Sambutan Hari Kebangsaan Daerah Jerantut meriah
Foto atas: Sambutan Hari Kebagsaan Peringkat Daerah Jerantut ke-65 yang diadakan di Padang Persatuan Bolasepak Jerantut, hari ini
Sambutan Hari Kebangsaan Daerah Jerantut meriah
JERANTUT – Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 Peringkat Daerah Jerantut Tahun 2022 disambut sederhana tetapi meriah dengan penuh warna-warni apabila kira-kira 5,000 penduduk di daerah ini membanjiri Padang Persatuan Bolasepak Jerantut, hari ini.
Selepas dua tahun tidak disambut, semangat menyambut hari kemerdekaan kali ini dapat dilihat apabila orang ramai mula berkumpul seawal jam 7 pagi di sepanjang laluan berdekatan Masjid Tengku Ahmad dan sesak.
Turut hadir, Pegawai daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris dan ketua-ketua jabatan.
Sebelum itu, sebanyak 31 kontijen menyertai perbarisan dari pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pasukan dan berpakaian seragam mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Turut memeriahkan majlis persembahan silat, persembahan kesenian dan deklamasi sajak.-SAHIH.