KAMPUNG BAGAN HAILAM DINAIKI AIR
KAMPUNG BAGAN HAILAM DINAIKI AIR
PELABUHAN KLANG: Perkampungan nelayan Bagan Hailam dinaiki air sehingga mencecah paras 5.6 meter berikutan fenomena air laut pasang besar di kawasan tersebut hari ini.
Fenomena air laut pasang besar turut diramal akan berlaku pada hari ini hingga esok di pesisir pantai negeri Selangor antara jam 6.30 pagi – 7.40 pagi.
Penduduk dan orang ramai diminta berhati-hati dengan fenomena air laut pasang besar itu. Mereka dikehendaki berpindah sekiranya paras air laut terus naik, manakala orang ramai yang sering beriadah di kawasan tersebut diminta menangguh hasrat masing-masing.
Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor mengeluarkan notis penutupan aktiviti riadah dan rekreasi di sepanjang pantai pada tarikh tersebut untuk mengelak sebarang kemalangan.-SAHIH.
Sumber: Media Sosial