UMNO Negeri Pahang lantik 8 pegawai dan pengerusi untuk memperkasakan parti itu
UMNO Negeri Pahang lantik 8 pegawai dan pengerusi untuk memperkasakan parti itu
KUANTAN : UMNO Negeri Pahang menyusun semula lapan pegawai dan pengerusi baharu untuk memperkasakan parti itu di peringkat negeri, hari ini.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan barisan pegawai dan pengerusi dalam mesyuarat pertama pagi sesi 2023-2023 itu di sebuah hotel di Kuantan.
Seramai lapan orang pemimpin UMNO telah dilantik dengan Ir. Razali Kassim sebagai Setiausaha, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak dilantik sebagai Bendahari dan Fadzli Mohamad Kamal dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri Pahang.
Turut dilantik, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perkaderan dan Latihan, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said sebagai Pengerusi Majlis Keahlian dan Perundangan UMNO Negeri Pahang.
Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama UMNO Negeri Pahang dipegang oleh Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, manakala Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sekretariat Muafakat Wakil-Wakil Rakyat UMNO dan Datuk Sabariah Saidan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Negeri Pahang.
Datuk Seri Wan Rosdy berharap pelantikan itu diharapkan dapat membantu UMNO Negeri Pahang untuk bangkit kembali, kekal relevan serta terus diyakini oleh rakyat Pahang terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti.
“Saya berharap, kepimpinan yang dilantik ini akan dapat melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berdedikasi,” katanya. -SAHIH.