PASARAYA ECONSAVE JERANTUT JADI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN DI PASAR RAYA PERTAMA DI MALAYSIA
PASARAYA ECONSAVE JADI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN DI PASAR RAYA PERTAMA DI MALAYSIA
JERANTUT: Pasaraya Econsave Jerantut akan menjadi Pusat Pemberian Outreach Vaksin (PPOV) di pasar raya yang pertama di Malaysia bakal diadakan pada 25 September ini.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut akan menjalankan pemberian vaksin di pusat membeli belah itu mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Amir Faisal Dato’ Mohd Khairi berkata, pemberian vaksin itu terbuka kepada warga negara dan bukan warga negara yang berusia 18 tahun ke atas.
“Semua yang hadir perlu membawa kad pengenalan atau pasport ke Pasaraya Econsave Jerantut,” katanya.-SAHIH.