Visa pekerja siap dalam tempoh seminit
Visa pekerja siap dalam tempoh seminit
SEPANG- Bahagian perkhidmatan ekspatriat (esd) hari ini melaka sejarah apabila mampu memproses pas lawatan kerja sementara (plks) bagi pegawai dagang asing hanya dalam tempoh seminit.
Kejayaan itu turut mendapat puji an menteri dalam negeri , datuk seri hamzah zainudin sambil menyifatkan tempoh tersebut paling pantas di dunia berbanding sebelum ini 30 hari.
datuk seri hamzah zainudin / menteri dalam negeri
Ia adalah satu yang kita kakukan untuk memberi penambah baikan kepada petreat dan juga invester untuk dtg ke malaysia untuk mendapkan visa dengan lebih cepat dahulu apabila kita lakukan ini sistem yg lama iaitu mere harus apply di luar negara.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan secara rasmi pembukaan premis pusat satellite esd (esc) di balai ketibaan lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (klia) pada selasa.
Pewujudan esc pertama di negara ini membolehkan ekspatriat terus dapat bekerja di negara ini setelah tiba di klia dengan diberi pele kat pas imigresen tanpa perlu menunggu sebulan.
Sebaliknya , individu itu hanya perlu mendapat surat kelulusan pas tersebut dari kedutaan malaysia di luar negara dan majikan sudah membuat bayaran pemprosesan secara atas talian.
Ekspatriat tersebut tidak lagi perlu menunggu majikan nya membuat temujanji atas talian bagi tempah slot giliran di pejabat imigresen sebelum membayar dan mendapat pele kat pas itu.
Mengulas lebih lanjut, hamzah berkata , kejayaan esc itu merupakan antara indesit petunjuk utama (kpi) yang telah berjaya dicapai pihak kementerian berkenaan dalam tempoh 100 hari.
Beliau tidak menolak kemungkinan satu lagi esc akan turut dibuka di klia2 sekiranya ada ramai ekspatriat yang didapati sering menggunakan terminal penerbangan kos rendah tersebut.
Dengan beroperasi 24 jam sehari , beliau bagaimanapun menegaskan tiada cadangan bagi membuka esc di pintu masuk sempadan yang lain kerana mahu ia lebih berfokuskan di klia.
Ketika ini, ujarnya, jabatan imigresen merekodkan sejumlah 86,280 ekspatriat aktif menetap di seluruh negara yang turut melibatkan seramai 140,000 individu di bawah tanggungan mereka.
Daripada bilangan aktif itu , kira-kira 40,948 ekspatriat kategori 1 iaitu jawatan pengurusan tertinggi dengan paling ramai ialah rakyat india diikuti china, jepun, filipino dan indonesia.- SAHIH