CARA MUDAH PUJUK LELAKI
oleh Miss Ain
Lima Cara Mudah Untuk Memujuk Lelaki
Dalam menjalinkan hubungan, tidak semestinya wanita sahaja yang layak merajuk. Bahkan lelaki juga ada perasaan dan boleh merajuk. Kadang-kala rajuk lelaki lebih dahsyat daripada wanita. Sifat ego dan sensitif lelaki jangan dipandang ringan, bergurau perlu ada batasnya.
Jika lelaki merajuk, para wanita jangan cepat putus asa. Pastikan pujuk mereka dengan cara yang betul. Ikuti cara memujuk lelaki seperti di bawah.
Jangan Memaksa
Lelaki tidak suka dipaksa atau didesak. Lelaki lebih mudah berlembut hati dan memaafkan sekiranya seorang wanita memujuk dengan kata-kata yang lembut dan sopan. Berbincang dan berkomunikasi. Pastikan susunan ayat dan perkataan yang digunakan tidak menyinggung perasaan si dia. Cuba dekati hati si dia dengan lawak jenaka anda, pasti hubungan anda kembali seperti biasa.
Kenapa Dan Mengapa
Lelaki kalau tiada sebab yang kuat, dia tidak akan merajuk. Kaji dahulu mengapa pasangan anda merajuk. Mungkin anda tersalah cakap, lakukan perkara yang si dia tidak suka atau menuduh si dia secara melulu? Jika anda masih tidak tahu mengapa, seeloknya berterus terang dan bertanya mengapa. Sebelum itu, bagi mereka masa untuk bertenang. Jangan sesekali mengantar pesanan dan menelefon tanpa henti. Ia akan membuat lelaki lebih marah dan rimas.
Aktiviti Kegemaran
Ajaklah pasangan anda lakukan aktiviti kegemaran dia. Jika tidak mahu nampak terlalu memujuk, tidak salah jika anda mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Secara automatik si dia akan sertai aktiviti tersebut. Lepaskan tekanan dan perasaan marah semasa melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, memancing, mendaki dan berenang. Sambil berehat, anda boleh cuba berbual dengan si dia.
Sesuatu Yang Istimewa
Anda tidak perlu menempah restoran mahal. Untuk memujuk seorang lelaki, anda hanya perlu sediakan masakan istimewa untuk dia. Makanan kegemaran yang si dia tidak akan lepaskan. Jadi lebih romantik dengan menyelit nota minta maaf dan kata-kata yang membuatkan hati si dia lembut dan tersenyum.
Reserve Psychology
Pelbagai cara sudah dibuat. Anda jangan cepat putus asa, ada cara lain yang sering digunakan oleh para wanita. Teknik yang agak berkesan ini adalah merajuk manja. Secara tidak langsung si dia akan memberi perhatian kepada anda. Dengan cara ini anda memainkan peranan penting iaitu jangan merajuk terlalu lama cukup sekadar mendapat perhatian pasangan.