajwa, vitamin C, D dan E serta bahan sunnah seperti madu menjadikan minuman ini bukan sekadar kopi biasa, sebaliknya minuman berkhasiat untuk menyokong stamina sepanjang hari.
“Sahur dengan Rose Ajwa Coffee membantu rasa lebih kenyang dan bertenaga. Bila berbuka pula, ia sesuai untuk mengembalikan tenaga selepas seharian berpuasa,” katanya.
Rosyatina berkata, sambutan setiap Ramadan sangat menggalakkan apabila pelanggan membuat pembelian berulang bagi memastikan stok mencukupi sepanjang bulan mulia itu.
Bagi memeriahkan Ramadan kali ini, Bellanies turut menawarkan promosi khas pembelian kombo dan harga istimewa untuk tempoh terhad.
Selain itu, peluang turut dibuka kepada individu yang berminat menjadi agen dan stokis rasmi Rose Ajwa Coffee bagi menjana pendapatan tambahan sepanjang Ramadan.
“Ini masa terbaik untuk tambah income. Permintaan memang tinggi setiap kali Ramadan,” katanya.
Pendaftaran agen dan stokis Rose Coffee boleh menghubungi 019-932 4947 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.
Orang ramai juga boleh mendapatkan Rose Ajwa Coffee melalui ejen sah Bellanies serta platform jualan rasmi dalam talian sebelum kehabisan stok sepanjang Ramadan.-SAHIH
