Pengusaha R&R di Lebuhraya utama negara perlu tubuh koperasi
Pengusaha R&R di Lebuhraya utama negara perlu tubuh koperasi
TEMERLOH: Pengusaha hentian Rehat dan Rawat ( R&R) di lebuh raya utama di negara ini perlu menubuhkan koperasi sebagai entiti bisnes yang berpotensi dapat menjana keuntungan dan faedah lebih menarik kepada ahli.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( Angkasa ) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi ditubuh dapat menjalankan aktiviti berkaitan kredit dan bisnes teras.
Menurutnya, semangat berkoperasi merangsang ahli mengurus sendiri hentian R&R menjadi sebuah landskap yang menarik, dan bersih yang memberi keselesaan kepada pengguna yang semakin meningkat.
“ Melalui koperasi pengusaha dapat barang asas seperti beras, tepung barang barang basah seperti ikan lebih murah dan segar dengan harga berpatutan.
Koperasi akan membeli barang keperluan itu secara pukal dan kemudiannya dijual kepada pengusaha R&R sebagai bahan masakan di kedai masing-masing, katanya.
Abdul Fattah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidil Fitri Koperasi R&R Temerloh Berhad Lebuhraya Pantai Timur ( LPT) di hentian R&R Temerloh Barat di sini hari ini.
Beliau berkata, melalui koperasi memberi peluang kepada ahli untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan kadar lebih murah yang akan dapat meringankan bebanan kewangan pengusaha.
Menurutnya, Angkasa menyokong usahamenjalankan aktiviti berkaitan pengurusan kewangan dan tadbir urus dengan telus dan cekap yang manfaat kepada ahli.
Sehubungan itu Abdul Fattah mahu pengusaha R&R di sepanjang LPT-1 dan LPT 2 dari Simpang Genting Sempah ke Terengganu menjadi ahli koperasi ini.
Ini berikutan ramai lagi pengusaha kedai di hentian R&R Lebuhraya Pantai Timur dari kedua-dua arah masih belum menjadi ahli, katanya.
Abdul Fattah percaya Koperasi R&R Temerloh Berhad menjadi katalis kepada kemajuan landskap di hentian dengan menyediakan makanan dan perkhidmatan yang berpatutan.-SAHIH