Ujang puji lukisan apam 3D
Ujang puji lukisan apam 3D
TEMERLOH – Biarpun mempunyai seorang anak istimewa, namun itu tidak menjadi penghalang buat seorang surirumah untuk menjana pendapatannya sendiri.
Menerima tempahan kuih apam 3D hampir 600 biji sehari, Nurul Aida Aisyah Abdullah bijak membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.
Wanita yang mempunyai tiga cahaya mata itu turut mengakui dorongan dan pertolongan suaminya yang juga bekerja sedikit sebanyak memotivasikan dirinya untuk menjadi surirumah bekerjaya yang lebih baik buat keluarga.
Menurutnya mengikut atas kuantiti orderlah sehari tak boleh lebih dari 300 pieces sebab akak kena bahagikan masa untuk anak selepas urus deko deko ini kena uruskan anak pula yang istimewa kemudian untuk masa kemas rumah dan sebagainyalah urusan rumah tangga..
Menurut Aisyah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Aisy ini, permulaan 2016 hanya sekadar suka-suka namun menjadi lebih serius apabila pencarian ilmu di internet membuka matanya untuk lebih fokus menjadi sebagai kerjaya.
Tambahnya, memasarkan juga menggunakan platform laman sosial menjadikan pasarannya lebih luar hingga luar daerah dan ada ketika pelanggan terus mendapatkan kuih buatannya terus dari rumah.
Nurul Aida Aisyah Abdullah
Dalam pada itu, beliau yang kini menetap di Mentakab, Temerloh itu turut teruja apabila pembuatan kuih apam yang mengikuti karakter kartun majalah Ujang piihan pelanggan mendapat pujian daripada pemilik asal kartun itu sendiri.
Ia sekaligus, meningkatkan daya kreativitinya untuk menghasilkan kuih apam 3D yang lebih berkualiti.-SAHIH