Mayat operator jengkaut tertimbus runtuhan batu di Bau telah ditemui
Mayat operator jengkaut tertimbus runtuhan batu di Bau telah ditemui
BAU, 14 September: Mayat operator jengkaut yang tertimbus dihempap runtuhan batu di tapak kuari di Jalan Tanjung Durian, Seniawan ditemui tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Lingem berkata mangsa dikenali sebagai Anthony Kanna berusia 49 tahun berjaya dikeluarkan jam 12.23 tengah hari.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau dalam kenyataan memberitahu jentera jengkaut milik syarikat kuari berkenaan berjaya mengorek dan menjumpai sebahagian tempat duduk mangsa yang tertimbus sebelum usaha mengeluarkan mangsa dilakukan.
Dalam kejadian sekitar jam 3.18 petang semalam, seorang lelaki bersama jengkautnya tertimbus di bawah runtuhan batu bersaiz 20 meter,lapor Cats Fm
Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja meratakan batu.
Turut berada di lokasi kejadian hari ini ialah Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Tiong Ling Hii.