ABU Ubaidah sosok misteri Hamas
ABU Ubaidah sosok misteri Hamas
INDIVIDU misteri yang masyhur dan sering dinantikan kemunculannya.
.
Langsung tiada maklumat berkenaan beliau selain gelaran, jawatan dan serban merah yang menampakkan mata.
.
Inilah Abu Ubaidah, jurucakap rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam.
.
Susuk pemuda Palestin yang menggugat musuh tanpa pedang, hanya dengan kalam.
.
Pada 2006 beliau muncul pertama kali bagi mengumumkan penangkapan askar Israel, Gilad Shalit.
.
Hari ini 2023 beliau muncul lagi bagi mengumumkan kemenangan buat umat Islam!
.
“Perang kali ini akan tercatat dalam sejarah pembebasan Al-Aqsa!” – Abu Ubaidah
.
Dengan lisannya, rakyat Palestin yang sudah digasak hebat selama 26 hari terus gagah mempertahankan tanah air.
.
Jiwa-jiwa yang hampir putus asa juga kembali bangkit meyakini janji-Nya.
.
“Selagi mana Abu Ubaidah baik, maka kami juga baik-baik sahaja,” ucap rakyat Palestin.
.
Suara beliau jauh lebih mengasyikkan daripada lagu mahupun syair yang ada.
.
Kalimahnya jelas, teratur, tenang dan mempunyai roh yang mampu menghidupkan hati.
.
Ucapanmu wahai Abu Ubaidah, menebarkan rasa bangga, kemuliaan, keberanian dan kekuatan dalam diri kami terhadap agama ini.
.
Bahkan Abu Ubaidah lebih dipercayai oleh rakyat Israel berbanding Netanyahu!
.
Kenalkanlah Abu Ubaidah ini kepada anak-anak kita.
.
Biarkan mereka belajar daripada Abu Ubaidah yang turut mengingatkan kita kepada dua Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A serta Tsabit Ibn Qais.
.
Ceritakan kepada generasi muda mengenai kehebatan Abu Ubaidah al-Jarrah R.A yang menjadi panglima perang serta disebut oleh Baginda sebagai orang yang dipercayai.
.
Berperwatakan sederhana namun di bawah kepimpinannya tentera Islam berjaya membuka kota Baitul Maqdis, Palestin!
.
Ceritakan juga kepada mereka mengenai Tsabit Ibn Qais. Seorang Sahabat yang dilantik menjadi jurucakap Rasulullah S.A.W.
.
Mahir bersyair, kata-katanya jelas, bahasanya indah dan suaranya menaikkan semangat orang yang mendengar.
.
Segalanya dilakukan atas dasar iman sehingga kedua-dua Sahabat ini termasuk dalam kalangan mereka yang dijamin syurga.
.
Sebuah cita-cita bagi setiap mukmin. Dan inilah juga cita-cita para pejuang Palestin.
.
Persis ayat yang sering diulang Abu Ubaidah di setiap akhir ucapannya,
“إنه لجهاد نصر أو استشهاد”
“Sesungguhnya ini ialah jihad, sama ada kemenangan atau kesyahidan!”
.
Semoga Allah panjangkan umur Abu Ubaidah, memberkati dan menjaganya. – SAHIH