Najib kekal bersalah dan dipenjara
Najib kekal bersalah dan dipenjara
PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan di istana kehakiman, putrajaya pada rabu sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 42 juta ringgit milik SRC international Sdn . Bhd . Selepas menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Panel tiga hakim yang diketuai datuk abdul karim abdul jalil, bersama-sama datuk has zanah mehat dan datuk vazeer alam mydin meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan ahli parlimen pekan itu tidak mempunyai merit.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit yang dikenakan terhadap najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah war dan bersesuaian.
Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah , tiga pertuduhan pengusaha wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.
Dalam penghakiman yang dibacakan , mahkamah antara lain menyatakan keputusan hakim mahkamah tinggi Nazlan Mohd Ghazali adalah selamat dan tidak perlu di ubah.
Sementara itu peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan.
.
Rayuan Najib di mahkamah persekutuan merupakan peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.-SAHIH