McDonald’s kongsi rezeki bersama Sang Riang
McDonald’s kongsi rezeki bersama Sang Riang
BERA: Penghuni rumah warga emas Sang Riang, dekat Triang menerima kunjungan pengurusan restoran makanan segera McDonald’s cawangan Triang sempena Tahun Baru Cina.
Kunjungan itu diketuai pengurus restoran itu, Fazlin Fareza Mahayudin.
Turut hadir ketua perkhidmatan pelanggan McDonald’s Triang, Zarina Zainal Abidin dan pengurus pelanggan, Abdul Manan Ajmain.
Kira-kira 400 penghuni rumah kebajikan berkenaan menerima sumbangan makanan dari restoran McDonald’s bagi memeriahkan sambutan Tahun Arnab.
Fazlin Fareza berkata, kunjungan dan sumbangan makanan itu sudah menjadi tradisi rangkaian restoran McDonald’s setiap kali musim perayaan.
“Kita bukan sahaja melakukan kunjungan ke rumah kebajikan ketika Tahun Baru Cina, sambutan Deepavali dan Hari Raya juga kita melakukan aktiviti ini.
“Ia adalah sebagai tanda terima kasih dan cara kami ‘memberikan kembali kepada masyarakat’ atas sokongan mereka kepada McDonald’s selama ini,” katanya.
Sementara itu, pengerusi rumah kebajikan Sang Riang, Yap Yoke Moey berkata, sumbangan daripada McDonald’s sangat dihargai penghuni rumah kebajikan itu.
“Memang setiap kali musim perayaan pihak McDonald’s akan datang ke sini dan meraikan perayaan disambut bersama penghuni Sang Riang.
“Ini membuktikan keamanan dikecapi negara dapat merapatkan hubungan antara kita, tanpa mengira kaum dan agama,” katanya. – SAHIH