Liga Bolo Kome Hulu Cheka meriah, Kerajaan negeri terus santuni rakyat DUN Damak
Liga Bolo Kome Hulu Cheka Meriah, Kerajaan Negeri Terus Santuni Rakyat DUN Damak.
JERANTUT – Suasana penuh semangat dan ukhuwah mewarnai penganjuran Liga Bolo Kome 5 Sebelah Mukim Hulu Cheka 2026 yang berlangsung meriah di Padang Awam Kampung Koi, pagi tadi.
Program yang mendapat sambutan hangat daripada komuniti Kampung Koi dan seluruh Mukim Hulu Cheka itu berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan tempatan dalam suasana persaingan sihat dan harmoni.
Penganjur serta jawatankuasa pelaksana turut menerima penghargaan atas komitmen memastikan kejohanan berjalan lancar. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh perpaduan, membina generasi sihat serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Sementara itu, DUN Tahan dengan penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada beberapa penerima melibatkan sektor pendidikan, kebajikan, belia dan keusahawanan di RPS FELCRA Tembeling Tengah.

Haris Salleh Hamzah menyerahkan sumbangan kepada Norasyikin Sulong
Antara penerima sumbangan ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah bagi pembelian kerusi dan meja plastik; Azizah Jamaludin menerima bantuan kos rawatan; Norasyikin Sulong menerima bantuan perniagaan; Kelab Belia FELCRA Berhad Kawasan Tembeling Tengah; serta Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jengka 24 bagi penganjuran Program Sambutan Ambang Tahun 2025.
Penyerahan sumbangan itu mencerminkan keprihatinan berterusan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, bersama Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat di peringkat akar umbi, khususnya memperkasa pendidikan, menyokong kebajikan serta merancakkan pembangunan dan kelangsungan ekonomi usahawan kecil.
Usaha berterusan ini diharap dapat memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat setempat selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.-SAHIH.
