Pastikan BN/ Umno teraju negara demi kemakmuran dan kesejahteraan
Pastikan BN/ Umno teraju negara demi kemakmuran dan kesejahteraan
JERANTUT – Veteran Umno Jerantut tidak berganjak untuk menyokong Calon Barisan Nasional (BN) di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Damak dan Tahan termasuk Parlimen Jerantut.
Salah seorang veteran Umno, Norzari Yahya berkata, berkat kekuatan Umno dan BN selama memerintah sebelum ini, telah menunjukkan satu perkembangan pentadbiran yang kukuh dan tersusun.
“Kestabilan politik tanah air yang ditunjangi Umno memainkan peranan yang sangat besar dalam menentukan halatuju negara dan meletakkan negara di landasan yang betul.
“Perjalanan itu terencat ketika berlaku PRU pada tahun 2018 dan hikmah itu menunjukkan pentadbiran BN/Umno yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata semasa Majlis ‘Hi-Tea’ bersama Veteran Umno di Pulau Tawar yang turut dihadiri Calon DUN Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah.
Katanya, sebagai pemilih yang bijak jangan tolak calon BN/Umno di PRU ke-15 ini demi kemakmuran dan kesejahteraan negara dan rakyat.-SAHIH.