Elemen gamifikasi inovatif kaedah baharu majikan pencari kerja.
Foto : Abdul Rahman (2 dari kanan) di Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Myfuturejobs yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, hari ini.
Elemen gamifikasi inovatif kaedah baharu majikan pencari kerja.
LIPIS – Elemen gamifikasi inovatif satu kaedah baharu yang digunakan majikan untuk pencari kerja mengenali pelbagai peluang kerjaya masing-masing melalui permainan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, aktiviti gamifikasi seperti simulasi pekerjaan, cabaran kemahiran serta pertandingan interaktif bukan sahaja memperkenalkan peserta kepada dunia pekerjaan yang sebenar, tetapi juga membantu mereka mengasah kemahiran yang relevan dan meningkatkan keyakinan diri.
“Di Kuala Lipis merupakan lokasi perintis di Pahang menerapkan elemen gamifikasi ini bertujuan untuk menarik minat dan penyertaan lebih ramai individu dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan dan bakal digunakan di seluruh negara melalui program ini.
“Melalui platform (gamifikasi) yang disediakan ini, pencari kerja mengenali pelbagai peluang kerjaya masing-masing secara mendidik dan menghiburkan secara tidak langsung dapat meredakan perasaan gugup pencari kerja untuk ditemuduga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Myfuturejobs yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Datuk Mustapa Long, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal serta pengurusan tertinggi PERKESO.
Katanya, melalui elemen ini, pencari kerja yang suka dengan permainan komputer dan permainan sebenar sebagai satu simulasi yang meningkatkan yakin diri dalam pemikiran, keaktifan individu tanpa bergantung kepada akademik semata-mata, kreativiti dan kerjasama serta kepimpinan.-SAHIH.