Penantian rindu seorang bapa dihalau keluarga- mati seorang di surau kg Mambang Berulang
Penantian rindu seorang bapa dihalau keluarga- mati seorang di surau kg Mambang Berulang
TEMERLOH – Penantian rindu seorang bapa Shamsulkamal Salleh,61, agar anak- anak telefon dan bertanya ‘ berakhir’ apabila dia meninggal dunia kerana terjatuh di surau kira- kira pukul 12 tengah malam tadi.
Allahyarham yang tinggal di surau Kampung Mambang Berulang, Mentakab hampir tiga tahun kerana sebaik pulang merantau dari Melaka.
Allahyarham mendakwa dihalau isteri kerana tidak bekerja dan sering sakit- sakit komplikasi strok yang dihidapinya.
Beliau yang sempat di temubual kira-kira pukul 5.00 petang kemalrin mengakui rindu suara enam anak yang ditinggalkan di Melaka.
” Walaupun mereka tahu saya balik ke Pahang tetapi tiada seorang pun telefon dan bertanya kabar.
” Mereka mungkin terpengaruh dengan ibunya yang membenci saya dan sanggup menghalau saya dalam serba kekurangan,’ katanya.
ShamsulKamal mengakui walaupun dia disisih keluarga sendiri tetapi bersedia memaafkan dan amat berharap mereka sedar datang minta ampun sebelum saya meninggal dunia.
Allahyarham seolah-olah mengetahui ajal nya kerana reda dengan nasib menimpanya dihujung usia.Saya reda dugaan ini sebelum mati.
Seorang penduduk, Marto Marijo, 63, memberitahu, Allahyarham tinggal di surau kerana rumah pusakanya telah di hanyutkan air banjir Disember 2021.
Allahyarham ShamsulKamal yang uzur hanya mengharapkan belas kasihan Masyarakat kampung untuk makan minum yang sekadar meneruskan hayatnya.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lubuk Serdang Kampung Mambang Berulang, Mentakab sebelum zohor hari ini-SAHIH