COVID-19 : KAKITANGAN PUBLIC BANK DISAHKAN POSITIF
Berita Nasional
COVID-19 : KAKITANGAN PUBLIC BANK DISAHKAN POSITIF
PAPAR: Public Bank Berhad (Public Bank) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Papar, positif Covid-19.
Public Bank menerusi satu kenyataan di portal rasmi memaklumkan kakitangan terbabit dilaporkan tidak datang bekerja sejak 9 Oktober lalu.
Hal ini mengakibatkan cawangan berkenaan ditutup sementara waktu bermula hari ini (21 Oktober).
Dalam kenyataan sama, Public Bank turut memaklumkan kerja pembersihan dan sanitasi juga sudah dilaksanakan selaras panduan dari Kementerian Kesihatan.
Semua pekerja yang menjadi kontak rapat kakitangan terlibat turut sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sebagai langkah pencegahan.
Sementara itu, pihak Public Bank Berhad menggalakkan semua pelanggan agar melakukan transaksi perbankan secara online atau memuat turun aplikasi perbankan di telefon pintar.
Sumber: KOSMO! ONLINE