HILANGKAN RASA CANGGUNG DI PERTEMUAN PERTAMA
HILANGKAN RASA CANGGUNG DI PERTEMUAN PERTAMA
Enam Perkara Hilangkan Rasa Canggung (Awkward) Untuk Pertemuan Pertama.
Pernah tak anda mengalami apabila keluar dengan seseorang, anda tiada topik untuk berbual. Dalam perjalanan menuju ke destinasi, anda dan si dia hanya berdiam dan mendengar lagu di radio.
Sebenarnya untuk pertemuan kali pertama banyak topik yang boleh dibualkan. Hilangkan rasa malu dan janggal. Buat seperti biasa dan ceria. Kalau tak tahu nak borak apa, cuba tips ini untuk mengelakkan anda terus berdiam.
Senyum Selalu
Jangan lupa senyum walaupun dalam hati berdebar bila terpandang mata si dia. Senyum sebenarnya memberikan aura positif dan nampak tenang. Dengan senyuman anda lebih nampak rilek dan tidak gelabah. Jangan senyum macam kerang busuk pula!
Topik
Mulakan dengan topik ‘biasa-biasa’ seperti pekerjaan, aktiviti harian dan hobi. Cari topik yang boleh jadikan perbualan anda panjang. Janganlah diam je nanti awkward pula. Sambil berbual cari topik yang anda dan si dia suka. Jika suka makan, borak mengenai tempat makan best atau suka mendaki, ceritakan perkara semasa mendaki. Barulah boleh kenal antara satu sama lain.
Pengalaman
Kalau baru nak kenal biasanya akan bercerita pasal pengalaman yang lepas. Bukan burukkan kenangan lalu tapi hanya kongsikan serba sedikit mengenai hubungan lalu. Tapi kalau si dia tidak menunjukkan minat, tukar topik secepat mungkin.
Kerjaya
Boleh juga kalau bercerita tentang kerja. Apa pekerjaan si dia, apa yang si dia buat. Yang penting jangan tanya pasal gaji, itu adalah rahsia. Mungkin kalau sudah melangkah ke langkah seterusnya, anda boleh tanya.
Peribadi
Jangan terlalu cepat cerita berkaitan hal peribadi. Setelah berbual beberapa jam, mungkin selepas itu anda boleh bertanyakan mengenai keluarga si dia. Berapa adik-beradik dan anak ke berapa. Cerita mengenai keluarga biasanya anda akan tahu si dia jenis pentingkan keluarga atau ‘anak emak’.
Ucap Selamat Tinggal
Oh, bukan selamat tinggal untuk selamanya tapi untuk seketika sahaja. Kalau anda selesa dengan si dia, si dia pun gembira bila bersama anda kemungkinan besar anda berpeluang bertemu untuk kali kedua! Berikan senyuman paling manis dan lambaian selamat tinggal yang si dia boleh teringat.
Selamat bercinta!