Wedding Garden AVT Tarik Pengunjung Tempatan
Wedding Garden AVT Tarik Pengunjung Tempatan
TEMERLOH – Pemilik ATV, Mohamad Faisal Narawi, terus berinovasi dalam memperkembangkan jenama Amani Vanilla Temerloh (AVT) dengan merangka strategi baharu bagi menarik lebih ramai pengunjung tempatan.
Menurut beliau, sasaran utama AVT ketika ini adalah golongan berkeluarga, namun pihaknya sentiasa mengalu-alukan kehadiran kumpulan pelanggan lain sebagai satu bonus.
“Kami tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pasaran sedia ada di Temerloh untuk jangka masa panjang. Lebih 90 peratus pelanggan kafe AVT adalah pelancong luar daerah. Oleh itu, kami perlu mencari cara untuk menarik minat penduduk tempatan,” katanya.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, AVT bakal membina wedding garden di dalam kawasan kafe sebagai tarikan baharu. Langkah ini diyakini mampu menjadi daya penarik kepada masyarakat setempat, sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke AVT.
Wedding Garden Tarik Pengunjung Tempatan
Setiap tempahan pakej perkahwinan di AVT dijangka membawa masuk tetamu yang berkemungkinan besar bukan pelanggan tetap kafe.
“Jika setiap majlis perkahwinan mengundang sekitar 1,000 tetamu, kami hanya memerlukan 10 peratus daripada jumlah itu untuk berbelanja di kafe AVT,” jelasnya.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan jumlah pelanggan kafe, malah turut memberi manfaat berganda kepada AVT. Selain pendapatan daripada sewaan lokasi majlis, pihaknya juga memperoleh promosi berterusan melalui foto kenangan yang dimuat naik oleh pengunjung di media sosial.
“Setiap gambar yang berlatarbelakangkan jenama kami adalah pemasaran percuma yang sangat berharga,” tambah beliau.
Pakej Perkahwinan Lengkap Bakal Dilancarkan
Dalam perkembangan sama, AVT kini dalam perancangan untuk melancarkan pakej perkahwinan lengkap yang menawarkan pengalaman unik kepada bakal pengantin.
“Perkahwinan dalam taman dengan suasana kehijauan pasti memberikan kenangan manis buat pasangan mempelai,” ujarnya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti AVT di platform media sosial berikut:
✅ TikTok: avtboss
✅ Facebook: Vanilla Temerloh
✅ Instagram: vanilla_temerloh
✅ Shopee: vanillatemerloh official store
Nantikan pelancaran rasmi pakej perkahwinan ini tidak lama lagi! – SAHIH