Warga emas maut dalam kemalangan setelah selesai beraya di Kelantan.
Warga emas maut dalam kemalangan setelah selesai beraya di Kelantan.
LIPIS : Seorang warga emas wanita berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta yang dipandu anak lelakinya terlibat dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama (CSR) dekat sini pada jam 6.45 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Ismail Man berkata, ketika tiba di tempat kejadian kereta yang dipandu oleh lelaki warga tempatan bersama ibu, isteri dan tiga anak telah melanggar belakang lori yang membawa muatan kayu getah ke sebuah kilang kayu di Padang Tengku.
“Dalam siasatan awal, kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori tersebut.
“Kedua-dua kenderaan tersebut dari arah yang sama dan kereta itu yang datang dari arah Kampung Labok, Machang untuk pulang ke Puncak Alam setelah selesai bercuti hari raya, “katanya dalam kenyataan media, semalam.
Katanya, wanita yang maut, Sharifah Abu Bakar yang duduk di hadapan bahagian penumpang meninggal dunia, manakala pemandu kereta, isteri pemandu dan ketiga -t iga anaknya yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh untuk mendapat rawatan selanjutya.
“Pemandu lori seorang warga tempatan bersuai 51 tahun tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. SAHIH.