CSR DEKAT MEMPAGA BAKAL DIBUKA PADA 7 OKTOBER INI
CSR DEKAT MEMPAGA BAKAL DIBUKA PADA 7 OKTOBER INI
BENTONG : Sebahagian daripada subpakej 5C, antara Kampung Asap ke Kampung Sertik serta subpakej 5D yang melibatkan Bentong Bypass di Central Spine Road (CSR) di kawasan Mempaga, Bentong sejauh 28.5 KM yang telah siap, bakal dirasmikan pada 7 Oktober ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang meninjau di lebuh raya 4-lorong 2-hala iaitu sebahagian daripada jalan tanpa tol sejauh 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan ke daerah Bentong.
“Saya berbangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN) lagi.
“Dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 seperti disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini,” katanya .
Katanya, dengan siapnya CSR ini akan dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan, serta memberi keselesaan kepada pengguna dalam kalangan rakyat.
“Selain itu, ia bakal meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terlibat,” katanya.-SAHIH.
Ihsan : Pahang Media