Selepas tiga hari mayat Azri Fahmi ditemui
Foto : Anggota SAR menemukan mayat remaja yang jatuh ke dalam SUgai Pahng pada jam 7.45 pagi ini.
JERANTUT -Remaja lelaki, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14 yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang, berdekatan Jambatan Feri, Kampung Jerantut Feri, dekat sini Sabtu ditemukan lemas, hari ini.
Mayat Azri, 14 ditemui kira-kira 900 meter dari lokasi tempat dia terjatuh pada jam 7.45 pagi ini.
Penolong Pengarah (Bahagian Operasi ) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Salahudin Isa berkata, mayat mangsa ditemui ketika dua anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau memohon orang awam mengelak melakukan aktiviti di air yang boleh mengundang bahaya semasa musim Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di negara ini.
Sabtu lalu, media melaporkan Azri Fahmi, 14 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Pahang selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing bersama dua orang rakannya di Kampung Jerantut Feri dekat sini.
Ketika kejadian, mangsa bersama dua orang rakannya sedang melakukan aktiviti memancing di rumah rakit sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus deras.
Sumber : Harian Metro