Wanita ditipu ‘peguam’, rugi RM 191,250
Wanita ditipu ‘peguam’, rugi RM 191,250
RAUB : Seorang wanita mendakwa ditipu dan diperdaya seorang yang menyamar sebagai peguam bagi menyelesaikan kes mahkamah yang dihadapinya sehingga mengalami kerugian berjumlah RM 191,250
Ketua Polis Daerah Raub, Superitenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Raub telah menahan wanita yang menyamar sebagai peguam itu pada jam 2.00 petang , pada Isnin.
Katanya, telefon bimbit dan sekeping kad ATM turut dirampas dan dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa menyerahkan wang bagi tujuan bayaran perkhidmatan guaman untuk kes yang dihadapi oleh mangsa.
“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berkaitan laporan penipuan dan penyamaran yang dihadapi mangsa tersebut.
“ Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam mempercayai individu yang menawarkan tawaran atau perkhidmatan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini..
Mohd Shahril menambah, selain itu, orang ramai perlu lakukan semakan terhadap latar belakang individu dan jangan sewenang-wenang membuat pembayaran seperti mana yang diminta oleh suspek sehingga mengalami kerugian,” katanya.